MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Terjumpa Sahabat yang Sejuk

Go down

Terjumpa Sahabat yang Sejuk Empty Terjumpa Sahabat yang Sejuk

Post  Admin Fri Dec 14, 2012 11:57 am

Terjumpa seorang sahabat yang dulunya begitu aktif dalam dakwah, malah banyak membantu perkembangan dakwah saya juga. Namun dalam setahun lalu tiba-tiba dia jadi 'sejuk', boleh dikatakan sampai takat beku. Dia hanya bekerja pada siangnya, dan kemudiannya duduk diam-diam di rumah. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya.

Baru-baru ini saya terjumpa sahabat saya ini. Tanpa ditanya, antara ayat awal yang keluar dari mulutnya ialah dia mengakui : "Sibuk dengan urusan dunia." Maksudnya, dia sedar akan 'kesejukan' dirinya itu.

Sahabat saya ini punya ramai kenalan, biasa berurusan dengan pelbagai jenis manusia, bersemangat dalam agama dan berkebolehan menguruskan aktiviti keagamaan. Memang berasa kehilangan apabila dia 'sejuk' secara tiba-tiba. Ada kemungkinan juga dia tidak puas hati dengan orang-orang tertentu. WaAllahu'alam.

Terkenang saya zaman kegemilangan dakwah ketika kami selalu bergandingan dahulu. Harap-harap dia akan kembali aktif. Semoga kami dapat bekerjasama lagi dalam memperjuangkan agama Allah ini.

http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/07/terjumpa-sahabat-yang-sejuk.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum