Sebahagian Kenangan Kerja-kerja Perisikan Dakwah
Page 1 of 1

Melakukan kerja-kerja perisikan untuk jemaah-jemaah Islam satu kerja yang menarik, walaupun ia sekadar untuk dakwah, khususnya berkaitan remaja. Ia tidaklah sehebat kerja-kerja para perisik tentera ataupun pengganas, tapi meninggalkan kenangan manis untuk diimbau sesekali. Zaman itu sudah jauh berlalu, tapi saya berasa mahu berkongsi beberapa hal dengan para pembaca, secara ringkas sahaja.
Seorang sahabat pernah menyamar sebagai seorang yang ‘tiga suku’ ketika menjalankan tugas risikan untuk Islam. Dia berkeadaan begitu selama berbulan-bulan dan tinggal jauh dari orang ramai. Orang ramai betul-betul percaya dia seorang gila dan tidaklah mengambil kisah akan dirinya. Selepas tugasnya selesai, dia dibenarkan mendedahkan diri. Ketika itu orang ramai sangat terkejut. Orang yang mereka sangkakan tidak waras selama hari ini rupa-rupanya seorang yang bijak dan petah berkata-kata. Hebat kerja sahabat kita ini. Jika saya diberi tugas sebegini, mungkin tidak mampu saya bawa.
Ketika menjalankan tugas-tugas risikan, adakalanya kita terpaksa ‘melicinkan muka’. Maksudnya kena buang misai dan janggut. Bahagian ini yang saya paling lemah kerana SAYA SUKA BERJANGGUT. Biasanya kalau ada tugasan yang memerlukan kita ‘melicinkan muka’, saya akan berusaha mengelak. Tapi pernah juga sekali terpaksa ‘melicinkan muka’, nampak macam budak-budak je pun. Satu pesanan saya, JANGAN MUDAH-MUDAH memandang rendah kepada mereka yang tidak memelihara janggut jika kita TIDAK CUKUP MENGENALI mereka. Kita tidak tahu apa tugasan dan peranan yang sedang mereka jayakan.
Untuk menyelinap ke dalam kelompok penganut agama tertentu, adakalanya kita terpaksa berlagak seolah-olah salah seorang dari mereka. Saya masih ada t-shirt bertemakan agama Kristian yang saya pakai jika diperlukan, cuma saya tidak suka memakai rantai salib. Tapi perisik lain selamba saja pakai rantai salib. Pesanan saya juga, JANGAN MUDAH-MUDAH mengKristiankan mayat-mayat tertentu hanya kerana terdapat rantai salib di leher mereka. Tidak mustahil mereka ialah salah seorang pekerja risikan kita yang terkorban ataupun sudah sampai ajal sewaktu menjalankan tugas. Selagi boleh disangka baik sebagai seorang muslim, dahulukan sangka baik. Saya juga pernah ada baju bergambar dewa Hindu. Besar gambarnya. Oleh kerana tidak pernah terlibat dengan kerja-kerja berkaitan dengannya, baju itu saya hadiahkan kepada seorang sahabat penganut Hindu.
Antara tugasan yang mencuit adalah ketika menyiasat seorang ahli akademik yang disyaki gay. Khabarnya sudah beberapa orang remaja masuk perangkapnya. Untuk menarik perhatiannya, saya terpaksa berlakon sebagai seorang yang lemah-lemah dan ‘lembut’ sikit. Ternyata berjaya. Hasil siasatan saya menunjukkan dia memang minat sesama lelaki tapi tidak cukup bukti untuk mengatakan dia pernah melakukan hubungan sejenis. Yang pasti, dia dahagakan kasih sayang dan perhatian sesama jenis. Dia ini jenis yang sanggup menabur wang ringgit untuk mewujudkan lelaki-lelaki lain yang boleh disayangi dan menyayanginya.
Pernah juga menyusup masuk ke dalam kalangan tokan-tokan ganja. Dengan izin Tuhan, TANPA PERLU menghisap ganja ataupun sesedut rokok, saya berjaya mendapatkan kepercayaan mereka. Saya masih ingat lagi ketika kami pergi mandi di sebatang sungai di atas bukit. Mereka akan melakukan proses ‘packing’. Sekali salah seorang tokan tu buka bungkusan ganjanya, selonggok besar! Seandainya kena serbu waktu itu dengan pihak berkuasa, silap-silap dengan saya sendiri kalau tidak ke tali gantung, ke penjara.
Ingat lagi zaman Black Metal? Zaman itu tidak menjadi kesukaran kepada saya untuk menyusup ke dalam kelompok ini kerana lebih kurang 20 tahun dulu saya sendiri masih di alam ‘jahiliyyah’ bermain gitar untuk sebuah kumpulan, tapi kumpulan ‘glam rock’ je la, bukan Black Metal. Dengan sedikit ubahsuaian pakaian, tingkah laku dan percakapan, saya pun dianggap sebagai salah seorang daripada mereka.
Saya dapat membaca majalah-majalah ‘underground’ mereka dan berbincang tentang upacara-upacara yang dilakukan. Saya turut menyertai mereka ‘jamming’ sesekali tetapi dengan posisi ‘bassist’, bukannya ‘lead guitar’ sebagaimana selalu.
Hasil penelitian saya tentang dunia Black Metal di sebelah utara tanah air ini (tempat-tempat lain saya tidak tahu), umumnya para pengikutnya lebih kepada muzik, gaya dan penampilan. Dunianya tidak sama dengan dunia Black Metal di Barat yang banyak mengamalkan pemujaan, penyembahan syaitan, kemaksiatan, benda-benda najis, amalan-amalan pelik dan lain-lain.
Seorang sahabat saya berkesempatan melakukan tugas-tugas ‘underground’ untuk menyiasat sebuah kumpulan ajaran sesat terkenal iaitu ajaran Ayah Pin. Cuma kehadirannya disangsikan oleh beberapa orang pengikut ajaran itu.
Saya sendiri pernah menyusup ke dalam sebuah kumpulan ilmu keTuhanan yang dikatakan menggugurkan kewajipan solat fardhu. Kehadiran saya diterima baik kerana saya berlagak sangat kurang ilmu agama dan mengiyakan sahaja ajaran-ajaran mereka, tak pernah membantah.
Apa lagi ya?... Cukuplah kot buat masa ini. Begitulah sebahagian daripada kisah-kisah yang dapat dikongsi di sini : )
Untuk berjaya dalam bidang perisikan ini, kebolehan dalam banyak perkara sangat membantu. Antaranya :
1. Kemampuan mengingat.
2. Pengetahuan tentang enjin, mesin, elektrik, kenderaan dan seumpamanya.
3. Ilmu-ilmu agama Islam.
4. Ilmu perbandingan agama.
5. Kesenian seperti melukis, muzik, adat resam, lakonan dan lain-lain.
6. Ilmu beladiri dan jenis-jenisnya.
7. Mengetahui beberapa bahasa.
8. Kebolehan meniru loghat-loghat tempatan.
9. Ilmu teknologi terkini yang melibatkan perkomputeran.
10. Isu-isu semasa.
11. Kemahiran tentang maklumat seperti mengenalpasti, menggred, menilai, mentafsir, mengumpul, menyimpan, menyorokkan dan sebagainya.
12. Pengawalan emosi.
13. Kesihatan dan kecergasan diri.
14. Kemahiran menyesuaikan diri dengan suasana dan orang.
15. Kebolehan memasak.
16. Kemahiran menulis, membaca dan mengira.
17. Berpengetahuan dalam ilmu ikhtiar hidup atau ilmu kepengakapan.
18. Berpengetahuan dalam rawatan Islam, rawatan menggunakan bahan-bahan daripada alam sekeliling dan pertolongan cemas.
19. Kebolehan berenang, memandu, menunggang dan seumpamanya.
20. Bahasa isyarat dan kod.
21. Dan lain-lain.
Memang tidak ada individu yang ada pengetahuan kesemua bidang yang disenaraikan, tapi para pekerja perisikan berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak yang termampu. Sebab itu orang yang bergiat/pernah bergiat dalam lapangan ini BIASANYA berkebolehan dalam banyak perkara. Individu-induvidu baru yang dilatih sebagai bakal perisik juga biasanya dipilih dan ditarbiyyah daripada kalangan mereka yang berbakat dalam banyak bidang.
Dunia perisikan ini ibarat ais apung. Yang nampak hanya 1 bahagian sedangkan 9 ke 10 bahagian lagi berada di bawah permukaan laut. “More than meets the eye” kata orang planet Earth.
Kepada para pembaca, jangan lupa membaca tulisan-tulisan saya sebelum ini yang berkaitan seperti :
1. Jenis-jenis isteri pejuang http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/09/jenis-jenis-isteri-pejuang.html
2. Istiqamahlah Wahai Para Perisik Islam http://alexanderwathern.blogspot.com/2010/11/istiqamahlah-wahai-para-perisik-islam.html
3. Adab Berguru - Patuh dan Sabar http://alexanderwathern.blogspot.com/2010/04/adab-berguru-patuh-dan-sabar.html
4. Sedikit Tentang Protokol Zionis http://myalexanderwathern.blogspot.com/2009/06/sedikit-tentang-protokol-zionis.html
Abu Zulfiqar
9 November 2011
* Khabar-khabar angin mengatakan ketika penggambaran filem Hollywood di KLCC dan KL Tower, beberapa kru filem itu yang sebenarnya ahli perisikan Amerika Syarikat ada memasang beberapa alat tertentu di bangunan-bangunan tersebut. Nasib baik perisik-perisik kerajaan Malaysia berjaya mengesannya. Sejak itu penggambaran di lokasi-lokasi penting negara sudah tidak diluluskan. Sekadar khabar-khabar angin... waAllahua'lam.
http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/11/sebahagian-kenangan-kerja-kerja.html

Similar topics
» Sebahagian Kenangan Kerja-kerja Perisikan Dakwah
» Ada Ijazah tapi Tak Dapat Kerja?
» Kenangan - Memberock
» Benarkah Mereka Menghalang Dakwah?
» Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum