MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Alahai Bahasaku!

Go down

Alahai Bahasaku! Empty Alahai Bahasaku!

Post  Admin Tue Dec 11, 2012 4:25 pm

Papan tanda di atas berada di kaunter sebuah syarikat bas ekspress. Saya terperasan tentangnya ketika menghantar isteri yang mahu pergi berkursus dengan menaiki bas. Melihatkan pada ejaannya, mungkin yang menulis itu "orang lama".

"PILEH TEMPAT DUDOK ANDA".

Dari sudut undang-undang tatabahasa Bahasa Melayu, memanglah ada bahagian yang salah ejaannya. Namun ia membuatkan saya terfikir dari segi bunyinya. Bukankah kita memang menyebut "pileh" bukannya "pilih"? Bukankah kita menyebut "dudok" bukannya "duduk"? Hmmm... pusing juga kan?

"... PELANGAN-PELANGAN...".

Yang ini jelas-jelas salah. Biasanya pelajar sekolah rendah tahap 1 (darjah 1-3) saja yang melakukan kesalahan ejaan sebegini. Agaknya si penulis dulu pun bersekolah sekadar tamat sekolah rendah agaknya.

"... TIKET..."

Ejaan sebegini yang kita gunakan dan bukannya "tikit". Tapi bertentangan pula dalam kes "pilih" dan "duduk". Apakah kerana ia berasal daripada perkataan bahasa Inggeris?

Wallahualam.

http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/06/alahai-bahasaku.html

ps: Minat sejarah, kurang minat bahasa.

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum