MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tanggungjawab Mesti Diteruskan

Go down

Tanggungjawab Mesti Diteruskan Empty Tanggungjawab Mesti Diteruskan

Post  Admin Thu Jan 03, 2013 2:51 pm

Encik X mendirikan rumahtangga pada tahun 1995. Ketika itu pendapatannya RM 2,000. Pendapatan isterinya pula RM 1,200. Dengan jumlah pendapatan keluarga RM 3,200 pada tahun 1995 (dan tentunya akan meningkat dari tahun ke tahun), Encik X yakin dia mampu mempunyai anak seramai 12 orang dengan selesa. Encik X pun berusahalah dengan sebaik-baiknya membuat perancangan dan menjalankan perancangannya.

Sehingga tahun 2010, Encik X sudah dianugerahkan Tuhan 10 orang anak. Ketika itu pendapatannya sudah RM 6,000 manakala isterinya RM 4,000. Dengan RM 10,000 sebulan dan tinggal di bandar kecil, kehidupan Encik X boleh dikatakan begitu selesa.

Tiba-tiba, Encik X mendapat musibah. Dia teraniaya. Hasil kesalahan orang lain yang bekerja di bawahnya, dia dan isterinya turut menanggung beban. Encik X dan isterinya dibuang kerja. Maksudnya mereka kehilangan RM 10,000 sebulan. Untuk menyambung kehidupan, mereka pulang ke kampung dan membuka sebuah kedai makan. Hasilnya, dapatlah sekitar RM 1,500 sebulan. Dengan pendapatan baru yang jauh lebih kecil, dan bilangan anak-anak seramai 10 orang yang berusia di bawah 15 tahun, tentulah kehidupan Encik X sangat terhimpit.

Persoalannya, adakah kerana pendapatan barunya hanya sesuai untuk membesarkan 3 orang anak dengan selesa, maka Encik X hendaklah membesarkan 3 orang anak sahaja manakala anak-anak yang lain terpaksa diabaikan, dilupakan ataupun diserahkan kepada orang begitu sahaja?

Tentunya tidak. Encik X mestilah bertanggungjawab memperjuangkan kesemua anak-anaknya sekalipun dalam keadaan yang kurang sempurna.

Tamsilan ini dibawa untuk dikaitkan dengan sebahagian pekerja pada jalan Allah. Dahulunya mereka mempunyai kemampuan semasa dan potensi hari muka yang cerah. Oleh itu mereka mengusahakan tarbiyyah dan dakwah yang hebat. Suatu ketika, usaha mereka diruntuhkan orang sehingga ruang tugas mereka menjadi kecil. Namun ini tidak bermakna mereka boleh dengan senang hati melepaskan ruang-ruang lain yang sudah mereka usahakan dengan berkata : “Jadilah, syukurlah, ada jugak sisa-sisa tarbiyyah dan dakwah yang masih kita boleh buat. Yang lain-lain tu lupakan sahajalah”. Lari dari tanggungjawab namanya.

Apabila kita sudah menghasilkan ‘anak-anak’ dalam kerja keagamaan kita, selamanya kita bertanggungjawab kepada mereka, sekadar kemampuan yang kita ada. Mana boleh membuang dan melupakan begitu sahaja ‘anak-anak’ yang sudah kita lahirkan. (‘Anak-anak’ di sini tidak terhad kepada manusia, tetapi lebih kepada medan-medan tarbiyyah dan dakwah yang sudah kita jalankan).

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar
31 JULAI 2012

http://alexanderwathern.blogspot.com/2012/07/tanggungjawab-mesti-diteruskan.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum