MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Puisi - Leman Nak Kahwini Perempuan

Go down

Puisi - Leman Nak Kahwini Perempuan Empty Puisi - Leman Nak Kahwini Perempuan

Post  Admin Thu Dec 13, 2012 10:57 pm

Leman mahu mengahwini perempuan.
Tapi siapa perempuan?

Nun di sana seorang perempuan.
Bukankah sepatutnya perempuan itu
Seorang yang lemah-lembut?

Nun di situ seorang perempuan juga.
Bukankah sepatutnya perempuan itu
seorang yang pemalu?
Yang terjaga laku,
yang terpelihara kata-kata?

Dia seorang perempuan.
Bukankah fitrah perempuan itu
suka akan anak-anak kecil?

Leman mahu perempuan sebagai isterinya.
Tapi kenalkah Leman akan perempuan?

Mereka perempuan
Bukankah perempuan itu sepatutnya
seorang yang mahir memasak?
ataupun sekurang-kurangnya
tahu memasak?

Mereka perempuan.
Bukankah yang dinamakan perempuan itu
sepatutnya sukakan belaian suami?

Mereka pun perempuan.
Bukankah mereka sepatutnya
tersorok tidak terpamer?

Leman mahukan perempuan
sebagai ibu kepada anak-anaknya.
Tapi di mana ada perempuan?

Di sana perempuan.
Bukankah sepatutnya perempuan
berambut panjang?

Di sana perempuan.
Bukankah hamba Allah bernama perempuan
sepatutnya suka hidangan dan masakannya
menjadi santapan orang?

Di sana perempuan.
Bukankah perempuan sepatutnya
ketawa kecil senyum terukir?


Begitulah gambaran-gambaran
yang ada dalam fikiran Leman
apabila disebut ‘perempuan’

Leman mencari perempuan
sebagai calon jodoh Leman
Lalu Leman temui

Tapi...
Leman keliru
Pusing kepala dan minda Leman

Mana tidaknya...
Lagak yang di kata perempuan
yang Leman temui itu
kasar
Cakap main lepas-lepas
Sesekali bicaranya kurang ajar
Tidak sukakan budak-budak,
hamil pun belum tentu dia mahu
Memasak pula tidak tahu
Suami dianggap pengganggu
Auratnya terpamer
Rambutnya pendek seperti rambut Leman
Menyedia makanan dan menghidang
dianggap leceh
Tawanya berdekah-dekah, mengilai-ngilai

Orang kata...Leman sendiri pun tahu
yang dilihatnya sekarang seorang perempuan.
Tapi pada hakikatnya
Leman rasa dirinya belum jumpa
seorang yang ‘perempuan’

Seolah-olah
Leman bakal mengahwini spesis
yang hampir-hampir spesis Leman.

Apa nak buat, itu saja pilihan yang ada.
Terpaksalah Leman mengambil yang itu sebagai suri
kerana
adalah juga sikit-sikit macam perempuan
daripada tidak ada langsung

Fikir Leman
beruntungnya mereka yang surinya
benar-benar seorang perempuan.

Nasib engkaulah Leman...




Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
15 November 2008


*Puisi lama saya ini ditemui di sebuah forum. Selepas penutupan blog asal, banyak hasil tulisan saya tak sempat diselamatkan. Namun begitu banyak juga yang berselerakan di serata internet. Alang-alang dah terjumpa semula ni, elok saya kongsikan.

http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/03/leman-nak-kahwini-perempuan.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum