Dari Laman Ahli Silat Cekak

View previous topic View next topic Go down

Dari Laman Ahli Silat Cekak

Post  Admin on Thu Dec 13, 2012 9:35 am

Saya pusing-pusing di alam maya internet, terjumpa nukilan seorang hamba Allah yang berbunyi:

Assalammualaikum warga CH (*Cekak Hanafi) !

Di dalam kebanyakan ceramah dan cerita yang telah Tuan Guru (*Mohd Radhi Hanafi) sampaikan, pasti ramai di antara ahli-ahli pernah mendengar daripada GU (*Guru Utama) tentang cerita mengenai seorang Nabi Allah yang bergelar Nabi Khidir a.s. Nabi yang menjadi guru kepada salah seorang Ulul Azmi, Nabi Musa a.s. Walaupun Nabi Musa a.s adalah seorang Nabi dan Rasul, namun baginda diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berguru dengan Nabi Khidir a.s yang bukan seorang rasul.

Di antara fakta mengenai Nabi Khidir a.s seperti diceritakan oleh GU adalah Nabi Khidir a.s juga dikenali sebagai "Rijallulghaib" yang bermaksud lelaki yang hilang. Sehingga kini dipercayai bahawa Nabi Khidir a.s masih lagi hidup dan bertugas, cuma tidak tahu dalam keadaan bagaimana dan di mana.

Di dalam video 4 siri di bawah ini, Ustaz Abu Zulfiqar menceritakan tentang Nabi Khidir a.s dan pendapat-pendapat masyarakat tentang keberadaan beliau, juga ada terselit satu huraian tentang amalan doa mandi silat seperti yang diamalkan oleh ahli-ahli SCH setelah tamat pembelajaran. Semoga kita semua mendapat sedikit manfaat daripada video ini. Selamat mendengar. (nak kata selamat mononton video tersebut takda gamba, Razz)

Segerak Searah!









Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum