Kebenaran Mengamalkan Zikir Harian

View previous topic View next topic Go down

Kebenaran Mengamalkan Zikir Harian

Post  Admin on Tue Jan 01, 2013 9:45 am

Zikir harian Imam Al-Ghazali sememangnya sangat baik untuk kita amalkan. Tambahan pula ia mudah dan ringkas. Tanpa menisbahkannya kepada Imam Al-Ghazali pun, kita boleh mengamalkannya kerana bacaan-bacaannya memang merupakan zikir biasa yang sering diamalkan oleh umat Islam sehari-hari.

Buat diri saya, zikir harian Imam Al-Ghazali hanyalah amalan tambahan. Ia bukan amalan utama saya kerana saya punya wirid harian yang saya susun sendiri iaitu amalan Ikhtiar Muslim. Alang-alang beramal, saya lebih suka membaca aurad harian yang membolehkan kita berperanan sebagai seorang mu’allij (perawat) sekaligus, dua dalam satu. Dengan cara ini saya dapat menjimatkan sedikit masa saya, yang sememangnya sangat mencemburi saya. Jika ada lebihan ruang, barulah saya menghabiskan zikir harian Imam Al-Ghazali.

Dalam mengambil zikir harian Imam Al-Ghazali sebagai amalan, saya pernah ketemu orang-orang (di luar dan dalam internet) yang berbeza pandangan tentang KEBENARAN MENGAMALKANNYA. Berikut saya kelaskan pandangan-pandangan mereka kepada beberapa kelompok :

KELOMPOK 1

WAJIB mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Jika tidak, TIDAK BOLEH diamalkan sama sekali.

KELOMPOK 2

MESTI mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Jika tidak, TIDAK/KURANG ELOK untuk diamalkan.

KELOMPOK 3

MEMANG ELOK mengamalkannya, tetapi jika mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali, adalah LEBIH BAIK. Tidak ambil, tidak mengapa.

KELOMPOK 4

BOLEH saja mengamalkannya, tetapi jika mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali, adalah LEBIH BAIK. Tidak ambil, tidak mengapa.

KELOMPOK 5

TIDAK PERLU mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Ambil tak ambil, sama sahaja. Kalau mahu ambil juga, TIDAK MENGAPA.

KELOMPOK 6

JANGAN mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Hendak amal, amal terus. Tidak perlu bersanad-sanad.

Mungkin ada kelas-kelas yang lain tetapi tidaklah saya berniat untuk memperincikannya lagi. Kelompok ke-2, 3 dan 4 adalah yang paling ramai

Berdasarkan pengkelasan di atas, saya memilih untuk berada dalam KELOMPOK KE-3.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar

4 MAC 2012

http://alexanderwathern.blogspot.com/2012/03/kebenaran-mengamalkan-zikir-harian.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum