Sedikit Tentang Agama Hindu

View previous topic View next topic Go down

Sedikit Tentang Agama Hindu

Post  Admin on Sat Dec 08, 2012 8:36 pm

Saya ada berbual dengan seorang remaja Hindu tentang agama Hindu. Remaja ini mempelajari ilmu-ilmu agama Hindu daripada ibunya. Dalam sesi perbualan ini, si remaja dibantu oleh dua orang rakannya. Berikut adalah maklumat-maklumat yang sempat saya notakan. Oleh kerana ketiga-tiga remaja ini kurang mahir berbahasa Melayu, boleh jadi ada maklumat yang kurang tepat.

Menurut mereka, Tuhan yang terbesar/ tertinggi ialah Sivan. Adiknya bernama Braman dan adik bongsunya bernama Vishnu. Ketiga-tiganya Tuhan. Namun di atas daripada mereka ada Yang Lebih Besar iaitu Adi Parasakti. Isteri Sivan bernama Parasati. Isteri Braman bernama Saraswati. Isteri Vishnu bernama Latchmi.

Braman bertanggungjawab menulis takdir manusia. Apa yang akan berlaku semua sudah ditulisnya siap-siap. Vishnu akan menjadi avatar. Dia sudah ‘mengambil’ 9 avatar manakala stau lagi belum iaitu Kalki Avatar.

Sivan mempunyai anak bernama Vinayagan. Di kuil-kuil dia digambarkan sebagai berkepala gajah. Hal ini kerana kepalanya sudah diputuskan oleh tentera Ravanan. Oleh itu kepalanya digantikan dengan kepala gajah.

Anak Sivan (adik kepada Vinayagan) bernama Murugan. Di negara ini, Murugan disembah secara besar-besaran di Batu Caves.

Semua nama-nama yang disebutkan tadi mempunyai banyak nama lain. Vinayagan dan Murugan mesti ada kedua-duanya di semua kuil, tidak boleh tidak ada. Namun Sivan, Braman dan Vishnu boleh tidak diadakan.

9 planet yang mengitari matahari juga Tuhan. Nama-nama mereka ialah Budain, Velli, Bumi, Sevail, Viallan, Sani, Niruthi, Varunan dan Kuberan. Ada satu individu namanya Narder. Kerjanya memuatkan orang lain berselisih-faham tetapi dia bukanlah jahat, cuma mahu menjadikan hidup manusia lebih bererti.

Peayaan Deepavali disambut kerana meraikan kemenangan matahari ( yang juga Tuhan) yang namanya Suria Begawan membunuh anaknya Naraga Asuran. Naraga Asuran sebelumnya suka melakukan keganasan di muka bumi ini. Perayaan Pongghal dibuat sebagai mengucapkan terima kasih kepada Suria Begawan (emak Naraga Asuran) dengan membuat jamuan kepadanya. Thaipusam disambut sempena “Murugan punya ‘teruvila’”. (remaja-remaja ini tidak tahu apa terjemahan bagi ‘teruvila’).

Ketika berpuasa, penganut Hindu hanya boleh makan tumbuh-tumbuhan. Apa yang bernafas, hidup di darat, hidup di alam laut dan mempunyai empat kaki tidak boleh dimakan.

Mereka bertanyakan saya tentang rupa Tuhan orang-orang Islam. Saya katakan Tuhan yang disembah itu tidak ada rupa kerana Dia sangat hebat. Dia tidak ada persamaan dengan apa jua pun dan tidak dapat digambarkan. (Bagi orang-orang Islam, apa saja yang boleh digambarkan, terpengaruh dengan warna, terpengaruh dengan tempat, cahaya, lokasi, arah, berbentuk dan seumpamanya adalah makhluk ciptaan Tuhan semuanya. Tuhan sudah sedia ada sebelum Dia menciptakan warna, tempat, cahaya, lokasi, arah dan bentuk. Oleh itu mustahil Dia terpengaruh dengan semua itu. Apa saja yang terpengaruh dengan semua itu adalah bersifat lemah dan tidak layak sebagai Tuhan. Itu menurut kepercayaan umat Islam).

Menurut mereka lagi, nenek moyang oang-orang Hindu ada yang pernah melihat Tuhan. Oleh itu mereka mengukir rupa Tuhan itu di batu-batu, maka jadilah patung-patung.

Bagaimana penganut agama Hindu sekarang tahu tentang semua hal yang diperkatakan ini? Menurut mereka, di negara India ada ‘papan’ yang ditulis oleh orang-orang terdahulu. ‘Papan’ itulah kitab/ buku suci. Ia dipelihara dengan baik. Pada ‘papan’ itulah tertulis segala kepercayaan ini termasuklah nama-nama Tuhan yang berterusan digunakan sehingga ke hari ini.

Ketika melakukan meditasi, seseorang itu boleh tidak makan dan minum sehingga bertahun-tahun. Orang itu akan berzikir “Ohm, ohm” saja. Mereka juga tidak akan berasa sakit meskipun dipatuk oleh ular. Ada yang berkeadaan begitu sehingga 21 tahun. Malahan di India ada yang sampai 200 tahun, badannya tinggal kulit dengan tulang dan rambut panjang mengurai tetapi masih hidup.

Begitulah lebih kurang penjelasan mereka tentang agama Hindu.


'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

11 NOVEMBER 2008

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/sedikit-tentang-agama-hindu.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum