Puisi - Akhirnya Apa?

View previous topic View next topic Go down

Puisi - Akhirnya Apa?

Post  Admin on Mon Dec 10, 2012 2:00 pm

Kerana emas lelehan Sungai Furat
iaitu janji yang termaktub di dalam sabda
dajjal-dajjal kecil terbeliak mata

Terdesak oleh tusukan jari ke pinggang
oleh para penuntut Bukit Zion
maka terketar-ketarlah keghairahan
pembina-pembina kubur sendiri itu
berbondong-bondong merempuh
benteng darah, keringat dan air mata
rakyat Iraq

Benang-benang pra-Armageddon
disimpul disambung tangan-tangan manusia
akhirnya akan menjadi gumpalan
gumpalan penjerut
dan pemutus nyawa sendiri
bukannya menjadi gulungan
gulungan benang asal sulaman
permaidani kekuasaan
impian musuh-musuh Tuhan
akhir zaman

http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/puisi-akhirnya-apa.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum