Jerung 6 Insang

View previous topic View next topic Go down

Jerung 6 Insang

Post  Admin on Sun Dec 09, 2012 8:41 am

Sebentar tadi saya dilorongkan Allah untuk tertonton sebuah rencana tentang alam lautan di televisyen. Satu kumpulan penyelidik mencari jerung enam insang (sixgill shark) di Laut Mediterranean. Dipercayai jerung jenis ini mempunyai banyak persamaan dengan spesis jerung 200 juta tahun dahulu. Hal ini membuatkan saya lebih teruja untuk meneruskan tontonan.

Antara keistimewaan jerung enam insang ini tidak lain ialah enam insangnya. Jerung enam insang ini sangat sukar untuk dilihat kerana ia hidup di bahagian laut yang dalam. Hanya pada waktu malam ia akan naik ke atas, itu pun pada tahap 40 meter di bawah laut. Amboi, dalamnya! Bertuahlah sesiapa yang pernah melihatnya dengan mata kepala sendiri.

Kumpulan penyelidik itu memulakan selaman mereka selepas tengah malam. Malam pertama tiada hasil. Malam kedua, begitu juga. Pada malam ketiga, ketika tangki gas bersisa lebih kurang 10 minit, muncul seekor jerung enam insang. Memang besar, besar daripada manusia tetapi ia umumnya tidaklah berbahaya kepada manusia. Dikatakan panjangnya boleh mencecah 18 kaki. Penyelam terpaksa membawa umpan untuk menarik perhatiannya, iaitu umpan ikan tuna.

Ikan yang turut dikenali sebagai cow shark ini kelihatan jinak. Pada saya ekornya nampak pelik. Matanya pula hijau bersinar (mungkin kerana lampu). Belum banyak yang diketahui tentang haiwan ini. Seperti biasa, umat Islam masih jauh ketinggalan dalam bidang ini walaupun Al-Quran mendahului. Alangkah banyaknya khazanah alam ciptaan Tuhan ini? Entah apalah agaknya aktiviti ikan-ikan ini di dasar laut yang gelap itu.

Sebenarnya perairan sekitar Semenanjung dan Sumatera dan sekitarnya merupakan salah satu habitat jerung enam insang. Ada berani menyelam pada kedalaman 40 meter pada waktu malam? : )



http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/03/jerung-6-insang.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum