Maklumat Menarik Buku "Tahulah Anda"

View previous topic View next topic Go down

Maklumat Menarik Buku "Tahulah Anda"

Post  Admin on Sun Dec 09, 2012 2:21 pm

Saya terjumpa sebuah buku lama bertajuk “Menjawab Pelbagai Kemusykilan Para Pelajar : Ketahuilah Anda” terbitan Syarikat S. Abdul Majeed, Kuala Lumpur. Cetakan pertama 1989 dan cetakan kedua 1996. Ada beberapa maklumat menarik yang ingin saya kongsikan.

ATLANTIS

Penduduk Atlantis dikatakan pernah menakluki barat daya Eropah dan barat laut Afrika, tetapi kemudiannya dikalahkan oleh orang-orang Athens dan Greek. Bandar Atlantis dipercayai pernah berada di barat Gibraltar.

EMBUN

Sejak zaman Aristotle manusia percaya embun turun ke bumi seperti hujan. Sebenarnya embun tidak turun dari awan sebagaimana hujan. Embun terjadi daripada lembapan udara

LEMBAGA LETRIK NEGARA

LLN ditubuhkan pada 1 September 1949. Pada mulanya dikenali sebagai Lembaga Letrik Pusat. Dikenali sebagai LLN mulai tahun 1965. Bekalan elektrik pertama di negara ini adalah di Pulau Pinang, iaitu pada tahun 1904. Setahun kemudian elektrik dibekalkan di Kuala Lumpur.

MATEMATIK

Matematik pernah dikenali sebagai ‘Permaisuri dan Hamba kepada Sains’ (Queen and Servant of the Scinece). Perkataan ‘matematik’ berasal daripada perkataan Greek ‘mathemata’ yang bermaksud ‘sesuatu yang dipelajari’.

IBN AL-HAITHAM

Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Hakim di Mesir (996 Masihi), Ibn Al-Haitham pernah mencuba ilmu matematiknya untuk menahan banjir Sungai Nil. Malangnya percubaan itu gagal sehingga dia dianggap gila. Dia juga pernah menyangkal pendapat penulis silam Eropah yang percaya mata manusia mengeluarkan cahaya untuk melihat sesuatu.

TOKOH YANG BELAJAR TANPA HENTI

Ibnu Rusyhd seorang ilmuwan Islam dari Andalusia (Sepanyol). Dia hanya berhenti rehat daripada belajar dua hari. Pertama pada hari kematian bapanya dan kedua pada hari perkahwinannya.

KONDOMINIUM

Kondominium merupakan satu konsep perumahan yang wujud sejak zaman Rom lagi. Konsep kondominium moden mula berkembang di California pada tahun 50-an. Perkataan Latin ‘con’ bermaksud ‘berkongsi’ dan ‘dominium’ bermaksud “berkawalan’. Kompleks kondominium pertama di Malaysia ialah di Kuala Lumpur. Kompleks ini dinamakan Desa Kudalari. Ia terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Pekeliling. Pembinaannya selesai pada tahun 1971.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/04/maklumat-menarik-buku-tahulah-anda.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum