Kisah - Mengenal Agama Islam

View previous topic View next topic Go down

Kisah - Mengenal Agama Islam

Post  Admin on Sat Dec 08, 2012 8:54 pm

WATAK-WATAK

# Paul- Seorang yang tidak beragama tetapi rajin mengambil tahu tentang agama-agama yang ada

@ Ustaz Ali- seorang yang berpengetahuan tentang agama-agama dunia


LOKASI DIALOG

Di sebuah restoran pada waktu sarapan




# Ustaz...?

@ Ya? (Mendongakkan kepalanya. Cawan yang dipegang tidak jadi didekatkan ke bibir)

# Ini Ustaz Ali ke?

@ (Tersenyum) Ya, saya. Kenapa encik?

# Saya Paul. Saya... saya hendak tanya ustaz tentang agama Islam, boleh ke?

@ Eh, boleh boleh! Marilah duduk sekali. Sila, sila!


@ Err... Encik Paul agama apa?

# Saya tak ikut mana-mana agama.

@ Ohh... macam tu ke? Em, Encik Paul nak tanya apa tentang Islam?

# Banyak benda saya nak tanya.

@ Bolehh, tanyalah. Mana yang saya boleh jawab, saya jawab. Mana yang saya tak tahu, saya kata tak tahu. Mana yang saya tak berapa pasti ataupun tak berapa tahu, saya boleh buat rujukan nanti. Lepas tu kita boleh jumpa lagi.

# Betul (rasa begitu seronok dengan pelawaan Ustaz Ali)? Terima kasih banyak ustaz.


# Sebenarnya saya sudah pernah jumpa beberapa orang termasuklah golongan ilmuan dalam agama Islam, saya tanya tentang Islam.

@ Ye ke? Baguslah macam tu.

# Tapi ustaz... tak ada seorang pun yang dapat memuaskan hati saya.

@ Apa yang Encik Paul nak tahu sebenarnya?

# Saya nak tahu tentang agama Islamlah. Saya bukan berniat hendak berdebat... ataupun hendak menguji. Bukan, bukan! Saya betul-betul hendak tahu tentang agama-agama di dunia ini. Saya sudah jumpa beberapa orang paderi Kristian, sami-sami Buddha, Hindu... (merenung agak lama ke mata Ustaz Ali, menantikan reaksi beliau)

@ Hmm... saya faham (jawapan yang melegakan Paul).


@ Jadi... kenapa Encik Paul tidak berpuas hati?

# Masa saya jumpa ustaz-ustaz tu, mereka asyik menggunakan ayat-ayat al-Quran. Saya bukan orang Islam. Jika saya percaya ayat-ayat al-Quran, saya sudah lama Islam. Sama juga, mereka banyak gunakan kata-kata Nabi Muhammad... err...hadis. Bila masa saya percaya dengan Nabi Muhammad? Takkan itu pun mereka tak dapat fikir? Ustaz dapat faham tak apa yang saya cuba sampaikan?

@ Yah... saya faham. Kalau Encik Paul memang sedia percaya dengan Quran dan hadis, dah tentulah Encik Paul sudah memeluk agama Islam.

# Yes, itu yang saya maksudkan! Sepatutnya, mereka tidak menggunakan apa-apa yang saya tidak percaya.

@ Betul, betul!

# So... can you help me ustaz (dengan suara yang lembut bernada memujuk)?

@ I’ll try my best!

# Cuma satu ustaz. Saya ni kalau bertanya, saya suka bertanya habis-habis untuk dapatkan kefahaman. Kadang-kadang... perkara yang saya dah tahu pun saya hendak tanya lagi. Sebenarnya saya juga rajin baca buku. Sedikit-sebanyak saya sudah tahu. Apabila saya bertanya sesuatu, itu tidak semestinya menunjukkan saya tidak tahu. Cuma saya nak tanya dari ‘zero’... macam cawan kosong. Kalau cawan sudah penuh, macam mana mahu masuk air? Betul tak ustaz?

@ Eh, tak ada masalah! Baguslah macam tu. Saya faham bagaimana perasaan seorang yang ingin mencari kebenaran.

# Thank you ustaz.

@ Baiklah, you boleh tanya apa yang you nak tahu.

# OK.


# Orang-orang Islam sembah apa ustaz?

@ Kita menyembah Allah.


# Allah itu siapa?

@ Allah ialah Tuhan yang menciptakan segala-galanya. Apa yang kita lihat di sekeliling kita ini semuanya Allah yang cipta. Dia mencipta seluruh makhluk. Dialah satu-satunya Tuhan.


# Allah ada di mana?

@ Allah tidak bertempat, Dia tidak terpengaruh dengan tempat. Ini kerana... sebelum adanya tempat, sebelum wujudnya tempat, sebelum tempat dicipta... Dia sudah sedia ada. Malahan Dialah yang menciptakan tempat. Apa saja yang ada tempat, yang bertempat, yang terpengaruh dengan tempat... adalah makhluk. ‘Tempat’ itu sendiri adalah makhluk. ‘Dipengaruhi oleh tempat’ adalah salah satu sifat lemah. Mustahil Tuhan ada sebarang kelemahan. Jika Tuhan ada walau satu saja sifat lemah, pastinya Dia tidak layak menjadi Tuhan.


# Jadi... macam mana kita hendak sembah Allah?

@ Kita sembah Allah macam Nabi Muhammad sembah Allah, iaitu dengan mengerjakan solat, ataupun disebut juga sembahyang.


# Nabi Muhammad itu siapa ustaz?

@ Nabi Muhammad itu ialah salah seorang utusan Allah kepada manusia. Ada banyak nabi lagi tapi Nabi Muhammad adalah yang terakhir.

# Nabi Muhammad tu masih hidup lagikah?

@ Tak, dia sudah lama wafat... meninggal dunia.

# Dulu Nabi Muhammad tinggal di mana?

@ Nabi Muhammad lahir di Mekah, di tanah Arab.

# Dia orang Arabkah?

@ Ya, Nabi Muhammad berbangsa Arab.

# Macam mana rupa dia?

@ Dia manusia macam kitalah.


# Ustaz, bagaimana kita hendak tahu Tuhan benar-benar ada?

@ Caranya ialah dengan berfikir.

# Berfikir?

@ Ya, menggunakan akal fikiran. Ambil al-Quran, kaji. Berfikirlah tu. Bertanya kepada orang lain lalu buat pertimbangan, berfikir juga namanya. Lihat alam semesta dan cuba buat perkaitan, berfikir juga. Ambil pelbagai buku, baca dan kaji, berfikir juga. Cuba merasa sendiri pengalaman-pengalaman tertentu, fikir juga. Kesimpulannya, tidak ada cara lain melainkan berfikir.


# Hmm... setakat ini saya suka dengan cara ustaz menerangkan agama Islam. Macam ni lah ustaz. Sekarang saya kena masuk kerja, tak boleh sembang panjang. Boleh ustaz bagi saya nombor telefon ustaz? Saya memang minat sangat hendak tahu tentang semua agama termasuklah agama Islam. Harap ustaz dapat bantu saya.

@ Boleh, tentu saja boleh.

# Ok ustaz. Kita jumpa lagi. Nanti saya ‘call’ ustaz, mesti! (Paul tersenyum lebar)

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/mengenal-agama-islam-bah-1.html

BERSAMBUNG...


Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum