Penggunaan Hadith Dhaif

View previous topic View next topic Go down

Penggunaan Hadith Dhaif

Post  Admin on Fri Dec 14, 2012 11:42 am

Menolak "golongan anti-hadith"... juga menolak" golongan anti-hadith dhaif".

Begitulah bunyi tulisan saya di Facebook. Ringkas, tapi mencetuskan sedikit perkongsian sihat sesama teman-teman. Tentang penggunan hadith dhaif, SECARA RINGKASNYA :

‎1. Kadang-kadang... satu hadith itu dhaif tetapi... maksud isinya tidak dhaif.

‎2. Ada juga, satu hadith itu dhaif tetapi... ada7-8 (*sekadar mencontohkan) lagi hadith dhaif yang isinya/maksud isinya sama. Maka MAKSUD ISINYA boleh naik ke tahap hasan (kerana saling menguatkan).

3. Hadith dhaif boleh diguna apabila tidak ada lain-lain alasan atau dalil-dalil agama tentng hal yang diperkatakan oleh hadith tersebut. Ini pandangan Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim.

Kata Imam Ahmad : "Hadith dhaif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang."

4. Hadith dhaif boleh dijadikan hujah dalam fadhail amal, targhib (galakan), tarhib (menakutkan), ikhtiati (berjaga-jaga). Dalam soal-soal pokok/ dasar agama tak boleh.

Ini pandangan Imam Nawawi, Al-Hafiz Ibnu Hajar.

WaAllahua’lam.

http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/07/penggunaan-hadith-dhaif-ringkas.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum