Nasser, Jasad Nabi Isa Bukan di Yaman

View previous topic View next topic Go down

Nasser, Jasad Nabi Isa Bukan di Yaman

Post  Admin on Sun Dec 09, 2012 5:31 pm

NASSER MOHAMED MENJAWAB DALAM TEMURAMAHNYA :

SOALAN : Adakah Allah tidak mengambil tubuh dan jiwa Isa? (*Umat Islam percaya jasad Nabi Isa diangkat kepada Allah).

JAWAPAN NASSER : Allah hanya mengambil jiwanya bukan tubuhnya, bersesuaian dengan ayat :
“Ketika Allah berfirman : “Wahai Isa! Aku akan mengambilmu dan mengangkatmu kepada-Ku, dan menyucikanmu…” (*hanya setakat itu ayat Al-Quran yang disertakan).

Sekarang periksalah perkataan “MUTAWAAFIKA” dalam Quran pada ayat yang lain untuk anda mengetahui maksudnya.

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati pada waktu tidurnya; maka Dia menahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain (yang belum sampai saat matinta) sampailah waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

Jikalau Allah telah mengambil kedua-dua tubuh dan jiwanya maka bererti itu akan sama dengan Mi’raj seperti Nabi Muhammad SAW.

(*Tamat bahagian ini dalam temuramah Nasser. Petikan asal temuramahnya disertakan di bawah ini. Selepas itu ialah penjelasan saya terhadap pegangan Nasser ini)


PETIKAN ASAL :

Q : Did Allah not take the body and soul of Jesus?
A: Allah took only his soul not his body in line with the ayah:
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَىٰ إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ
Behold! Allah said: "O Jesus! I will take thee and raise thee to Myself and clear thee (of the falsehoods) of those who blaspheme.

Now check the word MOTAWAFEEKA in the KORAN in other ayaht so you know the meaning:
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَ‌ٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
It is Allah that takes the souls (of men) at death; and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term appointed verily in this are Signs for those who reflect.

For if Allah had taken both his body and soul then it would be like the MIRAAJ like prophet Mohamed (saw).
http://www.mahdi-alumma.com/showthread.php?496-Interview-with-Imam-Nasser-Mohamed-ElYemeni


PENJELASAN KITA :

Ayat-ayat Al-Quran di atas digunakan oleh Nasser Mohamed untuk membuktikan tafsirannya (yang kononnya tafsirannya datang terus daripada Allah, maka semua tafsirannya kebal daripada kesalahan) bahawa hanya jiwa Nabi Isa yang diambil/dipegang oleh Allah sedangkan tubuhnya masih ada di bumi sehinggalah ke hari ini, sebagaimana dakwanya :

“so Allah raised Issa soul to him and the body raised in a higher place of the Arabian peninsula
and that place is the same place where Allah kept ppl of cave in it……”
http://www.mahdi-alumma.com/showthread.php?2518-IMAM-explain-where-is-quot-jesus-son-of-maryam-quot-issa-and-edrees-bodies

Nasser Yaman percaya bahawa tubuh Nabi Isa tersimpan di kawasan tertinggi di Semenanjung Arab iaitu gunung di Yaman. Tulisan ini akan membuktikan bahawa jasad Nabi Isa diangkat kepada Allah. Badannya tidak ditinggalkan di bumi sebagaimana dakwaan Nasser Yaman.

Sebenarnya ayat Quran yang digunakan oleh Nasser Mohamed adalah dari Surah Ali Imran ayat 55, tapi bukan seluruh ayat melainkan sebahagian sahaja. Oleh itu mula-mula kita petik keseluruhan maksud ayat tersebut :
“Ketika Allah berfirman : “Wahai Isa! Aku mengambilmu (MUTAWAFFIIKA) dan Aku mengangkatmu (RAAFI’UKA) kepada-Ku, dan menyucikanmu daripada orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikutimu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian kepada-Ku engkau kembali (MARJI’UKUM), lalu Aku beri keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan.” (Ali Imran : 55)

MAKSUD “MUTAWAFFIKA”

Sama seperti kaedah Nasser, dalam usaha untuk memahami maksud sebenar “MUTAWAFFIKA”, kita kena merujuk ayat-ayat Al-Quran yang lain. Sebelum itu, untuk memudahkan pemahaman pembaca, saya jelaskan sedari awal bahawa maksud “MUTAWAFFIIKA” ialah “mengambil jiwa” atau “memegang jiwa”, bukannya mengambil ruh atau mengambil nyawa.

Pendukung ajaran Nasser Mohamed dari Indonesia nampaknya tidak punya ilmu tentang hal ini apabila menterjemahkan perkataan Nasser dengan kata : “Allah hanya mengambil RUH bukan tubuhnya.” Sebenarnya Allah tidak mengambil/memegang ruh, tetapi jiwa. Ada perbezaan antara ruh dan jiwa.

Baiklah, mari kita lihat erti “MUTAWAFFIIKA” dengan merujuk ayat yang sama yang digunakan oleh Nasser :
“Allah mengambil jiwa (YATAWAFFA) seseorang ketika matinya dan (juga kepada seseorang) yang belum mati (iaitu) ketika tidurnya, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain (yang belum sampai waktu kematiannya) sehinggalah waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda Allah bagi kaum yang berfikir.” (Az-Zumar : 42)

Berdasarkan ayat ini, “MUTAWAFFIIKA” atau “YATAWAFFA” berlaku dalam dua keadaan :
1. MUTAWAFFIIKA/YATAWAFFA berlaku ke atas makhluk yang mati.
2. MUATAWAFFIIKA /YATAWAFFA juga berlaku ke atas makhluk yang sedang tidur.

Buktinya ialah firman Tuhan di atas tadi : “Allah YATAWAFFA seseorang ketika matinya, dan (Allah YATAWAFFA juga seseorang) yang belum mati (iaitu) ketika tidurnya.”

Kita lihat lagi bukti daripada Al-Quran :
“Dan Dialah yang menidurkan kamu (YATAWAFFAAKUM) pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian DIA MEMBANGUNKAN KAMU PADA SIANG HARI untuk disempurnakan umur kamu yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nya tempat kamu kembali (MARJI’UKUM), lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-An’am ; 60)

Perkataan “YATAWAFFAAKUM” pada ayat ini bermaksud “TIDUR” bukannya ‘MATI”. Kenapa? Kerana selepas itu (dalam ayat seterusnya) Allah membangunkan semula pada siang hari. Kalau sudah mati, bagaimana mahu bangun semula kesesokan harinya? Betul kan?

Jelaslah bahawa proses “MUTAWAFFIIKA/YATAWAFFA/ YATAWAFFAAKUM” mempunyai dua keadaan iaitu DIMATIKAN ataupun DITIDURKAN.

Apa terjadi kepada tubuh badan makhluk apabila berlaku “MUTAWAFFIIKA”? Ada dua keadaan iaitu :
1. Apabila ia berlaku ke atas orang MATI, tubuhnya sudah tidak beroperasi lagi.
2. Apabila tawaffa berlaku ke atas orang TIDUR, tubuhnya masih beroperasi iaitu masih bernafas, turun naik dada dan perut, masih bergerak-gerak, dan boleh terjaga jika dikejutkan.

Makhluk yang Tuhan TAHAN JIWA yang diambil-Nya, tubuhnya akan berhenti beroperasi. Sudah tidak bernyawa. Dimatikan. Diwafatkan.
Makhluk yang Tuhan TIDAK TAHAN JIWA yang diambil-Nya, tubuhnya akan terus beroperasi. Masih bernyawa. Belum mati. Ditidurkan. Direhatkan.
Di situlah perbezaannya.

Kesimpulannya, MUTAWAFFIIKA/YATWAFFAA ada dua jenis. Kepada orang yang sedang tidur, kita tidak kata orang itu sudah kehilangan ruh. Kalau sudah hilang ruh, maksudnya orang yang sedang tidur itu sudah mati. Kita juga tidak kata yang dia sudah hilang nyawa. Kalau kita kata orang yang sedang tidur itu tidak bernyawa, maksudnya dia sudah mati. Tapi kita semua tahu, orang yang sedang tidur masih ada ruh dan masih bernyawa. Cuma jiwanya yang diambil/dipegang Tuhan.

APA TERJADI KEPADA JASAD NABI ISA?

Berbalik kepada ayat : “Ketika Allah berfirman : “Wahai Isa! Aku mengambilmu (MUTAWAFFIIKA) dan Aku mengangkatmu (RAAFI’UKA) kepada-Ku…”

Pada ayat di atas, ada dua perkara yang dilakukan oleh Allah terhadap Nabi Isa, dan kedua-dua perkara itu dikaitkan dengan “WA” (Bahasa Arab) atau “DAN” (Bahasa Melayu). Apabila dua perkara dihubungkan dengan perkataan “DAN” dalam Al-Quran, maksudnya kedua-dua perkara itu mempunyai hubungan yang sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan.

Perkataan “MUTAWAFFIIKA” sudah kita fahami penggunaannya iaitu Allah mengambil/memegang jiwa Nabi Isa. Apabila Allah mengambil jiwa Nabi Isa, Dia melakukan satu kerja lagi iaitu “RAAFI’UKA” ke atas Nabi Isa, iaitu MENGANGKATNYA. Hal ini jelas dengan wujudnya perkataan “WA” (yang bermaksud “DAN”) selepas perkataan “MUTAWAFFIIKA”.

Apa yang diangkat? Adakah jiwa Nabi Isa yang diangkat? Tentunya tidak. Jika jiwanya sudah melalui proses “MUTAWAFFIIKA”, tidak perlu lagi jiwa itu untuk diangkat, cukuplah jika ayat itu terhenti setakat “MUTAWAFFIIKA” sahaja. Tidak perlu ditambah perkataan “RAAFI’UKA” (Aku mengangkatmu) kerana keberadaannya di situ adalah sia-sia. Jiwa tidak perlu diangkat, cukup dengan diambil/dipegang dan ditahan oleh Allah. Mustahil Allah melakukan kerja sia-sia dengan meletakkan “RAAFI’UKA” selepas “MUTAWAFFIIKA” sekiaranya ia berkaitan dengan JIWA. Oleh itu “RAAFI’UKA” berkaitan dengan selain jiwa.

Buktinya ialah ayat-ayat Al-Quran sendiri. Saya mencari-cari dan terjumpa beberapa lagi ayat Quran yang menggunakan kata “TAWAFFA” iaitu ;
1. Surah Al-An’am ayat 60. Perkataanya ialah “YATAWAFFFAKUM”. Proses ini tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).
2. Surah Al-An’am ayat 61. Perkataannya ialah “TAWAFFATHU”. Proses ini tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).
3. Surah Yusuf ayat 101. Perkataannya ialah “TAWAFFANI”. Proses ini juga tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).
4. Surah An-Nahli ayat 28. Perkataannya ialah “TATAWAFFAAHUM”. Proses ini pun tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).
5. Surah An-Nahli ayat 32 : Perkataannya ialah “TATAWAFFAAHUM”. Proses ini juga tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).
6. Surah Az-Zumar ayat 42. Perkataannya ialah “YATAWAFFA”. Juga tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).

Kesimpulannya di sini, apabila mana-mana makhluk melalui proses “TAWAFFA” sama ada dimatikan ataupun ditidurkan, proses itu cukup setakat itu sahaja. “TAWAFFA” tidak perlu kepada “RAAFI’UKA”. Mana-mana tubuh yang melalui proses “TAWWAFFA” tidak perlu kepada proses “RAAFI’UKA”. Apabila jiwa kita dipegang oleh Tuhan, tubuh kita tetap tinggal di bumi.

Namun apabila Nabi Isa melalui proses “TAWAFFA” iaitu direhatkan, Allah kaitkan pula dengan “RAAFI’UKA”. Apakah maksudnya? Di sinilah penjelasannya. Apabila jiwa Nabi Isa dipegang oleh Tuhan, tubuhnya diangkat kepada Allah/ ke langit/ ke sisi-Nya. Jika tidak, perkataan “RAAFI’UKA” akan jadi sia-sia dimuatkan di situ, dan kita sedia maklum bahawa mustahil untuk Allah melakukan kerja yang sia-sia. Jiwa hanya melalui proses “MUTAWAFFIIKA” dan tidak melalui proses “RAAFI’UKA”. Yang melalui proses ‘RAAFI’UKA” ialah jasad. Maksudnya, jiwa Nabi Isa pun diambil/dipegang, tubuhnya pun diangkat kepada Allah. Sebaik-baik sahaja Nabi Isa melalui proses “MUTAWAFFIIKA” (direhatkan/ditidurkan), tubuhnya diangkat ke sisi Allah SWT.

Lagi bukti Nabi Isa diangkat kepada Allah :
“Tetapi Allah telah mengangkatnya (RAFA’AHULLAH) kepada-Nya. Dan Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (An-Nisaa’: 158)

Jika jiwa Nabi Isa sudah melalui proses “MUTAWAFFIIKA” (diambil/dipegang jiwanya oleh Allah), apa perlu jiwanya melalui proses “DIANGKAT KEPADA ALLAH”? Kan jiwanya sudah sedia diambil/dipegang Allah? Jadi, apa yang diangkat kalau bukan jiwanya? Yang diangkat itu tidak lain ialah jasadnya. Untuk jiwa, cukup dengan diambil atau dipegang oleh Allah, jiwa tidak perlu kepada ‘DIANGKAT KEPADA ALLAH”. Jadi, apa yang “DIANGKAT KEPADA ALLAH” pada diri Nabi Isa. Jiwanya? Sudah kita buktikan tidak mungkin. Oleh itu yang diangkat tetaplah jasadnya.

Mahu bukti lagi? Saya perhatikan ayat sebelum ayat ke-158 di atas tadi. Di situ ada satu lagi sandaran yang bagus, yang mengatakan bahawa tubuh Nabi Isa memang diangkat ke langit.

“Dan kerana ucapan mereka (yang mengatakan) : “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa anak Maryam, Pesuruh Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan TIDAK MENYALIBNYA, tetapi orang yang diserupakan dengan Isa.” (An-Nisaa’ : 157)

Perkataan “MENYALIB” dalam ayat di atas tentu saja berkait dengan JASAD Nabi Isa. Takkanlah jiwa yang disalib, tentulah jasad. Kemudian dalam ayar ke-158, terus Allah menyambung cerita ini dengan kata-kata : “Tetapi Allah telah mengangkatnya (RAFA’AHULLAH) kepada-Nya.”

Kita lihat hubungan di antara dua ayat ini. Ayat pertama mengisahkan JASAD Nabi Isa gagal disalib oleh musuh-musuhnya. Ayat seterusnya pula mengisahkan Nabi Isa diangkat kepada Allah. Bukankah yang diangkat itu ialah JASAD Nabi Isa yang gagal disalib oleh musuh-musuhnya?

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Re: Nasser, Jasad Nabi Isa Bukan di Yaman

Post  Admin on Sun Dec 09, 2012 5:32 pm

Yang gagal disalib ialah JASADNYA, takkanlah yang diangkat kepada Tuhan ialah jiwanya?
Yang gagal disalib ialah JASADNYA, takkanlah yang diangkat kepada Tuhan ialah darjatnya?

Jika kita menggunakan “jiwa” atau “darjat” untuk ayat ke-158, kelihatan hubungan ayat 158 dengan ayat 157 sudah terputus. Tapi jika kita kaitkan dengan “JASAD”, ya, di situ jelas ada kesinambungannya. Kesimpulannya di sini, sekali lagi kita mengatakan bahawa JASAD Nabi Isa diangkat ke langit, bukannya disimpan diceruk gua di gunung di Yaman sebagaimana yang diyakini oleh Nasser Mohammed.

Maka dakwaan Nasser Mohamed sudah tertolak dengan hujah-hujah dari Al-Quran. Hujah-hujah di bawah ini nanti hanyalah sebagai pembantu kepada hujah-hujah dari Al-Quran.

HUJAH-HUJAH SOKONGAN DARI HADITH-HADITH

Berdasarkan hadith-hadith pula, jelas bahawa tubuh Nabi Isa tidak berada di bumi tetapi berada di langit, di sisi Allah SWT dengan keadaan yang layak di sisi-Nya. Mari kita lihat bukti-buktinya.

“Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya dia benar-benar akan TURUN , apabila kamu telah melihatnya, maka ketahuilah; bahwa dia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sederhana, berkulit putih kemerah-merahan. Dia akan TURUN dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan meneteskan air walaupun ia tidak basah”. (Abu Daud)

Nabi Isa benar-benar akan turun, bukannya hanya jiwanya yang turun menuju kepada jasadnya yang berada di bumi, apatah lagi kalau dikatakan di Yaman. Hadith ini tidak mengatakan yang jiwanya akan turun sedangkan badannya sedia ada di bumi. Samalah halnya dengan TURUNNYA Nabi Adam dan Hawa ke bumi. Mereka berdua turun dengan jiwa dan jasad sekaligus, bukannya turun jiwa sahaja.

Lagi satu, mana mungkin jiwa Nabi isa TURUN dengan MEMAKAI DUA LAPIS PAKAIAN. Sudah tentulah yang turun itu beserta jasadnya sekali, barulah boleh berpakaian. Kan jiwa tidak memakai pakaian?

“Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat, sehingga TURUNLAH Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi) : “ Kemarilah dan imamilah solat kami”. Dia menjawab;” Tidak, sesungguhnya sebahagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebahagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)”. (Muslim, Ahmad)

Hadith ini juga bercerita tentang turunnya Nabi Isa, bukannya turunnya jiwanya sahaja dari langit.

“Demi yang diriku berada ditanganya, sesungguhnya Ibn Maryam hampir AKAN TURUN di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil, maka dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menolak ufti, melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mahu menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasa’i, Ibn Majah)

Dalam hadith ini juga tidak menceritakan turunnya jiwa Nabi Isa kepada jasadnya di bumi. Maksudnya jasadnya berada di langit. Dia turun dengan jiwa dan jasadnya sekaligus. Tubuhnya tidak ditinggalkan di bumi.

KESIMPULAN

Nampaknya Nasser Mohamed sudah tersalah tafsir. Dia mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran lalu mengatakan jasad Nabi Isa ada di sebuah gunung tertinggi di Yaman. Padahal jasad Nabi Isa diangkat kepada Allah.

Oleh kerana dia mendakwa tafsirnya datang terus daripada Allah dan mustahil ada kesalahan, maka Allah pun tersalah tafsirlah? Bolehkah begitu? Bolehkah Allah tersalah tafsir? Mana mungkin! Maksudnya di sini, Nasser Mohamed seorang penipu. Tafsir-tafsirnya bukannya datang terus daripada Allah melainkan daripada fikirannya sendiri. Sebab itulah ada banyak kesalahan dan kelemahan dalam tafsir-tafsirnya. Terbuktilah dia bukannya Al-Mahdi sebagaimana dakwaannya.

Satu lagi kesalahan Nasser Mohamed ialah apabila dia mengatakan : “Jikalau Allah telah mengambil kedua-dua tubuh dan jiwanya maka bererti itu akan sama dengan Mi’raj seperti Nabi Muhammad SAW.”

Mana boleh sama wahai Nasser. Nabi Muhammad tidak melalui proses “TAWAFFA”/“MUTAWAFFIIKA”. Dia Mi’raaj dalam keadaan JAGA, dengan jiwa dan jasad sekaligus. Sedangkan Nabi Isa, sekalipun diambil jiwa dan jasad sekaligus, tetapi dia melalui proses “MUATAWAFFIIKA”. Dari mana Nasser mendapat sumber mengatakan Nabi Muhammad melalui proses “MUTAWAFFIIKA” ketika Mi’raaj? Ayat Quran mana yang ditafsirnya sehingga mendapat maklumat sebegitu?

KESIMPULAN AKHIR KITA PADA HARI INI :
1. Nasser Mohamed memang tersalah tafsir Al-Quran.
2. Tafsirnya tidak datang daripada Allah tetapi hasil pemikirannya sendiri ataupun hasil bisikan halus syaitan.
3. Tafsirnya tidak kebal daripada kesalahan.
4. Dia bukanlah Al-Mahdi.
5. Ajarannya ialah ajaran sesat.
6. Abdul Aziz Muhammad Nasir di Lombok yang mengaku sebagai Pemuda Bani Tamim kepada Nasser di Yaman juga seorang pendusta dan dipengaruhi oleh makhluk-makhluk ghaib yang berbisik kepadanya.
7. Jasad Nabi Isa tidak berada di gunung Yaman tetapi diangkat kepada Allah.

Kita mengharapkan agar Allah terus mengekalkan kita pada jalan kebenaran, dan mengembalikan Nasser Mohamed (yang mengaku sebagai Al-Mahdi, mengaku menerima tafsir Quran terus daripada Allah, menolak 2 Kalimah Syahadah dengan memakai 1 Kalimah Syahadah sahaja dll), Abdul Aziz Muhammad Nasir (yang mengaku sebagai Pemuda Bani Tamim, mengaku sebagai Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim, mengaku Ka’bah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk dirinya, mengaku Allah masuk ke dalam dadanya dan berkata-kata di situ, dll) dan para pengikut mereka ke pangkuan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Abu Zulfiqar
4 OGOS 2012

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/09/nasser-jasad-nabi-isa-bukan-di-yaman.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum