Hendak Tahu Tentang Mormon

View previous topic View next topic Go down

Hendak Tahu Tentang Mormon

Post  Admin on Sat Dec 08, 2012 8:35 pm

SOALAN

Assalamu'alaikum warahmatullah

Maaf mengganggu.

Sepertimana tajuk di atas, bro alexander tahu tak tentang Mormonism. Jika tahu, harap boleh ceritakan serba sedikit tentang ajaran ini. (banyak lagi bagus ^^ ) .Ada orang Kristian beritahu ajaran ini ajaran sesat dalam Kristian walaupun ajaran Kristian itu sendiri sudah diragui kesahihannya.

Saya sebenarnya bukanlah jenis berminat ambil tahu pasal ajaran Kristian , tapi disebabkan ada sahabat saya didatangi oleh pendakwah-pendakwah dari ajaran Mormon ni, kan bagus kalau ada tips menarik dan berguna yang boleh digunakan untuk bercakap dengan pendakwah tu. InsyaAllah saya sendiri boleh ambil manfaat jika suatu hari nanti bersemuka dengan pendakwah dari ajaran itu.

jazakAllah


JAWAPAN

Waalaikumsalam Tuan A,

Hendak berkongsi cerita ‘serba sedikit’ insyaallah boleh diusahakan. Saya pun kurang ilmu juga tentang aliran-aliran Kristian ini. Biasanya rakyat Malaysia beragama Islam hanya mendengar nama-nama seperti Katholik dan Protestan. Saya sendiri pernah mengambil tahu tentang Yehovah Witness, Ortodok dan Anglican sahaja. Selain itu hanya dibaca sepintas lalu, termasuklah Mormon. Boleh jadi nama ‘Mormon’ mendapat perhatian sejagat sekarang dengan isu terbaru di Amerika Syarikat. Dengan itu banyaklah timbul perbincangan tentangnya.

Mormon adalah salah satu pecahan daripada aliran besar Protestan. Mazhab Protestan yang umumnya bertentangan dengan Mazhab Katholik mempunyai beberapa pecahan lagi seperti Christian Science, Methodist, Advent, Menorit, Yehovah Witness, Pantecost, Neo Luther, Baptist dan lain-lain (1).

Sungguhpun Mormon dikelaskan kepada induknya Protestan, namun banyak penganut agama Kristian yang menolak Mormon. Bagi mereka, Mormon bukan daripada Kristian. Yehovah Witness, Pentacost dan beberapa aliaran lagi mengalami nasib yang sama. Sebahagian umat Kristian lagi menganggapnya sebagai bidaah. Apatah lagi Mormon lebih kepada ‘unitarian’ (Tuhan hanyalah Bapa) dan bukannya ‘trinitarian’ (Tuhan ialah Bapa, Roh Kudus & Jesus).

Gereja Mormon ini diasaskan oleh Joseph Smith Jr yang lahir pada 23 Disember tahun 1805 (meninggal 1844) di Sharon, Vermont. Zaman-zaman awalnya, dia tidak menunjukkan minat pun dalam bidang keagamaan. Ketika berusia 14 tahun, dia kononnya mengalami satu kejadian ajaib. Joseph mengaku didatangi oleh Bapa dan Jesus (2). Dalam kejadian ‘penerimaan wahyu’ itu, selain daripada dilantik menjadi nabi, dia diberitahu yang semua aliran-aliran Kristian ketika itu sesat belaka. Berikutnya Joseph mengasaskan kitab yang khusus untuk aliran Mormon yang disebut “Kitab Mormon”.

Aliran Mormon sering mendapat penentangan kerana aktifnya mereka menuduh sesat, bidaah, murtad dan sebagainya kepada umat Kristian selain mereka. Di Missouri, Joseph Smith membangunkan satu kawasan yang dinamakan ‘Jerusalem Baru’. Kononnya Jesus akan turun di sana pada kedatangannya yang kedua.

Kumpulan Joseph didakwa terlibat dalam beberapa rusuhan lalu diminta menghadiri satu pengadilan. Joseph tidak gentar. Bersama-sama saudaranya Hyrum Smith dan dua orang pengikut, mereka pergi memenuhi panggilan itu. Sementara menunggu pembicaraan, mereka berempat ditempatkan di penjara. Dengan muslihat pihak-pihak tertentu, mereka semuanya ditembak mati. Dipercayai ada pengawal penjara yang bersekongkol dalam pembunuhan tersebut.

Bagai Mormon, dosa manusia tidak tertebus dengan sekadar percaya pengorbanan Jesus di kayu salib. Dosa juga mesti ditebus melalui ketaatan kepada Tuhan. Kepada umat Kristian yang berkata, “Cukuplah dengan percaya dan mengasihi Jesus untuk mendapatkan keselamatan”, Mormon mewartakan itu tidak lain adalah pengaruh Iblis. Keselamatan mestilah dengan ibadah juga (sebagaimana umat Islam).

Mormon menerima Bible King James Version (KJV) yang menjadi pegangan kaum Protestan. Namun begitu mereka melakukan sedikit pengubahsuaian di beberapa tempat. Joseph Smith memfatwakan Kitab Mormon sebagai sempurna tanpa sebarang kesalahan. Hal ini agak merendahkan kredibilitinya kerana kitab itu sudah direvisi lebih kurang 3,000 kali antara tahun 1830-1980.

Antara kekuatan kaum Mormon adalah sikap mereka yang bermotivasi, bekerja keras, setia dalam perkahwinan, menjaga kesucian diri, mementingkan kesihatan dan lain-lain.

Sebagai panduan, jika didatangi para pendakwah Mormon, antara lain kita boleh bicarakan tentang ke-Esaan Tuhan dan kepentingan amal ibadah. Dua perkara ini menjadi titik temu antara Mormon dengan Islam. Tidak mustahil dengan cara ini mereka berasa lebih dekat dengan Islam berbanding umat Kristian lain, lalu membuka ruang untuk kita dekatkan mereka dengan Islam dan al-Quran.


'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

(1) Pecahan aliran-aliran Kristian ini boleh dilihat pada sisi kanan laman MENGENAL ISLAM http://mengenalislam.blogspot.com)

(2) Yang kita pasti tidak lain ialah iblis, syaitan ataupun jin-jin. Kenyataan ini juga menunjukkan Bapa dan Jesus itu dua peribadi yang berbeza. Jika tidak, tentunya disebut “didatangi Bapa iaitu Jesus” ataupun “Jesus iaitu Bapa”. Konon ceritanya, ada seorang pelayar Muslim asal Malaysia yang didatangi sesuatu yang mengaku Jesus di tengah lautan lalu kemudiannya memeluk agama Kristian.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/hendak-tahu-tentang-mormon.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum