MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Maklumat Tentang "Jemaah'

Go down

Maklumat Tentang "Jemaah' Empty Maklumat Tentang "Jemaah'

Post  Admin Thu Dec 13, 2012 10:21 am

MUJAHIDIN MENULIS:

Salam perkenalan dari ana buat anta,

Ana masih mentah apatah lagi dalam bab-bab keagamaan....khususnya bab-bab pegangan, kepercayaan, kefahaman jemaah-jemaah yang ada di Malaysia hingga ke hari ini.

Ana sedar begitu banyak jemaah seperti tumbuhnya cendawan..lepas satu, satu lagi timbul..dan adakalanya ada persamaan antara sesuatu jemaah itu, dan ada pula yang berbeza-beza tidak kira dari segi ucapan, perbuatan, amalan dan sebagainya (terlalu luas untuk dibincangkan).

Namun, pada ana..mungkin seperti anta juga, tidak terlalu taksub dengan mana-mana jemaah, mana yang baik, ana ambil mana yang tidak baik pada ana, ana tinggalkan..dan mana yang ana tidak pasti diatas kejahilan ana, ana cuma pegang....tidak amal..dan berdiam diri.

Sekarang ini, terlalu banyak blog-blog....ciptaan manusia di internet..yang tidak tahu akan kesahihan dan autoritinya....tetapi ana baca, sebagai informasi yang berguna.... termasuklah blog anta.....

Dan ana hairan..tersangatlah hairan, mengapa begitu banyak fitnah memfitnah berlaku antara satu jemaah dengan satu jemaah yang lain....masing-masing dengan hujah-hujah masing-masing....yang ini, ada hujahnya, yang itu, ada hujahnya.....yang ini ada buktinya, yang itu tidak kurang juga bukti-buktinya..... Ana ingin tahu pada pandangan peribadi anta mengenai jemaah-jemaah ini..... Mungkin anta boleh memberi serba sedikit maklumat secara ringkas yang boleh kita berkongsi bersama.....yang mana anta ikuti dan boleh dipercayai khususnya di Malaysia.. Ana ambil 4 sahaja kerana ianya banyak dibahaskan:

1) Wahhabi
2) Salafi
3) tabligh
4) tareqat

Semoga mendapat jawapan dari tuan. Terima kasih.



PANDANGAN SAYA:


Wlksm Tuan Mujahidin. Berbanyak maaf kerana begitu lewat membalas.


Ana tertarik dengan kata-kata anta yang berbunyi:

“tidak terlalu taksub dengan mana-mana jemaah, mana yang baik, ana ambil mana yang tidak baik pada ana, ana tinggalkan..dan mana yang ana tidak pasti diatas kejahilan ana, ana cuma pegang....tidak amal..dan berdiam diri.”


Pegangan sebegini punya banyak persamaan dengan saranan dakwah Tajdid Segar.


Fitnah-memfitnah tidak dapat kita elakkan kerana memang sebegitulah dunia akhir zaman. Cuma ana lebih selesa jika kita tidak meletakkan perkataan “fitnah-memfitnah” kerana ada kalanya hanya satu pihak yang memfitnah, bukan kedua-duanya. Tapi ana percaya kata-kata anta itu bersifat umum.


Seterusnya pandangan ana tentang jemaah-jemaah yang anta senaraikan. Sebenarnya ada perbezaan antara jemaah dengan fahaman dan aliran. Wahhabi dan Salafi itu ialah fahaman. Tabligh ialah jemaah. Manakala tareqat ialah lebih kepada aliran ataupun kaedah.


Contohnya tareqat Naqshabandiah. Ia satu jemaah tetapi terlalu umum. Pecahan-pecahan di bawahnya seperti Naqshabandiah Haqqani, Naqshabandiah Khalidi, Naqshabandiah Aliah, Naqshabandiah Qadiriah dan lain-lainnya bolehlah dikatakan satu jemaah. Itu pun kadang-kadang mereka bergerak dalam jemaah yang berasingan, tiada hubungan khusus sesama mereka terutamanya kerana faktor geografi.


Tabligh misalnya ialah satu jemaah. Tidak kira di pelusuk dunia mana pun, mereka saling bersangkutan dan berqiblatkan kepimpinan maulana tertinggi jemaah Tabligh.


Dari keempat-empat nama itu, ana tidak mengikuti mana-mana satu pun secara terus. Secara umumnya ana menyokong jemaah Tabligh dan aliran-aliran tareqat yang benar, dan menolak fahaman Salafi Wahabi. ( Untuk memahami Salafi Wahabi yang ana tolak itu, anta boleh merujuk kepada tulisan ana di http://satuumat.blogspot.com/2009/11/definisi-wahabi.html dan mendengar kuliah ana tentangnya di https://www.youtube.com/watch?v=zc4mqt3q098 (ada 7 fail) Hal ini penting kerana ana tidak menolak “Salafi” ataupun “Wahabi” yang selain daripada itu ).

Wallahualam.


Abu Zulfiqar Amsyari


http://alexanderwathern.blogspot.com/2010/03/maklumat-tentang-jemaah.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum