Hadith-hadith Perang
Page 1 of 1
Hadith-hadith Perang
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Menjaga perbatasan perang sehari semalam, adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan dan beribadah di dalamnya, dan jika ia meninggal di tempat itu, maka pahalanya akan mengalir kepadanya (sampai akhir zaman), dan akan dialirkan rezekinya, serta aman daripada fitnah-fitnah (kubur).”
(Muslim, Turmizi, Nasa’i & Tabrani)
Huraian hadith:
Begitulah besarnya ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT Yang Maha Pemurah untuk para pejuang Islam yang berperang untuk Islam. Menjaga perbatasan perang untuk sehari semalam saja pun sudah melebihi ibadah puasa sebulan. Bagaimana pula kalau perang itu memakan masa berbulan-bulan dan bertahun-tahun? Dan sekiranya kita gugur syahid di medan perang tersebut, maka pahala akan terus mengalir kepada kita. Tambahan pula, kita dijamin lepasa daripada siksa kubur.
Namun untuk mendapat ini semua, di samping berperang, kita mestilah seorang yang beriman dengan mengerjakan semua suruhan Tuhan yang termampu dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Dalam hadith yang lain pula berbunyi:
“Barangsiapa yang mempersiapkan seseorang untuk berperang, maka dia benar-benar telah mendapat pahala seperti pergi berperang. Barangsiapa yang menjaga dan memelihara keluarga orang yang pergi berperang dengan baik, maka dia juga benar-benar telah mendapat pahala pergi berperang.”
(Bukhari, Muslim, Abu Dauid, Turmizi & Nasa’i)
Huraian hadith:
Rupa-rupanya, jika kita tolong menyiapkan segala kelengkapan perang untuk seseorang itu, kita akan beroleh pahala sama seperti pergi berperang juga. Dan kalau kita tolong mengambil berat akan hal keluarga mereka yang pergi berperang, seperti itu juga pahalanya.
Baginda juga pernah bersabda:
“Tidaklah akan tersentuh api neraka, kedua kaki seorang hamba yang pernah terkena debu dalam peperangan di jalan Allah.”
(Bukhari, Nasa’i & Turmizi)
Huraian hadith:
Alangkah beruntungnya orang-orang yang pernah berperang pada jalan Allah! Kaki mereka tidak akan dapat disentuh oleh api neraka kerana debu-debu yang pernah melekat akan menjadi pelindung yang ajaib. Semoga suatu hari nanti kita pula yang akan dipilih oleh Allah untuk berperang jihad. Namun perlu diingat, bukan semua peperangan itu diiktiraf sebagai berperang di jalan Allah.
“Sesungguhnya pintu-pintu syurga itu terletak di bawah naungan pedang-pedang (senjata).”
(Muslim & Turmizi)
“Sesungguhnya Allah akan memasukkan tiga golongan ke dalam syurga kerana satu busur panah (selaras senjata):
1. Pembuatnya yang mengharapkan pahala daripada Allah
semata-mata.
2. Orang (Islam) yang menggunakannya
3. Pemanah (penembak Islam) yang terkena panah (tembak)
(Abu Daud)
http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/10/hadis-hadis-perang.html

Similar topics
» Hadith-hadith Tentang Sidratul Muntaha
» Penggunaan Hadith Dhaif
» Ilmu Hadith, dalam Bahasa Mudah
» Meneliti Hadith Syarik dalam Sahih Bukhari

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum