MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kalendar kaum Maya Tersasar?

Go down

Kalendar kaum Maya Tersasar? Empty Kalendar kaum Maya Tersasar?

Post  Admin Sun Dec 09, 2012 8:08 am

Ramai juga orang yang percaya bahawa sesuatu yang 'besar' termasuklah kiamat akan berlaku pada tahun 2012. Hal ini berdasarkan pengiraan kalendar kaum Maya yang dikatakan tamat pada tahun 2012. Malah sebuah filem bertajuk "2012" yang berkisar tentangnya mendapat sambutan hangat di serata dunia.

Namun kajian dan pandangan terbaru ke atas kalendar itu menunjukkan kemungkinan tarikh 2012 itu tersasar sejauh 50 ke 60 tahun! Hal ini ada disentuh dalam buku "Calendars and Years II: Astronomy and Time in the Ancient and Medieval World" (Kalender dan Tahun II: Astronomi dan Waktu di Dunia Kuno dan Abad Pertengahan) yang diterbitkan pada tahun ini (2010).

Yang bagusnya, berita ini dapat melegakan hati sebahagian orang yang percaya akan berlaku kejadian buruk besar lagi luar biasa termasuklah kiamat pada tahun 2012. Sebaliknya, jika hal ini benar, maka hampalah pula harapan sebahagian manusia yang mengharapkan berlakunya kejadian baik besar lagi luar biasa pada tahun 2012 itu. Namun kepada mereka yang berasa lega kerana kiamat mungkin tidak berlaku pada tahun 2012, anda masih belum boleh 'bergumbira' kerana tersasarnya jarak 50-60 tahun itu memungkinkan kiamat berlaku pada bila-bila masa .

Satu hal yang pasti, kiamat akan berlaku pada waktu yang SANGAT TIDAK DISANGKA-SANGKA oleh manusia dan jin, bukannya pada waktu-waktu yang diramal berlaku.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/10/kalendar-kaum-maya-tersasar.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum