Berinteraksi dengan Bulan Kelahiran

View previous topic View next topic Go down

Berinteraksi dengan Bulan Kelahiran

Post  Admin on Tue Dec 11, 2012 4:31 pm

Ada orang percaya bahawa bulan kelahiran kita membayangkan diri kita. Saya terjumpa satu tulisan di internet yang menceritakan hal ini. Katanya hasil kajian ini dinisbahkan kepada Dr. Fadzilah Kamsah. Pemerhatiannya berdasarkan pengalaman selama 25 tahun. Wallahualam. Tidak kiralah siapa yang membuat kajian, cuma di sini saya hendak membandingkan hasil kajian itu dengan diri saya.

Saya lahir pada bulan Jun. Berikut ialah ciri-ciri manusia yang lahir pada bulan Jun dan persamaanya dengan saya.

� berfikiran jauh & berwawasan = BETUL


� berperangai lemah lembut = SEDERHANA


� mudah berubah sikap, perangai, idea, mood = TIDAK


� terlalu banyak idea di kepala = BETUL, tapi jika diminta memberi idea untuk sesuatu hal, biasanya tak ada idea. : )


� bersikap sensitif = SEDERHANA


� otaknya aktif (sentiasa berfikir) = BETUL


� sukar melakukan sesuatu dengan segera = BETUL


� bersikap suka menangguh-nangguh = BETUL, ini kelemahan saya yang agak ketara.


� bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik = SEDERHANA


� cepat marah & cepat sejuk = SEDERHANA


� suka bercakap & berdebat = Suka bercakap, SALAH. Suka berdebat, SEDERHANA. Tapi debat dalam hal ehwal agama saja, bidang lain tidak berminat untuk berdebat.


� suka buat lawak & bergurau = TIDAK, selalu diam dan kelihatan serius.


� otaknya cerdas berangan-angan = BETUL


� mudah berkawan & pandai berkawan = TIDAK, suka menyendiri dengan ilmu seperti membaca dan berfikir.


� orangnya sangat tertib = SEDERHANA


� pandai mempamerkan sikap = SEDERHANA


� mudah kecil hati = SEDERHANA


� mudah kena selsema = BETUL, yang ini selalu.


� suka berkemas = TIDAK, suka menyepah. : )


� cepat rasa bosan = BETUL, kecuali dalm hal yang diminati.


� sikap terlalu memilih & cerewet = TIDAK


� kurang mempamerkan perasaan = BETUL


� lambat hendak sembuh apabila terluka hati = BETUL, tapi saya susah hendak terluka hati. Jika terluka hati tu, maksudnya apa yang berlaku memang melampau.


� suka kepada barang yang berjenama = TIDAK, suka yang biasa-biasa dan murah.


� kedegilan yang tidak terkawal = SEDERHANA. Dalam perkara-perkara yang jelas benar, memang sangat degil untuk berganjak.


� sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya = TAK BERKAITAN LANGSUNG DENGAN SAYA.

Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan ‘kebiasaan’, bukannya ‘kemestian’. Sesiapa yang lahir pada bulan Jun biasanya bersikap begini dan begini. Jangan kita jadikan ia sebagai kayu ukur utama dalam menilai seseorang.

Wallahualam. : ) Very Happy

http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/06/berinteraksi-dengan-bulan-kelahiran.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum