Intisari Seminar Tasawuf dan Tariqat (Jahid Sidek)
Page 1 of 1

*Semua yang di bawah adalah kata-kata Dr. Jahid Sidek yang saya pindahkan dan sesuaikan ke dalam bentuk tulisan, sebagaimana yang saya dengar dan saya fahami. Tidak semestinya semua pandangan beliau turut menjadi pegangan saya, kecuali jika saya nyatakan begitu. Saya hanya menyampaikan apa yang saya faham daripada kata-katanya sahaja. WaAllahua’lam.
IMAN, ISLAM DAN IHSAN
Dasar Ahli Sunnah wal Jamaah yang disepakati ialah iman (rukun iman, tauhid), Islam (rukun Islam, fiqh) dan ihsan (tasawuf). Ketiga-tiga dasar ini terdapat dalam hadith yang sama. Malangnya banyak orang mengambil iman dan Islam, tetapi mengabaikan ihsan, seolah-olah ia tidak wujud.
Ijtihad dalam tauhid dan fiqh kita terima, tapi ijtihad dalam tasawuf kita tolak. Bolehkah begitu?
TARIQAT DI MALAYSIA
Menurut Dr. Jahid, negara Malaysia memang tidak akan mengiktiraf mana-mana tariqat, tetapi mengakui kewujudan tariqat dan membenarkan tariqat-tariqat yang tidak sesat untuk bergerak. Itu pegangan kerajaan. Kerajaan khuatir jika pengiktirafan diberikan, ia mungkin akan disalahgunakan. Dr. Jahid merujuk risalah yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Dr. Jahid menyatakan kekesalan kerana asal ada orang hendak mengajar tariqat sahaja, terus orang itu dipandang serong.
Negeri Sembilan menjadi negeri pertama yang meluluskan enakmen tariqat dan taswuf. Syaratnya, setiap halaqah itu mesti ada program taklim.
PERINGKAT-PERINGKAT HATI
Kata Dr. Jahid, menurut Syeikh Ibnu ‘Ataillah peringkat-peringkat hati dari bawah ke atas ialah:
1. Hati yang lalai
2. Hati yang sedar
3. Hati yang banyak mengingati Allah
4. Hati yang tidak ada di dalamnya selain Allah
BEZA ANTARA AURAD, TALKIN DAN BAI’AH
Aurad = Himpunan wirid atau zikir.
Talkin = Proses pengajaran kaedah berzikir oleh guru kepada murid yang baru.
Bai’ah = Pengakuan murid kepada guru.
KHALWAT DAN UZLAH
Bolehkah salik mencapai musyahadah tanpa melalui khalwat/ uzlah?
Jawabnya boleh, tetapi sangat susah.
Contoh yang diberi oleh Ustaz Jahid, orang yang tidak bekerja memang tidak boleh jadi kaya/ berharta, tetapi kadang-kadang ada juga yang jadi kaya, kerana terjumpa harta karun.
PRINSIP TARIQAT
1. Bertaqwa.
2. Buat apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang.
3. Dari segi fiqh, mudah sahaja. Ikutlah salah satu mazhab.
4. Dari segi aqidah, ikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
TARIQAT & ZIKIR
Tariqat tidak hanya zikir, walaupun zikir merupakan asas penting tariqat.
AL-GHAZALI
Dr. Jahid Sidek pernah melawat bilik uzlah Imam Al-Ghazali di Masjid Umawi, Damsyik, Syria. Seandainya Imam Al-Ghazali tidak terjun ke dunia sufi, dia hanya akan jadi ulama biasa, yang tidak terkenal sebagaimana sehingga ke hari ini. Ketika Al-Ghazali hendak berubah, gurunya (tidak disebutkan siapa namanya oleh Dr. Jahid) mensyaratkan 3 perkara :
1. Letakkan jawatan sebagai pengetua di Nizamiyyah, Baghdad.
2. Jualkan sebahagian besar hartanya.
3. Keluar dari Baghdad.
(*Tentang 3 syarat oleh guru Imam Ghazali itu saya agak musykil, kerana sefaham saya perubahan Imam Ghazali tidak berkaitan dengan mana-mana gurunya dan tidak berkaitan juga dengan syarat-syarat sedemikian. Salah satu rujukan kita dalam hal ini ialah kitab Al-Ghazali Al-Munqiz min Adh-Dhalal, yang merupakan kisah perjalanan hidupnya yang ditulisnya sendiri. WaAllahua’lam)
Dalam kitab Jawahirul Quran karya Imam al-Ghazali, dikatakan kita tidak dapat mencapai magrifatullah kecuali dengan dua perkara iaitu:
1. Sentiasa berzikir
2. Berpaling zahir dan batin daripada selain Allah
IZUDDIN ABDUS SALAM
Sebelum terjun ke dunia sufi, beliau sudahpun digelar orang sebagai Sultanul Ulama. Hal ini menunjukkan ketinggiannya. Sungguhpun begitu, kemudiannya dia mengambil Tariqat Syaziliyyah kerana kedudukannya sebagai Sultanul Ulama belum memadai.
AMBIL ILMU DARI YANG MATI
Orang sufi sebenarnya menyindir orang yang tidak sufi, terutamanya yang anti sufi dengan mengatakan : “Kamu mengambil ilmu dalam keadaan hati kamu mati, daripada guru yang mati hatinya (kerana tidak dihidupkan dengan ilmu tasawuf). (Sedangkan) kami mengambil ilmu ketika hati kami hidup, daripada guru yang hidup hatinya.”
WALI ALLAH
Bagi kebanyakan anggota masyarakat kita, wali Allah itu ialah seorang yang banyak keajaiban berlaku ke atas dirinya. Anggapan sebegini adalah salah. Dalam tariqat dan tasawuf, bukan karamah yang dikejar, ia bukan matlamat. Kita tidak dapat karamah seumur hidup pun tidak mengapa.
AL-ARQAM
Menurut Dr. Jahid, memang mereka menggunakan jin dan para pengikutnya memang taksub.
AYAH PIN
Antara penyebab pengikutnya jadi taksub adalah kerana mereka melihat Ayah Pin terapung ketika berzikir.
DATO’ HARUSSANI, MUFTI PERAK
Dr. Jahid dan Dato’ Harussani ialah rakan sekelas.
PEMBAHAGIAN ZIKIR
Zikir ada 2 jenis:
1. Hasanat – zikir yang diamalkan oleh orang ramai.
2. Darajat – zikir yang punya adab-adab sebelum, semasa dan selepas.
Jika kita mengamalkan zikir hasanat sahaja, bolehkah mencapai darajat? Boleh, tetapi sukar. Dr. Jahid memetik kata-kata Maulana Muhammad Zakaria Kandhlawi dalam hal ini.
KEGIATAN TARIK DUIT
Jangan percaya aktiviti tarik/ sedut duit. Duit kita yang kena ‘sedut’.
MURSYID GHAIB
Wujudkah mursyid ghaib? Jawapan Dr. Jahid : “Tak ada!” Ringkas sahaja jawapannya.
ASAL WIRID SELEPAS SOLAT
Satu kajian di UKM mengatakan wirid selepas solat yang biasa diamalkan oleh umat Islam Nusantara dikenali sebagai Aurad Qasasiyyah. Dikenali juga sebagai Aurad Madinah. Penyusunnya ialan Syeikh Ahmad Qasasi yang tinggal di Madinah.
AMALAN SYEIKH ABDUL RAUF SINGKEL
Selain Aurad Qasasiyyah, Syeikh Qasasi juga mengajarkan zikir darajat yang dikenali sebagai Samariah (ataupun Samaniah, saya kurang pasti namanya). Zikir darajat ini diterjemah dan disebarkan di Nusantara ini oleh anak murid kepada Syeikh Qasasi ialah Syeikh Abdul Rauf Singkel.
TAHAP-TAHAP BERGURU
1. Berhadapan dengan guru. Ini tahap “first class”.
2. Guru yang sudah meninggal, kita terbayang rupanya. Ini namanya rabitah.
3. Tawasul.
CAPAI MUSYAHADAH TANPA KHALWAT/ UZLAH
Bolehkah? Boleh, tetapi susah.
AMAL BANYAK TARIQAT
Bolehkah? Boleh, dengan syarat sudah mantap sesuatu tariqat itu dan dapat keizinan guru. Maulana Muhammad Zakaria Kandhlawi ada 5 tariqat. Syeikh Sharif Mekasar ada 12 tariqat.
FANA
50 hingga 60 orang berzikir sambil menari, kemudian semuanya tumbang. Adakah itu fana’? Tidak.
Fana’ tidak boleh diprogramkan. Jika selalu berlaku, itu bukan fana’.
Di Pahang, ada satu kumpulan. Ketika murid-muridnya berzikir, si guru akan tekan tulang belakang bahagian bawah, maka si murid akan pengsan dan terfana’. Sebenarnya itu sihir dan menggunakan jin.
KAEDAH SULUK
Ketika melaksanakan iktikaf pada 10 hari akhir Ramadhan, Rasulullah duduk dalam satu tempat khas yang dia tidak melihat orang lain dan orang lain pun tidak melihatnya. Baginda hanya menghulurkan muka atau tangannya jika ada sesuatu urusan.
Dari sinilah sebahagian orang memilih tempat yang tertutup untuk bersuluk. Ada yang di dalam gua, lubang di dalam tanah dan di dalam kelambu. Di Sungai Cincin dan di Tumpat (tempat Tok Selehor) masih ada peninggalan lubang tanah tempat bersuluk.
MENGENAL GURU MURSYID
Bagaimana hendak mengenal guru mursyid? Jawab Dr. Jahid : “Nak kenal Allah lebih mudah daripada nak kenal guru mursyid. Kadang-kadang isteripun tak kenal, anak pun tak kenal (seseorang itu guru mursyid).” Begitulah katanya.
Apabila kita terlihat seseorang, kita teringat Allah. Apabila kita dengar cakapnya, bertambah ilmu kita. Apabila kita lihat tingkah lakunya, teringat hari akhirat. Orang yang seperti itu sesuai untuk kita jadikan guru atau pendamping.
Sekiranya tidak ada, carilah orang-orang yang lebih pandai daripada kita untuk kita ambil ilmu daripadanya.
WARID
Apabila ada wirid, adalah warid. Warid itu ialah natijah atau hasil.
WAHHABI
Diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab. Selepas ayahnya meninggal, barulah dia mula emnimbulkan masalah. Menurut Syeikh ramadhan al-Buti, antara kaedah hendak emngenal sesorang itu Wahhabi ialah:
1. Kalau ada 3-4 pandangan, orang itu akan ambil 1 sahaja dan mengatakan yang selebihnya sebagai sesat atau bid’ah.
2. Apa yang tidak ada dalam Al-Quran dan Sunnah (menurut pemahaman mereka), tidak boleh dibuat.
ZUHUD
Zuhud bukan bermaksud kita mesti jadi miskin. Antara ciri zuhud itu adalah “ada di tangan, tak ada di hati”. Ramai orang yang mengaku zuhud tetapi hati mereka tidak begitu kerana “tiada di tangan, ada di hati”.
DOA
Kita selalu berjumpa guru, tetapi tidak pernah terfikir untuk minta guru doakan kita.
RUH DAN JASAD
Pada suatu peringkat, ruh orang yang bermujahadah akan bebas. Ruh akan menguasai jasad. Kita? Jasad berkuasa ke atas ruh.
SALASILAH
Rasulullah kepada Saiyidina Ali kepada Hasan al-Basri kepada Habib al-Ajami kepada Daud at-Ta’i kepada Ma’aruf al-Karkhi kepada Sirri as-Saqati kepada Junaid al-Baghdadi.
(*Saya sudah lupa ini salasilah atau sanad apa)
PENGALAMAN DR. JAHID 1
Pernah seorang kawannya yang sama-sama sedang mempelajari Tariqat Ahmadiyyah engkar arahan guru mereka. Kawan itu pergi bermujahadah di dalam gua di hutan walaupun guru mereka tidak memperkenankan kaedah itu. Di gua itu, kawan ini bertapa dan makan daun-daun sahaja. Tapi akhirnya tidak tahan juga, terpaksa minta bantuan kawan lain hantar nasi kepadanya. Dia tinggal di sana selama dua tahun.
Selepas dua tahun, kawannya itu mendakwa dirinya sebagai Sultanul Ariffin. Tariqat Ahmadiyyah ditukarnya kepada Ismailiyyah Qadiriah. Dia juga mendakwa diajar setiap hari oleh Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani. Kononnya dia dibawa ke persidangan para wali lalu dilantik sebagai ketua para wali pada zaman ini. Sebab itulah dia bergelar Sultanul Ariffin. Menurut Dr. Jahid, yang datang setiap hari itu tidak lain ialah jin.
PENGALAMAN DR. JAHID 2
Ketika berada di Raudhah, Madinah, Dr. Jahid melihat seorang lelaki mengerjakan solat dalam keadaan tidak menghadap qiblat. Selepas orang itu selesai solat, Dr. Jahid menegurnya. Jawabnya : “Allah ada di mana-mana!” Orang macam ni pun ada.
PENGALAMAN DR. JAHID 3
Pada tahun 1990, Dr. Jahid pernah berhadapan dengan seorang ulama Wahabi di pejabat orang itu. Dr. Jahid bertekad bertemu muka dengan tokoh Wahabi itu kerana sikap tokoh itu yang begitu anti tariqat, dengan mengatakan tidak ada tariqat dalam agama Islam. Mereka bermuzakarah selama 4 jam, dari pukul 9 pagi sehingga jam 1 tengah hari. Akhirnya, tokoh itu mengakui bahawa tariqat memang wujud dalam agama Islam.
PENGALAMAN DR. JAHID 4
Pada tahun 2006, Dr. Jahid ke Mesir bersama-sama 56 orang anak muridnya. Di sana dia terlibat dalam beberapa program tasawuf dan perubatan Islam. Salah seorang anak murid Dr. Jahid merupakan anak murid Dr. Ali Jum’ah, Mufti Mesir. Dr. Jahid pun dibawa bertemu dengan Dr. Al Jum’ah. Rupa-rupanya Dr. Ali Jum’ah mengamalkan Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah. Pada kesempatan itu Dr. Jahid minta dibai’ah lagi tariqat tersebut walaupun sudah lama dia mengamalkannya.
Dr. Jahid juga ada bertanya, “Bagaimana dengan orang yang tidak belajar tasawuf?”
Jawab Dr. Ali Jum’ah : “Orang itu boleh sampai ke tingkat muslim dan mukmin, tapi tidak sampai ke tingkat muhsin.”
PENGALAMAN DR. JAHID 5
Ketika melawat Turki, Dr. Jahid berkesempatan berziarah ke pusat Naqsyabandi Khalidi di pinggir Turki. Kompleks di sini serba lengkap dan mempunyai 11 cawangan di luar negara. Kawasan ini juga sering jadi tumpuan para pelancong.
Di Turki tidak ada mahkamah agama atau pejabat agama. Menurut Dr. Jahid. Para ulama dan orang tariqat di Turki seumpama induk di negara itu.
PENGALAMAN DR. JAHID 6
Ketika Dr. Jahid masih belajar, pernah orang mengajaknya belajar ilmu hakikat di Kampung Dato’ Keramat. Yang mengajar bukannya si guru, tetapi guru ghaib yang akan masuk ked alma tubuh si guru. Kadang-kadang guru ghaib ini mengaku sebagai Syeikh Abdul Qadir Jilani. Kadang-kadang dia mengaku sebagai Imam Al-Ghazali. Kata Dr. Jahid kepada temannya : “Ini orang menurun ni!”
Di Singapura ada guru bernama Hasan bin Junid. Asalnya ketua gangster. Apabila berusia 40 tahun, dia bertaubat lalu menyebarkan ajarannya. Katanya dia diajar oleh Rasulullah.
Ada seorang kawan Dr. Jahid, lulusan Al-Azhar. Juga mengaku punya guru ghaib. Katanya hendak buka syarikat kewangan Islam terbesar. Modalnya akan dberi oleh si guru ghaib. Guru ghaib itu pernha menunjukkan wang yang sangat banyak kepadanya, melaut banyaknya. Sampai sekarang senyap begitu sahaja.
PENGALAMAN DR. JAHID 7
Suatu ketika Dr. Jahid berzikir di Masjidil Haram. Datang seorang lelaki menegurnya kerana perbuatan itu dikatakan sesat. Kemudian si penegur itu duduk bersama-sama dengan kawan-kawannya sambil makan minum dan bergelak ketawa di dalam masjid itu. Mana yang sesat ni?
Begitulah antara isi kandungan seminar yang sempat saya notakan. Sekiranya ada tersalah silap dalam memindahkan maklumat, harap teman-teman yang turut ke seminar membuat teguran. WaAllahua’lam.
Abu Zulfiqar
2 OGOS 2011
http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/08/intisari-seminar-tasawuf-dan-tariqat.html

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum