Al Fenin Lalat

View previous topic View next topic Go down

Al Fenin Lalat

Post  Admin on Fri Dec 14, 2012 11:44 am

Memang sejak bulan Februari 2011 ini saya selalu pening-pening dan sakit kepala, boleh dikatakan setiap hari. Begitulah apabila beban kerja-kerja pada jalan Allah bertambah dengan tidak disangka-sangka. Namun dalam seminggu ini memang kuat betul peningnya, selalu hilang imbangan dan beberapa kali hampir terjatuh.

Sejak Februari 2011, saya perlu masuk tidur paling awal pukul 1.30 pagi, tapi biasanya berlarutan sehingga pukul 3.00 pagi... setiap hari. Kemudian tidak sihat selama beberapa minggu, lalu selepas itu saya kurangkan tidur lewat, tapi masih sekitar 12.30 ke 1.30 pagi.

Tidur sedikit awal memang memberi kelebihan untuk kerehatan , tetapi dari sudut kerugiannya pula ialah kerja-kerja yang mesti diselesaikan banyak yang tertangguh. Fikirkan kerja-kerja yang tertangguh tentunya memberi tekanan. Letih fizikal lebih mudah dilalui berbanding letih minda, habis lesu seluruh badan. Nasib baiklah dengan serba-sedikit pengetahuan tentang tasawuf dapat meredakan tekanan yang dihadapi dan masih menjalani kehidupan harian dengan ceria.

Apa mau buat... para pendahulu kita jauh lebih letih, tapi jiwa mereka bahagia. Kita ikut sahajalah jejak langkah mereka. Jika tidak dapat mengikut 1,000 langkah, dapat 1-2 langkah pun jadilah : )

Sunyummmmm...... : )

http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/07/al-fenin-lalat.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum