MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mengapa Mereka Ragu Tentang Penyaliban Nabi Isa?

Go down

Mengapa Mereka Ragu Tentang Penyaliban Nabi Isa? Empty Mengapa Mereka Ragu Tentang Penyaliban Nabi Isa?

Post  Admin Sun Dec 09, 2012 5:43 pm

PERSOALAN 4 :
Surah an-Nisaa : 157-158 menerangkan tentangkan Nabi Isa as. Namun di akhir ayat 157 seperti orang yang menyaksikan kematian Isa di tiang itu tak pasti yang mereka salib itu Isa as atau orang lain. Mungkin perwatakan dia atau cara dia mereruh kesakitan berbeza dan membuatkan semua yang menyaksikan tergamam.


PENJELASAN :
Mula-mula kita petik ayat-ayat yang dimaksudkan :
“Dan (Kami hukum mereka) kerana ucapan mereka : “Sesungguhnya kami sudah membunuh Al-Masih, Isa anak Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka TIDAK MEMBUNUHNYA dan TIDAK MENYALIBNYA, tetapi (yang dibunuh ialah) ORANG YANG DISERUPAKAN DENGANNYA. Sesungguhnya mereka yang berselisih pendapat tentang Isa, selalu dalam keraguan tentang (orang) yang dibunuh itu. Mereka benar-benar tidak tahu melainkan mengikut persangkaan belaka, jadi mereka TIDAK YAKIN telah membunuhnya.” (An-Nisaa’ : 157)
“Tetapi Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (An-Nisaa’: 158)

“Sesungguhnya kami SUDAH membunuh Al-Masih” memberi petunjuk kepada kita bahawa kata-kata ini tercetus SELEPAS selesai peristiwa penyaliban dan pembunuhan seseorang yang diserupakan dengan Nabi Isa itu. Begitu juga dengan kata-kata : “selalu dalam keraguan tentang (orang) yang dibunuh itu” dan kata-kata : “mereka tidak yakin TELAH membunuhnya”. Kalimah-kalimah yang saya petik di atas tadi semuanya bercerita tentang peristiwa yang sudah berlaku.

Ya, mereka yang menyalibnya sebenarnya berasa ragu-ragu, benarkah Nabi Isa yang disalib? Keraguan mereka ini timbul atas beberapa sebab. Sebab-sebab itu tidak dinyatakan dalam Al-Quran tetapi kita boleh merujuk kepada Bible. Kita tidak menyatakan Bible itu rujukan yang sahih, tetapi ia sekadar maklumat tambahan. Samalah seperti kita merujuk buku-buku sejarah kerana Bile yang ada hari ini tidak lebih daripada sebuah buku sejarah sahaja dari segi kesahihannya.

Apa kata Bible? Ketika disalib, orang yang disalib itu menjerit :
“Kira-kira jam tiga berserulah (orang yang disangkakan sebagai) Jesus (Nabi Isa) dengan suara yang nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?” (Tuhanku, Tuhanku, mengapa Engkau meninggalkan aku?” (Matthew 27 : 46)

Sekiranya yang sedang disalib itu ialah Nabi Isa (Jesus/Yesus/Essau/lain-lain nama mengikut sebutan daerah masing-masing) , mustahillah di akan menjerit mengatakan Tuhan meninggalkannya. Hal ini kerana Tuhan sentiasa bersama-sama kita tidak kira di mana kita berada walaupun Zat Tuhan tidak terpengaruh dengan tempat, lokasi, posisi dan lain-lain. Kita tidak pernah terlepas daripada-Nya. Nabi Isa pastinya lebih maklum akan hal ini. Oleh itu yang sedang disalib bukanlah Nabi Isa. Hal ini memang membuatkan mereka ragu-ragu kerana Nabi Isa tidak akan menjerit dengan kata-kata sebegitu.

Kemudian, ada antara mereka yang kafir yang percaya bahawa Nabi Isa memang datang untuk disalib, iaitu untuk menebus dosa-dosa manusia. Tapi sekiranya benar dia datang memang untuk disalib sebagai menebus dosa manusia, pastinya dia akan berasa gembira dan bersedia untuk disalib. Namun ketika disalib, orang yang disalib itu menyeru dengan nada hampa, ketakutan, penyesalan dan seumpamanya. Maksudnya dia bukanlah Nabi Isa yang mereka percaya sebagai penebus dosa. Hal ini membuatkan mereka ragu-ragu.

Selepas ditangkap, orang itu dihadapkan ke muka pengadilan. Pelbagai tuduhan dikenakan kepadanya tetapi dia tidak menjawab apa-apa pun. Mengapa? Kerana dia bukan Nabi Isa. Jika Nabi Isa tentu sahaja dia boleh berhujah dengan baik menjelaskan segala pertuduhan itu kerana dia terkenal dengan bijaknya berkata-kata.

Buktinya :
“Tetapi atas tuduhan yang diajukan imam-imam ketua dan tua-tua terhadapnya (orang yang disangkakan Nabi Isa), DIA TIDAK MENJAWAB APA PUN. Maka kata Pilatus kepadanya: "Tidakkah engkau dengar betapa banyaknya tuduhan saksi-saksi ini terhadap engkau? Tetapi dia tidak menjawab satu perkataanpun, sehingga pemerintah negeri itu BERASA SANGAT HAIRAN.” (Matthew 27 : 12-14)

Pilatus bertanya lagi, tetapi orang yang ditangkap sudah tidak ada selera untuk menjawab. Buktinya :
“Pilatus bertanya kepada-Nya: "Engkaukah raja orang Yahudi?" Jawab (orang yang disangkakan sebagai) Jesus: "Engkau sendiri mengatakannya." (Mark 15 : 2)
Lihatlah cara lelaki itu menjawab. Acuh tak acuh sahaja, seperti orang yang sudah berputus asa. Hal ini berlaku kerana dia bukan Jesus dan dia tidak punya jalan untuk menerangkan kedudukannya kepada orang ramai.

Bukti lain dalam majlis pertuduhan itu juga :
“Katanya: "Jikalau engkau adalah Mesiah, katakanlah kepada kami." Jawab (orang yang disangkakan sebagai ) Jesus: "Sekalipun aku mengatakannya kepada kamu, namun KAMU TIDAK AKAN PERCAYA. Dan sekalipun aku bertanya sesuatu kepada kamu, namun kamu tidak akan menjawab. Mulai sekarang ANAK MANUSIA (Jesus) akan duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa." (Luke 22 : 67-69)

Orang akan percayakah jika lelaki itu mengatakan : “Sebenarnya aku bukan Jesus, aku orang lain, tetapi aku sudah diserupakan dengan Jesus. Jesus yang sebenar sudah diselamatkan Tuhan.” Rasa-rasanya orang-orang di situ percaya tidak? Tentulah tidak percaya. Tambahan pula rupa lelaki itu saling tak tumpah seperti Jesus. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja, kerana dia tahu tidak ada sesiapapun yang akan mempercayai kata-katanya itu, buang masa sahaja. Dia sedar, itulah hukuman yang terpaksa diterimanya kerana mengkhianati Jesus. Dia sedar dirinya bersalah lalu sanggup menerima apa sahaja hukuman.

Saya melihat Qisasul Abiya’ (terjemahan) turut memuatkan cerita yang seakan-akan iaitu :
“Maka kata Sibarong (orang yang bakal disalib) itu : “Bukan(nya) aku ini Isa, bahawa aku ini daripada kaum kamulah juga, namaku Sibarong.” Maka seorang pun tiada mahu mendengarkan katanya itu, beberapa pun ia mengatakan dirinya bukannya aku ini Isa itu pun tiada didengar oleh mereka itu katanya itu. Maka dibunuhnya lalu disulakan akan dia, maka segala Yahudi itu pun sukacitalah maka pada hatinya sekalian telah matilah Nabi Allah Isa itu, maka dengan seketika itu juga Sibarong itu pun kembalilah seperi rupanya yang dahulu itu. Maka menyesallah segala Yahudi itu oleh membunuh kaumnya itu, maka telah diketahuinyalah oleh segala Yahudi itu bahawa Nabi Allah Isa alaihissalam dilepaskan Tuhan seru sekalian alam daripada kejahatan itu.”

Sambung sumber dari Bible, tambah lelaki itu lagi :
“Mulai sekarang Anak Manusia akan duduk di sebelah kanan Tuhan Yang Maha Kuasa."

Maksudnya lelaki itu tahu, Tuhanlah yang menyelamatkan Jesus dengan cara yang luar biasa. Dia tidak mahu panjang bicara lalu menyebut Jesus sebagai ‘Anak Manusia’ sahaja.

Mari kita lihat pula peristiwa pelik yang berlaku ketika penangkapan Jesus :
“Maka Jesus, yang tahu semua yang akan menimpa dirinya, maju ke depan dan berkata kepada mereka (orang-orang yang mahu menangkapnya): "Siapakah yang kamu cari?" Jawab mereka: "Jesus dari Nazareth." Katanya kepada mereka: "Akulah dia." JUDAS yang mengkhianati dia berdiri juga di situ bersama-sama mereka. Ketika dia (Jesus) berkata kepada mereka: "Akulah dia," BERUNDURLAH MEREKA DAN JATUH KE TANAH.” (John 18 : 4-6)

Mengapa orang-orang yang mahu menangkapnya terundur ke belakang dan jatuh ke tanah? Takkanlah dengan pengakuan Jesus : “Ya, akulah orangnya yang kamu cari” membuatkan mereka terjatuh! Bible menyorokkan peristiwa ganjil ini, dan hanya menceritakan secara tiba-tiba kumpulan penyerang itu terpelanting ke belakang. Maksudnya ketika itu berlaku sesuatu yang mengejutkan sehingga mereka terlentang ke belakang yang mungkin seperti letupan, sinaran terang, gegaran atau sebagainya. Ada kemungkinan ketika inilah Tuhan menukarkan Jesus dengan lelaki lain. Antara calon yang selalu disebut-sebut ialah Judas sendiri. WaAllahua’lam. Maka yang ditangkap selepas itu ialah seorang lelaki yang diserupakan dengan Jesus.

Katakanlah Nabi Muhammad saw akan disalibkan sebentar lagi, sedangkan anda ialah para sahabatnya yang berada berhampiran tempat itu. Adakah anda akan berdiam diri ataupun keluar mengamuk untuk menyelamatkan baginda?

Sudah tentulah kita sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan Nabi Muhammad. Tapi hal itu tidak berlaku kepada para hawari Jesus. Mereka tidak berusaha untuk menyelamatkan Jesus, bahkan ada antara hawarinya yang datang menyaksikan penyaliban itu. Hal ini juga kemudiannya membuatkan orang-orang kafir itu mula melakukan penilaian semula, siapakah yang disalib itu?

Orang yang disalib itu diturunkan dengan cepat sedangkan dia belum mati. Apa bukti mengatakan dia belum mati? Menurut Bible, bersama-sama lelaki itu ada dua orang penyamun yang disalib. Seorang di kanan dan seorang di kirinya. Jumlahnya tiga orang disalib sekaligus.

“Bersama-sama dengannya (Jesus) disalibkan dua orang penyamun, seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kirinya.“ (Matthew 27 : 38)

“Ketika mereka sampai di tempat yang bernama Tengkorak, mereka menyalibkan Jesus di situ dan juga kedua-dua orang penjahat itu, yang seorang di sebelah kanannya dan yang lain di sebelah kirinya.” (Luke 23 : 33)

Penyaliban memakan masa yang lama untuk mematikan seseorang. Penyaliban berlaku pada hari Jumaat sedangkan hari Sabtu ialah hari suci bagi orang-orang Yahudi. Oleh kerana mereka tahu bahawa ketiga-tiga orang yang disalib itu lambat lagi putus nafasnya, mereka mengusulkan akan kematian dipercepatkan. Untuk mempercepatkan kematian dalam proses penyaliban, kaki orang yang disalib hendaklah dipatahkan. Askar-askar pun mematahkan kaki kedua-dua orang penyamun, tapi mereka tidak mematahkan kaki Jesus. Mengapa? Kerana mereka lihat Jesus sudah mati. Begitulah kata Bible. Sebab-musabab yang sebenar tidaklah kita ketahui.

“Kerana hari itu hari persiapan dan supaya pada hari Sabat mayat-mayat itu tidak tinggal tergantung pada kayu salib--sebab Sabat itu adalah hari besar--maka datanglah orang-orang Yahudi kepada Pilatus dan meminta kepadanya supaya kaki orang-orang itu dipatahkan dan mayat-mayat mereka diturunkan. Maka datanglah perajurit-perajurit lalu mematahkan kaki orang yang pertama dan kaki orang yang lain yang disalibkan bersama-sama dengan Jesus. Tetapi ketika mereka sampai kepada Jesus dan melihat dia sudah mati, mereka tidak mematahkan kakinya. Tetapi seorang dari antara perajurit itu menikam rusuknya dengan tombak, dan segera mengalir keluar darah dan air.” (Yohanes 19 : 31-34)

Selepas selesai peristiwa ini, barulah orang-orang mula berfikir, benarkah mereka sudah membunuh orang yang disalib? Dari segi tempoh penyaliban, memang belum cukup untuk mematikan orang itu. Tambahan pula, kakinya tidak dipatahkan. Lagi, ketika ditikam rusuknya, keluar darah dan air. Darah dan air akan keluar sekiranya seseorang itu belum mati.

Maka di sini ada satu lagi keraguan yang menghantui mereka. Orang yang disalib itu mati atau tidak? Sehingga ke hari ini orang-orang Kristian berbeza pandangan.

Begitulah sedikit maklumat yang saya temui dalam Bible. Namun hal sebenar yang menyebabkan mereka ragu-ragu, belumlah saya temui jawapannya.




PERSOALAN 5 :
(Saya) Juga berpendapat sama, bahawa Isa as akan turun ke bumi, tetapi bagaimana dia turun masih menjadi persoalan sebab kalau jasadnya dibawa ke hadrat Allah swt, nak diletak di langit mana sedangkan jasad manusia hanya sesuai di bumi sahaja, dan Allah swt tidak akan melanggar hukum yang ditetapkanNya. Kalau dibandingkan kisah Adam as dengan Hawa hidup di syurga dan di samping Allah swt, persoalannya di mana Syurga itu, yang membolehkan jasad manusia bernafas? Sekian dari saya yang masih mencari kebenaran. Wassalam


PENJELASAN :
Kita tidak tahu di mana Allah meletakkan jasad Nabi Isa, tetapi yang pasti bukannya di planet bumi di alam nyata ini, apatah lagi kalau mahu dikatakan berada di gunung di Yaman oleh Nasser Mohamed El-Yamani, Abdul Aziz Lombok dan Juniyati Puchong. Jika ia berada di dimensi lain, ia tetap tidak berada di planet bumi yang nyata ini.

Tidak menjadi masalah untuk jasad manusia di tempatkan di selain bumi, atas kekuasaan Allah SWT. Dalam peristiwa Mi’raaj, jasad Rasulullah pergi ke tujuh-tujuh langit tanpa mengalami sebarang masalah atau kerosakan, dalam keadaan jaga dan tentunya bernafas. Jasad Nabi Yunus berada dalam perut ikan di dalam laut, tidak rosak dan masih bernafas.

Tentang lokasi syurga atau jannah Adam dan Hawa, para ulama berbeza pandangan. Boleh jadi ia di bumi, boleh jadi juga di langit, ataupun di tempat-tempat lain. Tapi yang pasti, jasad manusia tidak punya masalah pernafasan baik di syurga Adam dan Hawa, di mahsyar ataupun di syurga pada hari akhirat kelak.

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga (JANNAH) yang luasnya sSELUAS LANGIT DAN BUMI yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.” (Aali ‘Imraan : 133)

Tentang Allah sudah membuat ketetapan bahawa tubuh manusia hanya sesuai di planet bumi ini, saya belum jumpa ketetapan yang sebegitu. Jika ada, maka ia bertentangan dengan peristiwa jasad Rasulullah yang melalui peristiwa Mi’raaj.

Yang pentingnya, kita percaya Nabi Isa tidak dibunuh, tidak disalib, dipegang jiwanya oleh Allah SWT dan diangkat jasadnya kepadaNya, dan akan diturunkan ke alam planet bumi ini pada akhir zaman. WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar
16 September 2012

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/09/mengapa-mereka-ragu-tentang-penyaliban.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum