Dialog dengan Orang Kuat Pemuda Bani Tamim Lombok

View previous topic View next topic Go down

Dialog dengan Orang Kuat Pemuda Bani Tamim Lombok

Post  Admin on Sun Dec 09, 2012 5:35 pm

Dialog saya dengan Fatkhan, orang kuat kepada Abdul Aziz Muhammad Nasir (yang mengaku sebagai Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim merangkap Pemuda Bani Tamim di Lombok, Indonesia).

ABU ZULFIQAR : Abdul Aziz di Lombok sudah mengakui Nasser di Yaman sebagai Al-Mahdinya. Adakah Nasser Yaman juga sudah mengakui Abdul Aziz Lombok sebagai Pemuda Bani Tamimnya? Mohon pencerahannya pak.

FATKHAN : Pada website Imam Nasir sudah ada pengakuan beliau tentang Pemuda Bani Tamim. (*Kita minta bukti Nasser mengakui Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim kepadanya, yang dijawabnya ialah pengakuan Nasser tentang kewujudan Pemuda Bani Tamim. Lain yang disoal, lain yang dijawab). Kalaupun Abdul Aziz menyampaikan pengakuan tersebut tentunya dengan bahasa Arab, malah nanti membingungkan akhi.... (*Perkataan ‘KALAUPUN’ membawa maksud orang kuat Abdul Aziz Lombok ini tidak pasti pun ada ataupun tidak pengakuan itu. Maksudnya selama ini dia percaya tanpa usul periksa akan dakwaan-dakwaan Aziz Lombok).

ABU ZULFIQAR : Belum menjawab persoalan. Sudahkah dia mengakui yang Abdul Nasir Lombok itu Pemuda Bani Tamimnya? Ataupun dia sudah punya Pemuda Bani Tamim yang lain?

FATKHAN : Iya, Imam Nasir sudah mengakui bahwa Abdul Aziz Muhammad Nasir sebagai Pemuda Bani Tamim dari Timur (Nusantara). Itu sudah disampaikan pada websitenya. Coba antum baca, tapi dengan bahasa Arab.

ABU ZULFIQAR : Jika benar ada pengakuannya, sila berikan linknya supaya saya semak. Tak perlu main selindung-selindung kononnya orang lain tidak tahu membaca Arab, (*ataupun) orang lain akan tersalah faham... itu semua permainan. Berikan aja buktinya, jangan berbolak-balik dengan bermain perkataan.
Yah, berikan aja linknya.

FATKHAN : Saya rasa saya tidak usah menjawabnya... (*Maksudnya, memang tidak wujudlah pengakuan itu. Dan terbukti bahawa pengikut Abdul Aziz ini percaya bulat-bulat segala kata-kata Abdul Aziz tanpa perlu dbuat kajian dan pertimbangan terlebih dahulu).

ABU ZULFIQAR : Kalo begitu, maksudnya memang tidak ada buktinya Nasser mengakui Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamimnya. Begitu kan?

FATKHAN : Tidak....

ABU ZULFIQAR : Maka.... berikan aja linknya.
Saya bukannya apa bung.... saya khuatir kalo-kalo Aziz aja yang tidak berkemaluan (*maksudnya yang terhegeh-hegeh) mengakui Nasser sebagai Al-Mahdinya, sedangkan Nasser sendiri tidak kenal, tidak tahu, malah tidak mengakui Aziz sebagai PB Tamimnya. Hal ini akan mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada Abd Aziz.

FATKHAN : Saya rasa saya tidak usah memberikannya akhi... agar terlihat jelas bahwa ada kesungguhan dari anda untuk mencari kebenarannya, bukan untuk mencari kelemahannya. Dan Insya Allah kalau memang ada kesungguhan dari Akhi, pasti menemukannya dan Allah pasti membantu anda. (*Apabila dia gagal menemui perkara yang tidak pernah dicarinya selama ini, maka dia berbolak-balik pula dengan menyuruh kita mencari maklumat itu sendiri. Cara begini tidak lain ialah helah murahan bagi orang-orang yang sedang terdesak)

ABU ZULFIQAR : Lebih-lebih lagi kalo Nasser menunjukkan orang lain sebagai PB Tamimnya. Kelak Aziz akan berasa sangat malu lagi kecewa, dan tidak mustahil akan membunuh dirinya sendiri.

FATKHAN : Tidak akhi... disana sudah termaktub jelas, dan tidak ada yang ditutup-tutupi, seluruh dunia menyaksikannya. Itulah mengapa Imam Nasir menggunakan internet sebagai sarana dakwa dan penyebaran risalahnya, agar seluruh dunia bisa mengetahuinya.

ABU ZULFIQAR : Masih mengelak ke sana ke mari lagi nampaknya Tuan Fatkhan. Capek saya kalo diajak bermain-main seperti ini. Tidak mengapalah. Sebenarnya, sebelum saya bertanya, saya udah pun mencari di sana, dan memang tidak ketemu. Sengaja saya mahu meliat (*melihat) akal dan permainan tuan sahaja.

Kesimpulannya di sini, para pengikut Abdul Aziz bertaqlid buta sahaja kepada segala dakwaan Abdul Aziz Lombok. Fatkhan ini salah seorang orang kuat Abdul Aziz. Kalau orang kuatnya sendiri sudah sebegitu tahap pertimbangan mindanya, apatah lagi bagi orang-orang awam yang menjadi pendukung kepada Abdul Aziz Lombok. Jelaslah kepada kita, ciri-ciri sebegini memang tidak sesuai dengan ciri-ciri pemuda Bani Tamim dan Pasukan Berpanji Hitam dari Timur.

Saya cuba juga berdialog dengan penyebar ajaran ini di Malaysia melalui Facebook iaitu Juniyati Puchong, tapi setiap kali saya menulis, dijawabnya dengan “sssssssss” ataupun “yyyyyyyy” ataupun “zzzzzzz” ataupun yang sewaktu dengannya. Tak tahulah apa sudah jadi dengannya.







Abdul Aziz Muhammad Nasir
Abdul Aziz Muhammad Nashir
Abdul Aziz Lombok
Aziz Lombok
Pemuda Bani Tamim Lombok
Nasser Mohamed
Nasser Mohammed
Imam Nasser
Nasser El-Yamani
Nasser Mohamed El-Yamani
Nasser Yaman
Juniyati Abdul Hamid
Juniyati Puchong
Al-Mahdi Palsu

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/09/dialog-dengan-pengikut-imam-nasser-dan.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum