Ciri2 Anak Dididk Abu Zulfiqar yg Sudah Diperakui

View previous topic View next topic Go down

Ciri2 Anak Dididk Abu Zulfiqar yg Sudah Diperakui

Post  Admin on Tue Jan 01, 2013 8:49 am

Assalamualaikum w.b.t,

Anak-anak buah Abu Zulfiqar dalam dakwah, yang menerima tarbiyyah terus daripada Abu Zulfiqar di alam nyata, dilengkapi dengan amalan-amalan yang disenaraikan di bawah. Sekiranya seseorang itu mengaku sebagai pernah menerima tarbiyyah secara khusus daripada Abu Zulfiqar tetapi tidak nampak pun amalan-amalan di bawah pada dirinya, hal itu bermakna :

1. Mungkin dia seorang pendusta. Dia hanya mengaitkan dirinya dengan Abu Zulfiqar untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

2. Mungkin dia pernah mengikuti tarbiyyah Abu Zulfiqar, tetapi sekadar suku jalan ataupun kurang lagi daripada itu, separuh pun tidak sampai. SEKURANG-KURANGNYA orang itu mestilah pernah berada dalam liqa’ usrah Abu Zulfiqar sebanyak 40 KALI untuk boleh dikaitkan secara rasmi dengan Abu Zulfiqar. Itu belum dicampur dengan tugasan-tugasan lain dan ujian-ujian yang perlu diselesaikan.

3. Mungkin dia pernah mengikuti tarbiyyah Abu Zulfiqar khususnya golongan kedua, tetapi dia sudah mengikuti tarbiyyah orang lain secara khusus.

4. Mungkin dia pernah mengikuti tarbiyyah Abu Zulfiqar khususnya golongan kedua, tetapi kemudiannya sudah diresapi anasir-anasir lain.

Orang-orang yang sudah 40 kali dan ke atas berada dalam liqa’ usrah Abu Zulfiqar BIASANYA akan terus istiqamah dan sukar tergugat atau terpengaruh. Yang tidak mencapai 40 kali, mereka masih dikira murid-murid umum, belum khusus.

Antara ciri-ciri mereka :

1. Yang lelaki tidak akan dengan sengaja tidak pergi mengerjakan solat berjemaah di masjid, surau atau tempat yang setara dengannya. Dia akan berusaha untuk pergi dengan kesungguhan.

2. Yang wanita akan berusaha memakai tudung yang sekurang-kurangnya menutup dada, LURAH KETIAK, bahu dan sekitarnya. Juga berusaha untuk tidak menampakkan KELANGKANG ketika berseluar.

3. Akan berusaha membeli sekurang-kurangnya sebuah buku agama pada setiap bulan, sekalipun kecil dan nipis. Digalakkan mempunyai perpustakaan mini sendiri, sekalipun dengan sekadar empat lima buah buku agama.

4. Akan berusaha mengerjakan 15 rakaat solat sunat dalam sehari semalam.

5. Mempunyai sekurang-kurangnya satu laman web yang beraromakan agama sekalipun sekadar laman peribadi.

6. Akan bertanya kepada Abu Zulfiqar ataupun sekurang-kurangnya orang-orang yang ditunjukkan oleh Abu Zulfiqar, ataupun wakil-wakil Abu Zulfiqar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan, meletakkan hukuman atau mengambil tindakan dalam sesuatu isu agama YANG MELIBATKAN dakwah dan peribadi Abu Zulfiqar dan seluruh anak-anak buahnya.

7. Berusaha membaca setengah juzuk Al-Quran sehari dengan cara melihat mushaf dan membaca terjemahannya. Paling kurang pun, ketika sibuk akan membuka Al-Quran dan membaca satu ayat dalam sehari.

8. Akan berusaha untuk sentiasa berzikir, ataupun banyak berzikir, ataupun sekurang-kurang ada berzikir dalam segala pekerjaan pada setiap masa seperti ketika berjalan, mandi, duduk-duduk, berlawan, bermain dan sebagainya secara khafi.

9. Boleh merawat kes-kes ringan, sekurang-kurangnya untuk kegunaan diri sendiri dengan ilmu rawatan perubatan Islam. Maksudnya mempunyai asas seorang mu’allij.

10. Akan berusaha menyeimbangkan input ilmu agamanya terutamanya dari sudut tauhid, fiqh dan tasawuf.

11. Tidak akan terpengaruh dengan 6 Virus Dalaman yang merosakkan agama dan perpaduan umat iaitu Virus Syiah, Salafi Wahhabi, Siplisme (Sekularisme, Pluralisme & Liberalisme), Anti-Hadith, Ahmadiyyah Qadiyani dan ajaran-ajaran sesat, bahkan mereka faham dan akan berusaha untuk membanteras APA YANG SALAH dan APA YANG MELEMAHKAN daripada virus-virus ini.

12. Berpengetahuan dalam ilmu hakikat walaupun sekadar yang asas.

13. Tanpa teragak-agak, dalam MASA 1 SAAT dapat menentukan sesuatu yang muncul itu tidak kira bila dan di mana juga, sama ada Tuhan/ Allah ataupun bukan.

14. Berusaha mengurangkan sifat-sifat mazmumah dan meningkatkan sifat-sifat mahmudah.

15. Berusaha untuk melakukan apa sahaja kerana Allah, YANG TERATAS. Ataupun sekurang-kurangnya kerana Allah dan kerana yang lain-lain itu setara.

16. Mengharuskan penggunaan semua alat muzik selagi tidak terlibat dengan hal-hal yang bertentangan dengan kehendak Allah.

17. Ada ilmu perbandingan agama dan pengetahuan tentang kitab-kitab agama lain walaupun sedikit.

18. Melibatkan diri dalam pilihan raya sekalipun sekadar mengundi sahaja.

19. Berterusan mengikuti tarbiyyah melalui laman-laman Abu Zulfiqar dan laman-laman Dakwah Tajdid Sebenar.

20. Mengamalkan aurad pagi dan petang, sama ada Amalan Ikhtiar Muslim, Al-Ma’thurat, Manzil, Bacaan Asas Darussyifa’ atau aurad-aurad lain yang sesuai.

21. Berusaha untuk istiqamah mengamalkan amalan ampuh Nabi Muhammad saw pagi dan petang, dan sebelum tidur.

22. Mempunyai asas dalam perisikan dakwah.

23. Mempunyai pengetahuan tentang jemaah-jemaah Islam seluruh dunia.

24. Berusaha untuk menyelesaikan yang fardhu ‘ain terlebih dahulu (terutamanya ilmu mu’ammalah dan had terbawah dalam ilmu mukasyafah) sebelum menyibukkan diri dalam hal-hala yang fardhu kifayah, apatah lagi hal-hal furuk dan khilafiyyah.

25. Menghormati dan saling meraikan jemaah-jemaah Islam sama ada mereka terlibat dengan mana-mana jemaah ataupun tidak.

26. Berusaha mendapatkan ilmu-imu agama dari guru-guru secara terus, bukannya sekadar dari rakan-rakan, orang-orang di sekeliling, media dan lain-lain.

27. Punya asas yang baik dalam ilmu mustalah hadith.

28. Memandang baik kepada sunnah yang besar-besar, yang kecil-kecil bahkan sunnah yang seni-seni.

29. Berusaha beribadah/berabdi kepada Tuhan kerana cinta melebihi kerana pahala/syurga dan dosa/neraka.

30. Berada dalam lingkungan usia 16 ke 32 tahun pada tahun 2012. Jumlah mereka sangatlah sedikit.

Sekiranya anda mendapati BANYAK (maksudnya tidak semestinya mereka ada SEMUA ciri di atas, kerana tidak semestinya seseorang murid itu mengikut gurunya 100 peratus, boleh jadi ada dua tiga ciri yang tiada persamaan) daripada ciri-ciri di atas ada pada diri seseorang itu, kemungkinan besarlah memang benar dia pernah ditarbiyyah di alam nyata (bukan internet) oleh Abu Zulfiqar secara KHUSUS dan SUDAH DIPERAKUI (ala diijazahkan). Kata-kata mereka yang belum/tidak diperakui, tidaklah boleh dikaitkan dengan Abu Zulfiqar, kecualilah jika dimaklumkan begitu.

Semoga dengan penjelasan ini dapatlah kita sama-sama menyekat dan menapis sebarang penggunaan nama Abu Zulfiqar ke jalan yang tidak sepatutnya, sebagaimana yang pernah kecoh sebentar sedikit masa dahulu. Nilai ciri-ciri mereka terlebih dahulu. Semoga bermanfaat.

Wassalam.

Abu Zulfiqar

3 JANUARI 2012

Ps: Kalau dapat, tanya terus, pernahkah mereka ‘diijazahkan’ oleh Abu Zulfiqar. Sekiranya ada, tanya pula, bahagian-bahagiaan apa yang ‘diijazahkan’ itu. Ataupun boleh bertanya terus dengan saya melalui Facebook, blog-blog, forum-forum, e-mail dan lain-lain dengan memberikan nama mereka kepada saya. Kes ‘jual nama’ ni memang bahaya. Jenoh saya nak menepis.

http://alexanderwathern.blogspot.com/2012/01/ciri-ciri-anak-didik-abu-zulfiqar-yang.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum