Persoalan Muzik

View previous topic View next topic Go down

Persoalan Muzik

Post  Admin on Tue Dec 11, 2012 9:09 am

Seperti biasa, saya berfahaman sederhana- tidak terlalu keras dan tidak terlalu longgar. Dikatakan begini jugalah pegangan Dr. Yusuf Qaradhawi. Namun ini tidak menunjukkan saya berpegang dengan kesemua fatwa-fatwa Qaradhawi 100%.

Memang benar industri hiburan khususnya yang melibatkan muzik pesat berkembang di seluruh dunia. Namun secara peribadi saya melihat sumbangan perkembangan ini lebih banyak dan cepat ke arah yang tidak baik berbanding yang baik. Ringkasnya, lebih banyak impak negatif lebih-lebih lagi kepada remaja. Ini kalau dilihat kepada dunia muzik secara global. Namun begitu, kalau dalam genre muzik nasyid, saya melihat lebih banyak impak positif berbanding negatif. Mungkin 70% positif 30% negatif (sekadar satu nisbah).

Dalam suasana akhir zaman ini di mana umat Islam terkepung dari segenap sudut, untuk melaksanakan satu dunia nasyid yang benar-benar bebas daripada sebarang syubhat, keadaannya samalah seperti hendak melaksanakan sistem perbankan Islam ataupun undang-undang Islam. Hendak dapat 100% memang tiada keupayaan, tapi sekurang-kurangnya kita ada usaha ke arah itu. Kalau ditinggalkan langsung, maka umat Islam langsung tiada alternatif- terpaksa menerima hiburan hari ini yang nyata mempromosikan maksiat terang-terangan. Ini lebih teruk.

Memang ada segelintir mukmin yang tidak perlu kepada hiburan, cukuplah Allah sebagai hiburan mereka tetapi berapa banyak sangat mukmin sebegini? Majoriti umat Islam tidak mampu sampai ke maqam tersebut. Kalau kita tidak berusaha menyediakan alternatif, maka mereka akan hanyut lebih jauh.

Secara peribadi, saya sangat suka dan merindui para penasyid dan lagu-lagu nasyid pada zaman kegemilangan Darul Arqam suatu ketika dahulu. Walaupun dari segi yang lain mereka didakwa ada masalah, tapi dari sudut nasyid mereka ketika itu bagi saya 100% solid Islamic. Lirik dan mesej lebih kuat daripada muzik. Muzik hanya penyeri. Ini berbeza dengan nasyid-nasyid dewasa ini yang mana muzik lebih kuat, lirik dan mesej pula yang menjadi penyeri.

Kepada penasyid, impak positifnya lebih banyak kerana suasana, rakan-rakan, penghayatan ke atas lagu dan kesedaran mereka sebagai idola- rosak mereka maka rosaklah pandangan orang terhadap Islam (*sebab itu apabila ada seseorang artis nasyid yang sudah tidak tahan dengan budaya hidup Islam para penasyid, dia akan keluar daripada irama nasyid dan beralih ke muzik lain yang dapat memberikannya kebebasan).

Kepada pendengar, kesannya ternyata kurang- lebih kepada halwa telinga atau hiburan alternatif sahaja. Mesej nasyid tidak begitu dihayati.

Pandangan peribadi- walau apa juga genre nasyidnya sama ada hip-hop, pop, blues, underground, thrah metal, rap, world dsb… asalkan lirik dan mesej lebih kuat kesannya ke atas ilmu, iman dan amal penonton daripada muzik, maka saya anggap ia harus. Tapi jika muzik lebih kuat kesannya ke atas pendengar berbanding lirik dan mesej, bagi saya tidak harus.

Namun aspek-aspek lain seperti imej artis, percampuran lelaki wanita dan sebagainya mesti diambil kira juga. Niat dan pelaksanaannya mesti tidak bertentangan dengan Islam.

Untuk ini lebih baik kita rujuk ulama-ulama yang lebih arif. Untuk mendapat hukum yang lebih tepat, lebih baik kita tanyakan kepada ulama Islam yang ada pengetahuan muzik- keupayaan mereka mengeluarkan hukum adalah lebih baik Tapi biasanya yang menghukum bidang muzik adalah ulama-ulama yang tak tahupun apa itu muzik (tak ada bakat untuk memahami kesenian).

Dalam salah satu usrah yang saya jalankan, saya maklumkan perkara di bawah ini:

HIBURAN yang dimaksudkan ada 3:

i. Hiburan untuk ROH

ii. Hiburan untuk JASMANI

iii. Hiburan untuk JASAD

Hiburan ROH- sesekali kita akan bermalam bersama untuk aktiviti qiamullail, sesekali membaca wirid-wirid (aurad) al-Ma’thurat bersama-sama, solat jemaah bersama-sama dan sebagainya

Hiburan JASMANI- sesekali kita bersama-sama akan bersukan, berjongging, kembara, berbasikal, daki bukit, bersilat dan seumpamanya

Hiburan JASAD- sesekali kita akan bernasyid beramai-ramai, berpuisi Islam, azan, marhaban dan sebagainya. (Ini untuk mencergas dan mencerdaskan minda kerana dengan mengeluarkan suara kita boleh mengelakkan stress. Lihat orang yang baru lepas azan atau marhaban- terbayang kepuasan dan ketenangan di wajah mereka. Begitu juga dengan berzikir secara mengeraskan suara)

Kita juga ada ZIARAH- yang menggabungkan ketiga-tiga jenis hiburan iaitu dengan sesekali menziarahi alim ulama, orang-orang lama, rakan-rakan seperjuangan dan seumpamanya bersama naqib.

Kita juga ada KEM/ PERKHEMAHAN yang menggabungkan ketiga-tiga jenis hiburan di atas.

Hiburan-hiburan ini akan mempelbagaikan aktiviti kita dan menyeronokkan lagi kerja-kerja.

TAMAT


*Tambahan:

Persatuan Kajian Sains Diraja England mendapati suara nyanyian ibu membuatkan anak di dalam perut bertindakbalas dan mendapat keselesaan jika kena dengan gayanya.

Wallahualam.

HUKUM NYANYIAN DAN ALAT MUZIK


Hiburan: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy 4

Hiburan: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy 3

Hiburan: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy 2

Hiburan: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy 1

http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/07/persoalan-muzik.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum