Pengembaranku ke dalam Surah An-Nur Ayat 31

View previous topic View next topic Go down

Pengembaranku ke dalam Surah An-Nur Ayat 31

Post  Admin on Fri Dec 07, 2012 6:51 pm

Allah SWT berfirman (yang maksudnya):


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)


Semua individu Islam tidak kira lelaki atau wanita dari kalangan jin mahupun manusia mestilah berpesan atau memberi nasihat kepada para wanita mereka supaya menjaga MATA mereka daripada melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat mengikut syariat Islam. Ini kerana mata adalah ALIRAN SUNGAI UTAMA yang membawa segala khasiat ataupun sampah sarap KE LAUT OTAK. Tercemar sungai tercemarlah sebahagian lautnya. Rosak pandangan mata maka rosaklah sebahagian otak.


Rosak otak di sini bermaksud ROSAKNYA AKAL FIKIRAN, padahal akal fikiran adalah perkara paling berharga kepada semua manusia termasuklah wanita. Akal fikiran inilah yang akan menentukan baik buruknya peribadi seseorang. Saham wanita di mata manusia beriman akan jatuh jika rosak akalnya, sama ada rosak akibat kecacatan mahupun rosak kerana pemikirannya banyak anasir-anasir yang tidak baik.


Kita mesti berpesan supaya para muslimah memelihara KEMALUAN mereka sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Memelihara kemaluan diletakkan di TEMPAT KEDUA, sepadan dengan kedudukannya sebagai perkara kedua paling berharga buat wanita selepas otak. Nilai wanita akan jatuh merudum jika rosak kemaluannya sama ada oleh penyakit, kecacatan mahupun kemaksiatan. Oleh itu para wanita jagalah kedua-dua perkara utama ini iaitu pandangan mata (hakikatnya akal fikiran) dan kemaluan. Orang lelaki mukmin sangat mementingkannya.


Wanita juga wajib diberitahu tentang batas-batas “perhiasan” yang boleh diperlihatkan. Perbahasan “perhiasan” ini agak panjang di kalangan para ulama, tidak perlulah kita bahaskan di sini kerana bukan untuk itu nukilan ini dikarang. Ringkasnya, kebanyakan ulama berpendapat bahawa “perhiasan” yang boleh diperlihatkan hanyalah muka dan tangan (dari pergelangannya ke bawah). Jika dikhuatiri mendatangkan fitnah, maka kedua-duanya kena disorokkan juga.


Selepas kemaluan, para muslimah mestilah menyorokkan BAHAGIAN DADA mereka sebagaimana tatacara Islam. Jangan kita faham penjagaan mata, kemaluan dan dada ini sekadar berkaitan dengan hal-hal dosa atau maksiat sahaja. Lihat juga dari SUDUT KESIHATAN. Allah memerintahkan wanita mengambil berat akan kesihatan ketiga-tiga perkara utama ini.


Mengapa ia sangat penting? Kerana ia adalah penyambung zuriat hamba-hamba Allah dari kalangan manusia dan jin. Sihat akal fikiran biasanya menjadi penyebab kepada PERKAHWINAN. Sihat kemaluan akan menjadi penyebab KELAHIRAN hamba-hamba Allah yang baru, hasil perkahwinan tadi. Sihat bahagian dada akan menjadi penyebab kepada SIHATNYA BAYI-BAYI yang telah dilahirkan itu pula.




‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’


Abu Zulfiqar / Alexanderwathern
DIS 2006


*Siri ‘Pengembaraanku ke dalam Al-Quran’ ini menceritakan apa yang saya faham selaku orang awam ketika merenung-renung isi kandungan al-Quran.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/pengembaraanku-ke-dalam-surah-nur-ayat.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum