Mengekang Bahaya Rakansiswa.com
Page 1 of 1
Mengekang Bahaya Rakansiswa.com
Jika kita ‘Google’ kalimah ‘rakansiswa’, selain daripada menemui laman RakanSiswa.com di http://rakansiswa.com/, kita juga akan ketemu dengan begitu banyak rungutan umat Islam khususnya di Malaysia tentangnya.
Laman tersebut memang boleh mengelirukan sebahagian umat Islam terutamanya golongan muda. Kita tidak nafikan hak penganut agama lain untuk membina laman web mereka tetapi biarlah kena dengan caranya. Dengan menggunakan bahasa Melayu, menggunakan nama ‘Rakan Siswa’, cuba mengaitkan nama ‘Allah’ dengan Jesus Christ, kalimah ‘Alkitab’ kepada Bible, kalimah ‘Injil’ kepada Gospel dan sebagainya membuatkan laman itu memang boleh mengelirukan walaupun mungkin niat mereka tidalah begitu.
Apa yang saya perhatikan, iklan laman itu begitu mendapat tempat (ataupun diberi tempat?) hinggakan ia selalu saja menyelit di laman-laman yang ‘beriklan percuma’ termasuklah di blog saya. Sefaham saya juga, mereka menerima kunjungan yang tinggi pada setiap hari.
Dengan itu, dakwah Tajdid Segar mula bertindakbalas dengan mewujudkan sebuah blog bertajuk ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ di http://dakwahrakansiswa.blogspot.com/ . Tujuan utama laman ini diaktifkan ialah sebagai pengimbang kepada maklumat-maklumat yang ada di web Rakansiswa. Diharapkan umat Islam yang melayar ataupun terlayar laman itu dapat menjadikan blog ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ sebagai ‘firewall’ sebelum terkeliru ataupun sebagai ‘antivirus’ sekiranya sudah mulai keliru.
Buat masa ini, cara blog baru ini berfungsi ialah dengan menolak apa yang salah daripaad Rakansiswa.com menggunakan hujah-hujah akal dan daripada sumber-sumber ajaran Kristian sendiri. Strateginya- supaya mereka yang di sana dan para peminat mereka mahu membaca dan menilai pegangan mereka selama ini. Kemudian barulah sedikit demi sedikit akan dimasukkan sandaran-sandaran aripada sumber-sumber Islam. Jika sedar awal kita letak maksud ayat-ayat suci al-Quran dan hadis di sana, pengalaman menunjukkan mereka akan terus mengelak daripada membaca kecali segelintir yang sangat kecil jumlahnya.
Adalah diharapkan dengan sebesar-besar harapan agar para pelayar Muslim tolong mempromosikan blog ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ ini dengan apa cara yang mampu. Usaha anda pastinya menambahkan kasih sayang Allah SWT.
'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'
Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
ps: Pada hari ke-5 kita mewujudkan blog 'Menilai Semula Rakansiswa.com', laman 'Rakansiswa.com terus hilang dari internet. Wallahualam.
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/mengekang-bahaya-rakansiswacom.html

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum