Makam Nabi Nuh

View previous topic View next topic Go down

Makam Nabi Nuh

Post  Admin on Sun Dec 09, 2012 5:05 pm

Tertonton salah satu rancangan Jejak Rasul pada satu petang Ramadhan. Ia berkisar tentang Nabi Nuh. Antara lokasi popular yang dipercayai sebagai tempat pendaratan kapalnya tentunya di Gunung Ararat, Turki. Saya pernah menulis sedikit tentang hal ini di http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/05/bahtera-nabi-nuh-di-gunung-ararat.html dan http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/11/sj-dinasour-saiz-adam-banjir-nuh-bumi.html .

Gunung Ararat ialah gunung tertinggi di Turki. Sepanjang banjarannya terdapat beberapa buah gunung lain. Terdapat pula beberapa bahagian yang disebut sebagai Bukit/Gunung Judi, nama yang sama digunakan oleh Al Quran ketika menceritakan tempat berlabuhnya bahtera Nabi Nuh. Jadi di mana sebenarnya lokasi tepat pendaratan bahtera itu?

"Dan diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung "Judi", serta diingatkan: "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". (Surah Hud : 44)

Sebagai kemuncak tertinggi, tidak mustahil Gunung Ararat menjadi salah satu calon yang sesuai. Di kemuncaknya pula terdapat satu bekas seakan-akan berbentuk perahu besar. Tapi yang pasti, ia bukanlah perahu kayu melainkan batu-batan atau tanah-tanih yang terbentuk seakan-akan lekukan seperti perahu. Boleh jadi ia sekadar kesan-kesan hakisan angin dan air. Paling-paling kuat pun ia tempat bahtera Nabi Nuh pernah berjejak sehingga meninggalkan kesan berlopak. WaAllahua’lam.

Kru Jejak Rasul pergi ke salah satu tempat di banjaran yang sama, ke lokasi yang lebih spesifik disebut sebagai Bukit Judi. Penduduk tempatan yakin bahtera Nabi Nuh mendarat di satu puncak di Bukit Judi itu, namun kini ia sudah dijadikan pengkalan tentera. Atas sebab-sebab keselamatan, kru Jejak rasul hanya dapat melihat kawasan itu dari jauh sahaja. Orang tempatan yang menjadi pemandu mereka mengaku pernah ke tempat itu beberapa kali suatu ketika dahulu.

Lebih menguatkan hujahnya, di kaki Bukit Judi itu terdapat sebuah makam yang besar panjang, yang dipercayai sebagai makam Nabi Nuh. Ia dijaga dengan baik oleh pemerintah dan rakyat tempatan. Benarkah di sini tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh selepas banjir besar?

Masih ada masalah. Kru Jejak Rasul pernah menjejakkan kaki ke dua lagi makam yang dipercayai sebagai makam Nabi Nuh. Satu di Jordan dan satu lagi di Lebanon. Makam yang di Lebanon memang panjang tetapi ‘kurus’. Nampaknya makam Nabi Nuh pun menerima nasib yang sama dengan Gua Ashabul Kahfi. Sekurang-kurangnya ada tiga tempat berlainan yang dipercayai sebagai Gua Ashabul Kahfi.

Abu Zulfiqar
23 JULAI 2012

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/07/makam-nabi-nuh.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum