MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tafsiran Ringkas Injil Matius

Go down

Tafsiran Ringkas Injil Matius Empty Tafsiran Ringkas Injil Matius

Post  Admin Sat Dec 08, 2012 8:06 pm

PENGENALAN

Penganut agama Kristian mengimani kitab Bible sebagai kitab suci. Kitab Bible ini terbahagi kepada dua iaitu:

1. Old Testament (Perjanjian Lama) yang diyakini mengandungi Taurat Musa, dan

2. New Testament (Perjanjian Baru) yang diyakini mengandungi Injil Isa.

Penganut agama Yahudi berpegang dengan Perjanjian Lama tetapi menolak Perjanjian Baru kerana mereka tidak mengakui Nabi Isa sebagai rasul.

Dalam Perjanjian Baru, terdapat 4 bahagian yang diyakini sebagai Bible iaitu Injil Matius (Matthew), Injil Markus (Mark), Injil Lukas (Luke) dan Injil Yohanes (John). Keempat-empat Injil ini mempunyai beberapa pertentangan antara satu sama lain.

Selain itu, walaupun Injil-Injil ini dinisbahkan kepada Matius, Markus, Luke dan Yohanes namun kajian menunjukkan bukanlah mereka yang menulisnya. Ada orang lain yang menulis kesemua Injil ini dan menyandarkannya kepada mereka. Sebab itulah ditulis ‘Injil menurut Matius’, ‘Injil menurut Markus’ dan seterusnya.


RASIONAL

Walaupun kita sedia maklum Injil yang ada pada hari ini bukan kitab suci lagi kerana ia sudah tidak asli 100%, tetapi masih ada banyak perkara benar yang terdapat di dalamnya. Masih ada sisa-sisa ayat Injil yang asli dan masih ada ‘perkhabaran yang asli’. Kita sebut ‘perkhabaran yang asli’ kerana ayat yang keluar daripada mulut Nabi Isa tidak sama dengan apa yang mereka tulis tetapi ‘maksudnya’ masih sama (matan berbeza tetapi maksudnya sama).

Sisa-sisa kebenaran ini sedikit-sebanyak dapat juga memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah dan Nabi Muhammad. Selain itu, ada juga rahsia-rahsia yang bermanfaat kepada kita umat Islam.

Sebahagian penganut agama Islam begitu takut sekali mendengar berita penyebaran Bible secara percuma. Melihat Bible diletakkan dalam bilik-bilik hotel seolah-olah melihat hantu, pucat muka-muka. Padahal penyebaran Bible percuma itulah peluang kita untuk menambah koleksi bahan bacaan di rumah.


MATIUS 1:1

“The book of the genealogy of Jesus Christ, the Son of David, the Son of Abraham”

“Kitab tentang salasilah Isa (Jesus Kristus), anak Daud, anak Ibrahim.”

ULASAN:

17 ayat-ayat awal Injil Matius 1 menceritakan salasilah Nabi Isa dengan panjang lebar. Ringkasnya Nabi Isa ini keturunan Nabi Daud dan Nabi Ibrahim.


MATIUS 1:18-20

“Now the birth of Jesus Christ was as follows: After His mother Mary was betrothed to Joseph, before they came together, she was found with child of the Holy Spirit.”

“Then Joseph her husband, being a just [man], and not wanting to make her a public example, was minded to put her away secretly.”

“But while he thought about these things, behold, an angel of the Lord appeared to him in a dream, saying, "Joseph, son of David, do not be afraid to take to you Mary your wife, for that which is conceived in her is of the Holy Spirit.”

“Kelahiran Nabi Isa adalah seperti berikut: Selepas ibunya iaitu (Siti) Mariam bertunang dengan Yusuf, dia didapati hamil akan anak dari Roh Kudus sebelum mereka hidup bersama (sebagai suami isteri).”

“Yusuf seorang yang berhati mulia dan tidak mahu Mariam menjadi bualan umum, merancang untuk melepaskannya secara senyap-senyap.”

“Tetapi ketika dia mempertimbangkan perkara ini, seorang malaikat Tuhan muncul dalam mimpinya dan berkata, “Yusuf anak Daud. Janganlah takut untuk mengambil Mariam sebagai isterimu kerana apa yang dikandungnya itu ialah anak dari Roh Kudus.”

ULASAN:

Bahagian ini mudah saja untuk difahami, c uma kita akan menyentuh tentang ‘Roh Kudus’. Roh Kudus ini tidak lain ialah malaikat Jibril, tetapi penganut agama Kristian umumnya percaya Roh Kudus ialah Tuhan itu sendiri.

Mereka percaya Tuhan itu 1 dalam 3 dan 3 dalam 1. Ada Tuhan Bapa, Roh Kudus dan Tuhan anak iaitu Jesus. Ketiga-tiganya ialah Tuhan yang satu. Ada juga aliran Kristian yang meletakkan Mariam sebagai Tuhan.

Ada penganut agama Kristian yang percaya bahawa Roh Kudus telah menjelma sebagai seorang lelaki lalu bersetubuh dengan Mariam menyebabkan Mariam mengandung. Padahal Roh Kudus iaitu malaikat Jibril datang menemui Mariam sekadar untuk memberitahu yang dia akan mengandung secara luar biasa. Itu saja.

Jadi kita jangan tersilap faham dengan perkataan “anak dari Roh Kudus”. Ia bukan bermaksud Jesus itu anak Roh Kudus.


MATIUS 1: 21-25

"And she will bring forth a Son, and you shall call His name JESUS, for He will save His people from their sins."

So all this was done that it might be fulfilled which was spoken by the Lord through the prophet, saying:

"Behold, the virgin shall be with child, and bear a Son, and they shall call His name Immanuel," which is translated, "God with us."

Then Joseph, being aroused from sleep, did as the angel of the Lord commanded him and took to him his wife,

and did not know her till she had brought forth her firstborn Son. And he called His name JESUS.

“Dia (Mariam) akan melahirkan seorang anak lelaki dan engkau hendaklah menamakannya Jesus, kerana dialah yang akan menyelamatkan kaumnya daripada dosa-dosa mereka."

“Perkara ini berlaku sebagai melengkapkan apa yang pernah difirmankan Tuhan melalui nabi dengan kata:”

“Sesungguhnya perawan itu akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka akan menamakannya ‘Immanuel’ yang bermaksud ‘Tuhan bersama-sama kita”.

“Setelah Yusuf bangun dari tidurnya, dilakukannya sebagaimana yang diperintahkan oleh malaikat Tuhan kepadanya, dan mengambil Mariam sebagai isterinya.”

“Namun (Yusuf) tidak bersetubuh dengannya sehinggalah Mariam melahirkan anak lelaki. Dan Yusuf menamakannya ‘Jesus’.”

Ulasan:

Mengapa Nabi Isa dinamakan Jesus? Kerana dialah yang akan menyelamatkan kaum Bani Israil, ringkasnya kaum Yahudi. Jadi maksud nama ‘Jesus’ itu ialah ‘Penyelamat Kaum Bani Israil’. Jadi fahamlah kita yang Nabi Isa hanyalah penyelamat kepada Bani Israil sahaja, bukan penyelamat seluruh umat manusia sebagaimana sangkaan penganut agama Kristian.

Siapa yang memberi nama ‘Jesus’? Allah yang memberi nama itu melalui malaikatnya.

Rupa-rupanya kedatangan Nabi Isa as ini sudah diramalkan oleh seorang nabi sebelumnya, tapi tidak dinyatakan siapakah nabi itu. Nabi itu juga memberi satu lagi nama kepada Jesus iaitu ‘Immanuel’ yang bermaksud ‘Tuhan Bersama-sama Kita’.

Nama ini secara tidak langsung menafikan keTuhanan Jesus. Jika Jesus benar-benar Tuhan, sudah tentu dia diberi nama ‘Tuhan’ dan bukannya ‘Tuhan Bersama-sama Kita’.

Bersambung…


Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/tafsiran-ringkas-injil-matius-bah-1.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum