Cara-cara Mendapatkan Ilmu

View previous topic View next topic Go down

Cara-cara Mendapatkan Ilmu

Post  Admin on Tue Dec 11, 2012 1:03 pm

Manusia mendapat ilmu melalui 2 cara iaitu melalui jalan Pengajian Insani atau pun jalan Pengajian Rabbani:

PENGAJIAN INSANI

Belajar maksudnya seseorang itu mengambil faedah daripada individu atau pun benda lain
Berfikir pula adalah mengambil faedah daripada jiwa keseluruhan yang ada pada dirinya sendiri
Jiwa keseluruhan lebih kuat kesan dan pengajarannya daripada sekalian ulama dan cerdik pandai
Ilmu melalui Pengajian Insani boleh diperolehi juga oleh orang-orang kafir tetapi ilmu daripada Pengajian Rabbani hanyalah untuk orang-orang beriman.

PENGAJIAN RABBANI

Ilmu yang datang terus daripada Tuhan jauh lebih hebat daripada ilmu yang diperolehi melalui belajar dan berfikir.
Buktinya kisah Nabi Adam dengan para malaikat. Para malaikat telah hidup lebih lama dan telah belajar melalui pelbagai jalan/ kaedah. Dengan itu mereka menyangkakan yang mereka lebih banyak ilmu berbanding Nabi Adam. Namun dalam masa yang singkat sahaja Nabi Adam menjadi lebih berilmu daripada para malaikat setelah dia menerima Pengajian Rabbani (ilmu yang datang terus daripada Tuhan) berupa wahyu, sedangkan dia baru saja diciptakan. Allah telah mencabar para malaikat menyebutkan nama benda-benda tertentu tetapi mereka gagal. Sebaliknya Nabi Adam telah berjaya menyebut nama benda-benda tersebut.
Ilmu ghaib yang tercetus daripada wahyu adalah lebih kuat dan lebih sempurna daripada ilmu-ilmu yang diperolehi melalui usaha.
Ilham lebih lemah jika dibandingkan dengan wahyu tetapi lebih kuat berbanding mimpi.
Orang yang telah dikurniakan ilmu laduni belajarnya sedikit tetapi tahunya banyak, kerjanya sekejap tetapi rehatnya panjang. Sebab itulah ada di antara ulama silam yang dapat menyiapkan ratusan buah kitab seumur hidup mereka hinggakan ada yang tidak logik perbandingannya antara jumlah kitab dengan usia mereka sendiri.
Wahyu terhenti kerana jika diteruskan ia akan menjadi sia-sia memandangkan agama Islam itu sudah lengkap. Melakukan perkara sia-sia adalah sifat yang mustahil bagi Allah Taala.
Allah mengunci pintu wahyu tetapi membuka pintu ilham sebagai satu rahmat
Kata Saidina Ali, syarah Kitab Taurat itu dapat dimuatkan ke atas 40 ekor unta namun dia membuat pengakuan mampu berbuat sebanyak itu juga hanya dengan mensyarahkan Surah Al Fatihah sahaja. Ini membuktikan kehebatan ilmu laduni yang dikurniakan Tuhan kepadanya.

*Wujud satu virus yang digerakkan secara halus oleh musuh-musuh Islam terutamanya dari dalam dunia Islam sendiri untuk meminggirkan ilmu laduni daripada umat Islam hari ini. Ini menyebabkan ilmu laduni dipandang remeh walaupun oleh pejuang Islam. Akhirnya, pengetahuan kaum kafir jauh lebih hebat daripada kita!

Dipetik dan disesuaikan daripada AR-RISALAH AL-LADUNIYYAH (Ilmu Laduni) karangan Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali

Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern
2002

Admin
Admin

Posts: 421
Join date: 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum