Asal Kota A Famosa

View previous topic View next topic Go down

Asal Kota A Famosa

Post  Admin on Sat Dec 08, 2012 8:46 pm

Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Ketika Portugis mula-mula tiba di Melaka, orang tempatan menggelar mereka ‘Benggali Putih’. Gelaran ini timbul kerana itulah kali pertama penduduk awam Melaka melihat satu bangsa Eropah. Dengan susuk tubuh yang besar tinggi, bertopi dan berjambang, gelaran ‘Benggali Putih’ memang sesuai.

Boleh jadi bangsa Portugis memaklumkan yang mereka ialah ‘Portuguese’ dari negara Portugal. Lidah orang Melayu menyebutnya ‘Peringgi’. Para pendakwah dan pelajar agama yang terdedah kepada bahasa Arab menyebutnya Feringgi (dalam bahasa Arab tidak ada huruf ‘p’)

Teringat saya kisah seorang pelajar Melaka belajar bahasa Arab daripada seorang mubaligh bangsa Arab. Si tok guru memarahi si pelajar kerana gagal menyebut huruf-huruf dan perkataan Arab dengan betul. Maklumlah, lidah Melayu hendak mengikut makhraj Arab, ustaz-ustaz hari ini pun banyak yang tidak mampu mencapai tahap cemerlang. Apatah lagi orang Melaka pada zaman itu.

Kerana tidak tahan dengan karenah gurunya, si pelajar naik angin lalu mencabar si guru menyebut perkataan-perkataan Melayu. Pada mulanya si guru menganggap bahasa Melayu mudah. Malangnya ketika disuruh sebut ‘kucing’ di sebutnya ‘kusying’, ‘kunyit’ disebutnya ‘kunit’ dan ‘nyiru’ disebutnya ‘niru’. Barulah si guru sedar akan keterlanjurannya. Maksudnya, anak murid kenalah diajar beransur-ansur, jangan kira hendak cepat dapat sahaja. Kalau tidak silap saya kisah ini ada dalam Sejarah Melayu.
(* Sejarah Melayu disusun oleh Tun Sri Lanang semasa berdirinya Kerajaan Johor selepas kejatuhan Melaka, dia bukanlah pengarangnya. Siapa pengarang Sejarah Melayu tidaklah diketahui. Begitu juga dengan Hikayat Hang Tuah)

Berbalik kepada isu. Kita tahu di Melaka ada sebuah kota yang kukuh iaitu A Famosa. Ia didirikan oleh Portugis sebaik sahaja berjaya mengundurkan tentera-tentera Melaka dari bumi bertuah itu. Mereka kemudiannya membakar banyak kitab-kitab dan istana. Yang menjadi pertikaian kami, apakah sebelum itu Melaka tidak ada kota sebagaimana kota A Famosa?

Kebanyakan kita faham sebelum wujudnya A Famosa, Melaka tidak ada kubu seperti itu. Kalau ada pun mungkin diperbuat dengan susunan-susunan kayu dan batang pokok sahaja. ‘Kota batu’ tidak ada. Benarkah begitu?

Kami berpendapat Melaka sudah ada kotanya. Kota Melaka itu kemudiannya diperbaiki lagi oleh Portugis. Kedudukan A Famosa sebenarnya memang kedudukan istana Melaka dan persekitarannya. Batu-batu Kota Melaka itu sendirilah yang digunakan Portugis untuk mewujudkan A Famosa, yang jauh lebih kukuh. Tambahan pula, dari mana Portugis hendak mendapatkan sebegitu banyak batu-batan melainkan sudah ada ‘dasarnya’. Batu-batu untuk penambahbaikan kemudiannya dirampas daripada bangunan-bangunan (mungkin juga masjid) dan makam-makam di-Raja yang mereka musnahkan.
(* Tentera Portugis memang satu bangsa yang zalim dan kejam. Makam-makam dan kubur para pahlawan semua dibongkar. Makam Hang Tuah berjaya diselamatkan apabila orang tempatan menyebutnya Makam Tua untuk mengelirukan Portugis dan para perisiknya daripada bangsa Melayu sendiri. Tapi dalam sejarah Islam juga pernah berlaku hal sama. Pemerintah awal Bani Abbasiah membongkar semula makam-makam utama Bani Umaiyah selepas mereka mendapat kuasa.)

Mustahillah Melaka sebagai sebuah kerajaan yang begitu besar di Asia Tenggara tidak mampu mendirikan kota. Padahal Candi Borobudur binaan batu. Angkor Wat binaan batu. Bukankah sering disebut ‘Kota Melaka’? Apakah ini hanya menggambarkan sebuah bandar, ataupun memang ada sebuah kota batu di sana?

Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai di kata,
Badan dan nyawa hamba serahkan.

Saya terfikir pantun ini. Pantun ini biasa kita dengar. Ia mungkin pantun baru tetapi ada memberikan ‘sedikit’ gambaran tentang kewujudan ‘kota’ di Melaka. Wallahualam.

Saya juga terfikir, bagaimanalah Portugis membina A Famosa? Siapa yang mengangkut batu-batu besar tersebut? Mustahil Portugis melakukannya sendirian dalam suasana Perang Tiga Segi dengan Johor dan Acheh. Berapa lama ia disiapkan? Sebelum ia disiapkan, di mana Portugis berkubu? Mustahil Portugis berkhemah di tengah-tengah Melaka melainkan memang telah ada sebuah kubu yang dapat melindungi mereka. Tapi, mengapa perihal Kota Melaka ini tidak disentuh secara langsung dalam karya-karya yang sampai kepada kita hari ini? Mengapa hanya A Famosa yang dikenang-kenang?
(* A Famosa sangat kukuh. Bedilan meriam tidak mampu memecahkannya. Dalam Hikayat Abdullah kalau tidak salah saya, Munsyi Abdullah menulis bagaimana susahnya kota ini hendak dimusnahkan oleh pihak Inggeris selepas mereka memperolehinya melalui Perjanjian Inggeris- Belanda 1824. Pelbagai cara digunakan namun kekebalan A Famosa sukar digugat. Hinggalah akhirnya pihak Inggeris menanam bahan letupan yang kuat di bahagian bawah setiap dinding dan meletupkannya, barulah batu-batu itu tercabut, melambung dan pecah. Yang tinggal hanyalah pintu gerbangnya saja sebagaimana hari ini. Mengapa Inggeris sengaja memecahkannya?........)

Wallahualam.


‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/asal-kota-famosa.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum