Mencari Kitab Ihya' 'Ulumiddin

View previous topic View next topic Go down

Mencari Kitab Ihya' 'Ulumiddin

Post  Admin on Thu Dec 13, 2012 10:22 pm

A MENULIS:

Salam Ustaz, terima kasih add saya.
Saya suka baca blog ustaz Allah Cinta Agung tu..ada sambungan lagi tak? Teruskan usaha dan selamat maju jaya!

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Wlksm A.

Dah tak ada sambungannya. Sebenarnya itu ialah ringkasan bab Cinta dalam Ihya' 'Ulumiddin karya Imam al-Ghazali dengan sedikit tambahan daripada sumber-sumber lain. Untuk lebih memuaskan hati, dapatkan terjemahan Ihya' berbbahasa Melayu jilid 7. Memang seronok menelitinya.

A MENULIS:

Sayangnya tak ada sambungan..Nanti akan diusahakan baca dalam Ihya mcm saranan diberi. Kalau saya perlukan pencerahan saya tanya dengan ustaz ya, maklum baru bertatih.Terima kasih.

DUA BULAN KEMUDIAN...

A MENULIS:

Salam ustaz, boleh tak nak tahu siapa penerbit Ihya Ulumiddin yang ustaz sebut di atas? Saya tak jumpa yang ada 7 jilid. Terima kasih kasih ya.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Wlksm Achik Ibrahim.

Penerbitnya Victory Ajensi, Peti Surat 12359. Kuala Lumpur. Cetakan 1988. Set ini saya beli pada tahun lepas, kulit berwarna biru.
Satu lagi yang ada di tangan saya ialah terbitan Perc. Menara Kudus, Indonesia. Cetakan 1980. Kulitnya merah dan hijau.
Di rumah ibu saya ada satu set kulit nipis berwarna kelabu, saya tak pasti terbitan mana.

http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/01/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html

Ketiga-tiga set ini terdiri daripada 8 jilid kesemuanya.

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum