MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hukum Lelaki Pakai Sutera

Go down

Hukum Lelaki Pakai Sutera Empty Hukum Lelaki Pakai Sutera

Post  Admin Mon Dec 10, 2012 1:56 pm


Asal Pengharaman Sutera

Rasulullah SAW dihadiahkan farruj (sejenis pakaian) sutera. Baginda memakainya lalu mengerjakan sembahyang dengan pakaian itu. Setelah selesai sembahyang Baginda menanggalkan pakaian itu dengan keras seperti membencinya. Baginda bersabda:
"Pakaian ini tidak sesuai bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Muslim)

Dipercayai baginda telah ditegur oleh Jibril dalam solatnya tentang sutera. Dikatakan sejak itulah sutera haram dipakai oleh kaum lelaki.
Wallahualam.


Hujah-hujah Pengharaman Sutera

Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang (lelaki) yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat."
(Bukhari & Muslim))

Rasulullah SAW mengambil sutera, baginda letakkan di sebelah kanannya dan baginda mengambil emas kemudian diletakkan sebelah kirinya, lalu baginda berkata:
"Kedua ini haram buat lelaki dari ummatku."
(Ahmad, Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban dan Ibn Majah)

"Emas dan sutera dihalalkan bagi wanita daripada umatku dan diharamkan ke atas lelaki daripada umatku."
(Hadis riwayat An-Nasa’i)

Ali r.a. berkata: Saya telah melihat Rasulullah SAW. Memegang sutera di tangan kanan dan emas di tangan kirinya kemudian berkata:
“Keduanya ini haram terhadap laki-laki dari umatku.”
(Abu Dawud).

Abu Musa Al-Ash’ari r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Telah diharamkan memakai sutera dan emas kepada orang laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan mereka.”
(At Turmizi)

Umar mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakai sutera di dunia tidak akan memakainya di akhirat."
(At-Turmidzi)

Hadits riwayat Ibnu Umar ra: Bahwa Umar bin Khathab melihat kain sutera bergaris di pintu masjid, lalu berkata:
“Ya Rasulullah saw! Kalau saja engkau membeli ini lalu engkau pakai di hadapan kaum muslimin pada hari Jumaat dan apabila ada tetamu utusan datang kepadamu”
Rasulullah saw. bersabda:
“Yang memakai ini hanyalah orang yang tidak mempunyai bahagian memakainya di akhirat.”
Beberapa waktu kemudian, Rasulullah SAW. mendapatkan beberapa helai kain sutera. Rasulullah memberikan sebahagian kepada Umar. Umar bertanya:
“Ya Rasulullah! Engkau memberiku pakaian ini, padahal engkau telah mengatakan tentang kain sutera `Utharid, beberapa waktu yang lalu.”
Rasulullah saw. bersabda:
“Aku memberikan ini kepadamu bukan untuk engkau pakai.”
Lalu Umar memberikannya kepada saudaranya yang masih musyrik di Mekah .

Dalam riwayat lain daripada Ibn Hazm, dari Suwaid bin Ghaflah:
Kami telah berjaya menakhluk negeri Syam. Pada suatu hari kami pulang ke Madinah, dan sudah hampir ke sana, kami pakai kain sutera dan dibaj (sejenis kain sutera yang banyak gambar). Sebaik sahaja Umar melihat kedatangan kami yang memakai kain sutera itu, beliau melempar kami. Melihat beliau marah, kami tanggalkan pakaian itu dan kami pakai kain biasa. Kemudian beliau nampak tersenyum dan berkata:
"Selamat datang wahai kaum muhajirin. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T tidak membolehkan pakaian sutera bagi orang-orang sebelum kamu, apakah Dia bolehkan kepada kamu? Kaum lelaki tidak boleh memakai sutera kecuali sekadar ini dan ini."
Menurut Syukbah, Umar mengisyaratkan satu jari, dua atau tiga jari.


Kelonggaran Untuk Lelaki Memakai Sutera

Dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah telah memberi kelonggaran kepada Abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin al Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal yang menimpa mereka.
Berdasarkan hadith ini, harus (boleh) memakai sutera kalau terkena penyakit gatal-gatal. Daripada pengajian dan pembacaan saya, para ulama juga mengatakan harus memakai sutera jika terkena penyakit-penyakit lain yang berkaitan sama ada untuk tujuan keselesaan ataupun rawatan.
Dalam keadaan darurat seperti ketiadaan pakaian lain, kekurangan baju ketika cuaca sangat dingin, dipaksa dan seumpamanya, memang diharuskan.

Ada juga segelintir fuqaha’ berpendapat tidak haram kalau lelaki sengaja memakai sutera. Mereka berhujahkan riwayat dalam Sunan Abi Daud mengatakan bahawa ada 20 orang sahabat yang memakai sutera, antaranya Anas dan al Barra’. Berdasarkan riwayat ini juga Imam asy-Syaukani dalam Nailool Authar menghukumkan makruh sahaja kepada lelaki yang memakai sutera.

Namun ada beberapa masalah yang perlu kita fikirkan.:

yang mengatakan harus atau makruh itu hanyalah segelintir ulama sedangkan rata-rata ulama menghukum haram.
kita tidak pasti apakah para sahabat itu memakai sutera sebelum atau selepas pengharamannya
tidak mustahil ada sahabat yang tidak sampai kepadanya hadith pengharaman sutera


Oleh itu sebagai langkah terbaik, hendaklah kita tidak dengan sengaja memakai sutera.
Wallahualam.


Memakai Sutera Yang Sedikit

Boleh memakai sedikit sutera berdasarkan riwayat daripada Ibn Hazm, dari Suwaid bin Ghaflah:
Kami telah berjaya menakhluk negeri Syam. Pada suatu hari kami pulang ke Madinah, dan sudah hampir ke sana, kami pakai kain sutera dan dibaj (sejenis kain sutera yang banyak gambar). Sebaik sahaja Umar melihat kedatangan kami yang memakai kain sutera itu, beliau melempar kami. Melihat beliau marah, kami tanggalkan pakaian itu dan kami pakai kain biasa. Kemudian beliau nampak tersenyum dan berkata:
"Selamat datang wahai kaum muhajirin. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T tidak membolehkan pakaian sutera bagi orang-orang sebelum kamu, apakah Dia bolehkan kepada kamu? Kaum lelaki tidak boleh memakai sutera kecuali sekadar ini dan ini."
Menurut Syukbah, Umar mengisyaratkan satu jari, dua atau tiga jari. Maksudnya kaum lelaki boleh memakai sedikit kain sutera seperti tali leher, kolar baju, pergelangan tangan dan seumpamanya yang tidak melebihi 3 jari lebar. Tapi adakah sutera yang kita pakai itu contohnya tali leher tidak melebihi 3 jari?

Syeikh Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah juga berpendapat harus bagi kaum lelaki memakai sedikit sutera. Kesimpulannya, kaum lelaki boleh memakai sutera asalkan sedikit.


Memakai Sutera Campuran

Bahagian ini saya sediakan hujah tanpa memberikan jawapan kerana ia bergantung kepada keharusan memakai emas campur tembaga (kalau tidak silap saya) yang dikenali sebagai suasa. Berdasarkan pengalaman belajar dan membaca, saya beberapa kali menemui pendapat yang mengatakan harus memakai suasa asalkan kandungan emasnya lebih sedikit berbanding kandungan tembaga. Hujah-hujahnya tidak saya tahu kerana belum dicari. Maka kita andaikanlah harus memakai suasa bagi lelaki.

Jadi kalau campuran sedikit emas dengan logam lain hukumnya harus, maka memakai pakaian campuran sedikit sutera dengan kain yang lain hukumnya harus juga. Harus asal saja kuantiti sutera tidak melebihi kuantiti kain/ bahan yang lain.


Persoalan Yang Saya Jangka Akan Difikirkan Oleh Orang lain 1:

Ada hadith yang meletakkan sutera, zina, arak dan muzik seangkatan dalam perkara-perkara haram. Sedikit arak pun sudah haram maka sedikit sutera juga hukumnya haram.

Panduan:

Lihat hadith-hadith di bawah:
Rasulullah SAW mengambil sutera, baginda letakkan di sebelah kanannya dan baginda mengambil emas kemudian diletakkan sebelah kirinya, lalu baginda berkata:
"Kedua ini haram buat lelaki dari ummatku."
(Ahmad, Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban dan Ibn Majah)

"Emas dan sutera dihalalkan bagi wanita daripada umatku dan diharamkan ke atas lelaki daripada umatku."
(Hadis riwayat An-Nasa’i)

Ali r.a. berkata: Saya telah melihat Rasulullah SAW. Memegang sutera di tangan kanan dan emas di tangan kirinya kemudian berkata:
“Keduanya ini haram terhadap laki-laki dari umatku.”
(Abu Dawud).

Abu Musa Al-Ash’ari r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Telah diharamkan memakai sutera dan emas kepada orang laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan mereka.”
(At Turmizi)

Sutera dan emas adalah perhiasan khusus bagi wanita sedangkan arak tidak. Maka hukumnya tidak mesti sama.
Kalau sedikit campuran emas boleh dipakai lelaki, maka sedikit campuran sutera juga boleh dipakai lelaki. Rasulullah juga sebagimana dalam hadith-hadith berkaitan memegang sutera bergandingan dengan emas, bukannya sutera atau emas yang dipegang bersama arak. Ini menunjukkan keakraban antara sutera dengan emas.

Tapi sebagaimana yang saya katakan tadi, ini bukanlah hukuman yang kuat kerana ia masih bergantung kepada hujah-hujah keharusan memakai suasa.


Persoalan Yang Saya Jangka Akan Difikirkan Oleh Orang lain 2:

Kita sudah maklum yang sutera dan emas berkaitan perhiasan wanita. Kalau sedikit sutera seperti tali leher harus dipakai, bagaimana dengan sedikit emas seperti cincin?

Panduan:

Sekali imbas kita nampak macam pemakaian cincin emas bagi lelaki adalah harus jika diukur dengan keharusan memakai sutera, kerana kuantitinya sedikit. Benarkah begitu?

Untuk itu kita lihat kuantiti yang biasa dipakai oleh wanita. Pakaian sutera biasanya meliputi sebahagian besar tubuh pemakai. Ia mampu menutup aurat. Kuantiti sebeginilah yang Rasulullah maksudkan haram bagi lelaki.
Pemakaian barang kemas biasanya melibatkan sebahagian kecil sahaja tubuh badan seperti di jari, leher, telinga dan lain-lain. Ia tidak mampu menutup aurat. Kuantiti sebeginilah yang Rasulullah maksudkan haram bagi lelaki. Jadi sutera haram dalam keadaan ia banyak sedangkan emas haram dalam keadaan ia sedikit.
Kesimpulannya, memakai emas yang sedikit seperti cincin hukumnya tetap haram bagi lelaki jika dengan sengaja memakainya.
Wallahualam.


Memakai Sutera Sintetik (Tiruan)

Untuk menentukan hukum bahagian ini kita mestilah ada maklumat sekurang-kurangnya tentang bahan-bahan penghasilan sutera itu dan proses pembuatannya. Malangnya saya tidak ada maklumat ini. Maka sebagai langkah berjaga-jaga, eloklah ditinggalkan- jangan memakainya. Tapi boleh jadi juga ahli-ahli agama yang lain mempunyai maklumat dan telah mengeluarkan hukum. Sama-samalah kita mencari pendapat-pendapat mereka.
Wallahulam.

*Secara peribadi, saya tidak akan sengaja memakai sutera walaupun sedikit.

Alexanderwathern
AHAD 12 NOVEMBER 2006

http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hukum-lelaki-memakai-sutera.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum