MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bagaimanakah Galaksi Ditemui?

Go down

Bagaimanakah Galaksi Ditemui? Empty Bagaimanakah Galaksi Ditemui?

Post  Admin Sun Dec 09, 2012 2:35 pm

300 tahun yang lalu, ahli-ahli astronomi menyangkakan keluasan alam semesta hanya mencecah ribuan tahun cahaya. Maksudnya tidak ada sebarang objek kosmik yang wujud selepas atau di luar Galaksi Bima Sakti.

Sebenarnya ada seorang ahli astronomi Peranchis bernama Charles Messier (1730-1817) yang terkenal dengan katalognya tentang nebula dan gugusan bintang, serta seorang pemburu komet, berjaya menemui banyak galaksi tetapi tidak sedar bahawa objek yang dilihatnya itu ialah galaksi. Objek-objek itu terus disebut sebagai nebula sahaja. Freidrich/Frederick Wilhelm Herschel (1738-1822) yang dikatakan penemu planet Uranus dan radiasi inframerah dan adik permepuannyanya Caroline Lecretia Hershel (1750-1848) berjaya menemui 2,500 galaksi yang mereka sangka nebula.

Pada tahun 1923, Edwin Powell Hubble (1889-1953) mengkaji perubahan kilauan bintang Cepheid, iaitu sebuah bintang raksasa kuning (1). Setahun kemudian, dia mendapati gugusan bintang dalam bentuk pilin di belakang Cepheid sebenarnya ialah sebuah galaksi (2).

Sejak itu manusia mula menyedari betapa jauh lebih luasnya alam semesta ini. Bayangkan, selain Galaksi Bima Sakti yang berisi kira-kira 100,000,000,000 bintang yang sedang kita tempati kini, dianggarkan terdapat 10,000,000,000 galaksi lain. WaAllahua’lam.

*Rujukan utama : “Galaksi Normal”, Majalah Kosmik, April 2010, ms 50

* (1) Menurut Harun Yahya, Edwin Hubble ialah ahli astronomi pertama yang berjaya membuktikan alam ini ada permulaan apabila dia melihat bintang-bintang bergerak menjauhi bumi dan menjauhi sesama sendiri melalui teleskop gergasi pada tahun 1929. http://www.harunyahya.com/malaysian/keindahan2.php

* (2) Menurut Harun Yahya : "Angkasa lepas dipenuhi dengan bintang-bintang, planet-planet dan meteor-meteor yang dapat dilihat di dalam filem-filem ini. Setiap satunya dikenali sebagai objek angkasa. Berbilion objek-objek angkasa ini berkumpul untuk membentuk himpunan gergasi sistem-sistem bintang yang dikenali sebagai galaksi."

Katanya lagi : "Galaksi adalah gabungan berbilion bintang. (Bintang ialah objek-objek angkasa besar seperti matahari. Bumi dan bulan bukan bintang). Terdapat tiga trilion bintang di dalam galaksi terbesar. Di dalam galaksi bersaiz sederhana, terdapat kira-kira 200 ke 300 bilion bintang, sementara terdapat sekitar 100 bilion bintang di dalam galaksi kecil." http://www.harunyahya.com/malaysian/keindahan3.php

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/09/bagaimana-galaksi-ditemui.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum