Cara-cara Mengasuh Anak

View previous topic View next topic Go down

Cara-cara Mengasuh Anak

Post  Admin on Tue Jan 01, 2013 10:15 am

Cara ibu bapa mengasuh anak-anak bolehlah dibahagikan kepada empat :

1. Cara authoritarian (seakan-akan kuku besi).

2. Cara authoritatif (ada sedikit demokrasi).

3. Cara indulgent (seakan-akan demokrasi penuh).

4. Cara lepas tangan.


IBU BAPA AUTHORITARIAN

Anak-anak tidak boleh angkat muka. Anak-anak tidak berpeluang memberikan pandangan melainkan mesti menurut segala ketetapan yang dibuat oleh ibu bapa. Peraturan dan keputusan ibu bapa adalah mutlak. Ibu bapa jenis ini sering mengenakan hukuman dan mengingatkan tentang peraturan. Mereka biasanya mempamerkan wajah yang tegas dan serius.


Kesannya – Biasanya anak-anak tidak dapat bersosial dengan baik. Mereka akan lemah dalam komunikasi. Anak-anak cenderung menjadi penakut. Sifat kepimpinan pada diri mereka sangat rendah. Mereka juga berasa kurang dihargai oleh ibu bapa. Ada kalanya naluri memberontak wujud pada mereka. Komunikasi dengan ibu bapa sangat kurang.


IBU BAPA AUTHORITATIF

Ibu bapa masih berkuasa ke atas anak-anak tetapi tidak secara kuku besi. Anak-anak digalakkan berdikari tetapi dalam ruang pemantauan ibu bapa. Ibu bapa jenis ini melebihkan nasihat dan saranan berbanding hukuman dan undang-undang.


Kesannya – Biasanya anak-anak dapat bersosial dengan baik. Mereka selalu ceria, dapat berdikari, lebih menyayangi ibu bapa dan berani. Mereka dapat membesar dalam suasana yang baik.


IBU BAPA INDULGENT

Ibu bapa masih terlibat dalam pembentukan anak-anak tetapi memberikan kebebasan yang banyak dan luas, kerana beranggapan dengan cara begini dapat menjadikan anak-anak mereka lebih kreatif, berani dan berkeyakinan tinggi. Teguran, disiplin dan hukuman sangat kurang.


Kesannya – Biasanya anak-anak jenis ini kurang menghormati ibu bapa mereka. Mereka mudah memberontak jika kebebasan mereka cuba disekat. Mereka juga tidak suka kepada disiplin mengakibatkan kehidupan mereka tidak terkawal.


IBU BAPA LEPAS TANGAN

Ibu bapa jenis ini sangat kurang mengambil peduli perjalanan hidup anak-anak mereka. Ibu bapa yang kaya berasa cukuplah dengan memberikan wang dan segala kemudahan, lalu membiarkan anak-anak mereka melalui sendiri kehidupan mereka. Biasanya ibu bapa jenis ini sibuk dengan urusan mereka sendiri.


Kesannya – Anak-anak ini akan berasa jauh dari ibu bapa, keseorangan di rumah, kesunyian dalam keluarga, berasa kurang dihargai ibu bapa, tidak dapat bersosial dengan baik dan kurang bermotivasi.


Jadi, pertimbangkan baik-baik, ibu bapa jenis mana yang terbaik untuk membesarkan anak-anak.

WaAllahua’lam.


Abu Zulfiqar

1 April 2010

http://alexanderwathern.blogspot.com/2012/04/cara-cara-mengasuh-anak.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum