Pengsan Ketika Tiupan Sangkakala
Page 1 of 1
Pengsan Ketika Tiupan Sangkakala
Al-Quran mengatakan:
“Lalu ditiup pada sangkakala (kali pertama, ketika kehancuran dunia), maka pengsanlah segala yang ada di langit dan di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah.” (Az-Zumar : 68)
Sangkakala ditiup dua kali iaitu ketika kehancuran dunia dan kemudiannya ketika kebangkitan semula. Kedua-dua peristiwa ini dikenali sebagai Hari Kiamat. Jadi Hari Kiamat itu ada dua suasana.
Siapakah yang dikecualikan daripada ‘pengsan’ pada tiupan sangkakala (as-suur) yang pertama itu?
1. Para syuhada’. (menurut Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan Sa’id bin Jubair)
2. Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail. (menurut Muqatil)
3. Para penghuni syurga iaitu para bidadari, para penghuni neraka dan para penjaganya. (menurut Abu Ishaq bin Syaqilla)
4. Para bidadari dan anak-anak syurga. (menurut Imam Ahmad)
Menurut Ibnu Qayyim, kepengsanan roh-roh ketika ditiup sangkakala itu tidak menunjukkan roh-roh itu mati. Sandarannya ialah sebuah hadis sahih (menurut kata Ibnu Qayyim):
“Bahawa semua manusia pengsan pada hari kiamat (pada tiupan sangkakala yang pertama), maka akulah (Nabi Muhammad) orang pertama yang tersedar. Maka secara tiba-tiba aku melihat (Nabi) Musa sedang memegang tiang Arasy, dan aku tidak tahu sama ada dia sudah tersedar sebelum aku, ataupun dia telah didahului balasannya (tidak dipengsankan lagi kerana sudah pernah pengsan ketika hendak melihat Zat Allah di dunia sebelum itu di Bukit Tursina) ketika dia pengsan di Tursina.”
Mengapakah disebut “pengsan” dan bukannya mati? Bukankah ketika tiupan itu roh akan mati?
Ketika itu roh tidak mati, hanya ‘pengsan’. Sesiapa yang masih hidup di dunia ketika kiamat berlaku itu, mereka itulah yang akan mati dan secara automatik pula roh mereka akan pengsan. Orang-orang yang sudah mati sebelum itu, tidak akan mati sekali lagi, hanya roh mereka yang akan pengsan.
Apakah maksudnya ketika kita mati, roh tidak mati?
Ya, roh kita kebal daripada kematian/ maut. Namun roh kita akan pengsan ketika tiupan sangkakala pertama.
Ketika nyawa kita terpisah daripada badan, apakah roh tidak mati?
Tidak. Yang mati hanyalah jasad.
Abu Zulfiqar
http://alexanderwathern.blogspot.com/2010/10/pengsan-ketika-tiupan-sangkakala.html
25 Oktober 2010

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum