Menjawab Pentaksub Jemaah Tabligh

View previous topic View next topic Go down

Menjawab Pentaksub Jemaah Tabligh

Post  Admin on Thu Jan 03, 2013 3:00 pm

KARKUN MENULIS :
Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana tabligh Maulana Ilyas jauh dari usaha kearah peperangan...

ABU ZULFIQAR MENULIS :
Kami pun bersyukur juga atas hal itu, Cuma KESYUKURAN KAMI LEBIH BESAR … kerana kami bersyukur sebab BANYAKNYA JEMAAH ISLAM yang jauh dari usaha ke arah peperangan membabi-buta, TIDAK TERHAD syukur tentang satu jemaah sendiri sahaja… ataupun jemaah Tabligh sahaja.

Kami mencadangkan ayat tersebut lebih sesuai jika ditulis…”Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana banyak juga Jemaah-jemaah Islam termasuklah jemaah tabligh Maulana Muhd Ilyas jauh daripada usaha peperangan membabi-buta.”

Kalau disebut “dari usaha ke arah peperangan...” pun sangat kurang sesuai- seolah-olah secara total menolak peperangan. Ini adalah mustahil kerana Rasulullah sendiri berperang. Mungkin yang hendak dimaksudkan itu adalah PEPERANGAN MEMBABI-BUTA tanpa sebab-musabab yang manasabah kot.

Perlu diingat juga… kedatangan Al Mahdi dan Nabi Isa adalah LEBIH kepada membawa ROMBONGAN PERANG (melawan Dajjal, Yahudi dan musuh-musuh Islam), bukan rombongan dakwah dari rumah ke rumah.

KARKUN MENULIS :
Apa yang ana lihat perjuangan mereka begitu jauh dari kepentingan peribadi mereka,

ABU ZULFIQAR MENULIS :
Kami pun melihat perkara yang sama kepada mereka, juga kepada jemaah-jemaah Islam lain (yang tak sesat le). Ini kerana kami memandang Islam secara global, bukan dari sudut pandangan satu-satu jemaah sahaja. Dan kami mengusahakan kesepakatan antara Jemaah-jemaah Islam dalam melakukan kerja agama, bukan usaha dalam jemaah sendiri sahaja. Usaha secara intra jemaah (dalam jemaah sendiri) pun ada, usaha secara inter jemaah (antara jemaah) pun ada, dan ini rasanya lebih baik.

KARKUN MENULIS :
Mereka cuba korbankan masa,tenaga dan harta sebaik mungkin untuk memperbaiki iman dan amal diri mereka sendiri serta mengajak umat bersama-sama memperbaiki iman dan amal...

ABU ZULFIQAR MENULIS :
Sama juga. Jemaah-jemaah Islam yang lain pun begitu juga.
Zaman ini, untuk menang dunia dan akhirat umat Islam mesti bergerak sebagai satu umat, bukan lagi sebagai satu-satu jemaah. Semua jemaah perlu bekerjasama, saling bertolak ansur, dan yang paling penting tidak taksub dengan jemaah sendiri saja. Setiap manusia ada kelemahan dan kesalahan kecuali Rasulullah. Setiap pengasas sesuatu jemaah ada kesalahan dan kelemahan kecuali Rasulullah. Semua jemaah ada kelemahan dan kekuatan tersendiri.

KARKUN MENULIS :
Perjuangan jemaah ini lebih kepada fikir atas umat berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w...

ABU ZULFIQAR MENULIS :
Ya , Jemaah-jemaah lain pun banyak juga yang begitu. Jadi, tak ada masalahlah untuk bersepadu, betul tak? Tak perlu lagi mengatakan jemaah aku paling ikut sunnah, paling betul, paling ikut acuan Quran dan hadis…kan.

*Yang mengikuti aktiviti Jemaah Tabligh tetapi tidak taksub seperti karkun di atas, sangatlah kita alu-alukan dan raikan.

http://alexanderwathern.blogspot.com/2012/09/menjawab-pentaksub-jemaah-tabligh.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum