Adab Berguru - Patuh & Sabar

View previous topic View next topic Go down

Adab Berguru - Patuh & Sabar

Post  Admin on Thu Dec 13, 2012 10:57 am

Anakku,

Adab berguru... ada kalanya bukan semua ilmu akan diberitahu maksudnya oleh guru kita. Bukan bererti dia tidak mahu memberitahu, tapi belum tiba masanya yang sesuai untuk dia memberitahu. Boleh jadi kerana keadaan sekeliling. Boleh jadi juga kerana ketaksediaan diri kita sendiri. Oleh itu, kita ikut sahajalah guru yang kita yakini kemursyidannya itu. Jika kita tidak yakin, sedari awallah jangan diikut. Apabila kita mahu mengikut, maksudnya kita ada keyakinan akan guru itu.

Budak berusia 7 tahun bertanya tentang bagaimana dalam perut ibunya boleh ada bayi. Takkanlah kita hendak terangkan secara terperinci proses menumbuhkan bayi di dalam perut ibunya itu. Bukan kerana kita tak mahu beritahu, tapi tunggulah dia dewasa sikit untuk diberitahu agar bersesuaian dengan akalnya.

Pelajar silat yang baru masuk gelanggang seminggu minta tok guru menunjukkan serangan maut peringkat tertinggi, tentulah tok guru tak beri kerana takut disalahgunakan.

Jadi, apabila sang guru melakukan sesuatu tindakan yang baik, ikut sahajalah. Tunggulah ketikanya untuk si guru menjelaskan di kemudian hari. Jangan kita terburu-buru membantah, menolak, meremehkan, menidakkan dan sebagainya.

Anakku,

Kalau tahu yang fikiran kita belum sampai untuk memahami, ikut sahajalah. Mengapa sudah tahu dan mengakui fikiran kita tidak mampu berfikir lebih jauh dan lebih luas, asyik hendak memprotes dan membangkang?

Ambillah iktibar daripada kisah Nabi Khidhir dengan Nabi Musa. Pekerjaan Nabi Khidhir sangat hebat, penuh perancangan teliti lagi berhikmah. Fikiran Nabi Musa tidak sampai ke taraf pemikiran Nabi Khidhir (dalam hal itu), maka sepatutnya dia mengikut sahaja segala perancangan dan perbuatan Nabi Khidhir. Tapi Nabi Musa tidak dapat bersabar dan memandang segala tindakan Nabi Khidhir itu sebagai salah, tidak membawa kebahagiaan, membawa kesusahan dan sebagainya.

Akibatnya... Nabi Musa dikira gagal dalam perjuangannya bersama-sama Nabi Khidhir menyebabkan Nabi Khidhir menyingkirkannya. Mereka tidak sesuai bergerak bersama-sama lagi... buat selamanya.

Apabila kita mengakui yang diri kita tidak mampu mencapai pemikiran guru, ikut sahaja tanpa banyak soal. Tok guru pasti akan memberi penjelasannya apabila dia melihat kita sudah layak untuk mendengarnya.

Anakku,

Jika kita berasa tidak yakin akan pekerjaan guru, kita berundur dirilah. Pergilah cari guru yang lain, bukannya guru yang ini hendak marah pun. Dia pun memang tak mahu mempunyai anak murid yang bebal, yang akan merosakkan segala perancangan dan pekerjaannya di kemudian hari.

Abu Zulfiqar

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum