Pengalaman Belajar Agama
Page 1 of 1
Pengalaman Belajar Agama
PERSOALAN :
Salam Ustaz, kalau tak salah ana dulu ustaz ada post yang background belajaq agama ustaz macam ustaz Azhar Idrus, dia tu cuma belajaq cara talaqqi saja, Ustaz pulak camna? Ana teringin gak nak belajaq camtu, cuma saja nak mintak tips daripada ustaz.. syukran.
JAWAPAN :
Wlksm,
Berdasarkan cerita Ustaz Azhar Idrus dalam video itu, pada asalnya dia hanyalah orang biasa-biasa. Dia berpendidikan sekolah Inggeris dari kecil sampailah habis, bukannya dari sekolah beraliran agama. Belajar agama secara aktif baru pada tahun-tahun 90-an, ketika berusia 25 tahun. Pada tahun-tahun 80-an, dia masih ‘rockers’, menurut katanya.
Bagi Ustaz Azhar Idrus, hendak belajar agama ini di mana-mana pun boleh, asalkan jangan putus asa. Yang pentingnya keazaman. Jadi dia dan dua orang lagi rakannya mulai aktif menyusun kuliah dengan mengikuti pengajian-pengajian di masjid dan surau selama beberapa tahun. Kemudian dua orang temannya itu pergi belajar di sekolah pondok di Pattani.
Ustaz Azhar yang tinggal keseorangan mula berfikir cara-cara untuk mendapat ilmu agama tanpa dia perlu berhijrah ke mana-mana. Jadi di Kuala Terengganu itu dia mula menyusun tok guru mengikut bidang masing-masing. Setiap hari dia menghabiskan masa 5 jam untuk belajar ilmu-ilmu agama sahaja, selama 12 tahun. Sekalipun Ustaz Azhar berpendidikan Inggeris, tetapi kemudiannya pelajar-pelajar Malaysia lulusan Mesir sendiri datang meminta ilmu daripadanya.
Menurut Ustaz Azhar lagi, semua orang umumnya berkeupayaan untuk berilmu dalam agama sehingga ke tahap boleh mengajar, asalkan ada kesungguhan. Tapi jangan tersilap, dengan menyusun pengajian dari masjid ke masjid dan dari surau ke surau, usaha itu tidak akan berjaya. Ia mesti ada kesungguhan untuk belajar lebih daripada itu. Mana-mana orang yang berjaya tok guru dan ulama semuanya tidak hanya mengatur kuliah, tetapi mereka berusaha lebih daripada itu.
Tamat kisah pengalaman belajar Ustaz Azhar Idrus.
Pengalaman saya tidaklah sehebat pengalaman Ustaz Azhar Idrus, tetapi ada serba-sedikit persamaan.
Saya lahir dalam persekitaran yang ‘jauh dari agama’, dipelihara oleh opah seorang pula. Pada usia 6 tahun opah hantar saya berguru dengan 2 orang ustazah. Ustazah kedua hanya mengajar mengaji Quran. Ustazah pertama yang hebatnya. Dia mengajar mengaji, tauhid dan fiqh. Dalam usia sekecil itu ustazah pertama ini sudah mengajarkan Sifat 20 dan permasalahan darah-darah wanita kerana saya pun terima dengan laju kesemua ilmu yang diajarkannya. Memang laju pengajarannya kerana kebetulan saya ‘terang hati’ ketika itu. Sekejap sahaja saya sudah boleh membaca Al-Quran dan menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Tapi bermula usia 11 tahun, saya mulai ‘bengap hati’ dan hilang kecerdikan. Entah kenapa. Mata pun mulai kabur dan terpaksa memakai cermin mata. Kurang zat makanan agaknya : )
Bercakap tentang ‘terang hati’ ini, saya sudah mampu mengingat banyak perkara yang berlaku sejak usia saya satu tahun. Sampai sekarang semua itu masih jelas terbayang di fikiran. Hal ini sangat jarang berlaku kepada orang lain. Kemudian, saya tidak pernah ke sekolah tadika/prasekolah. Belajar menulis, membaca dan mengira bermula darjah satu. 5-6 bulan masuk darjah satu, saya sudah boleh membaca akhbar dengan baik. Memang orang sekeliling terkejut.
Berbalik kepada ustazah pertama tadi. Pemahaman saya terhadap ilmu-ilmu yang diperturunkannya ketika itu tidaklah maksimum, tetapi setelah dewasa dan kembali hendak berjinak-jinak dengan agama, dengan pantasnya ilmu-ilmu itu masuk kembali dan dapat difaham. Guru-guru agama di masjid surau cakap sedikit sahaja, saya sudah dapat faham lebih, kerana ilmu-ilmu itu sudah sedia ada dalam diri ketika kecil, cuma perlu dicungkil keluar semula. Tambahan pula saya jenis yang suka mengkaji ajaran guru-guru itu.
Kebanyakan orang pergi mendengar kuliah, tertawa, menangis dan sebagainya, tapi pulang ke rumah tidak buat apa-apa. Saya pula sebaliknya akan mencari bahan rujukan, menulis dan membuat nota ringkas tentang isi kuliah tadi. Dari situlah datangnya lebihan ilmu dan pemahaman. Jangan pergi kuliah angguk-angguk, pulang ke rumah, habis isi kuliah. Pengkuliah beri 10 perkara, sampai di rumah cuma dapat ingat 1-2 perkara. Tapi jika kita cari rujukan, buat nota dan menulis kembali, mungkin 6-7 perkara tersemat di hati.
Sejak usia 11 tahun, umumnya tidak ada lagi apa-apa ilmu agama yang masuk secara rasmi ke dalam diri. Hidup macam orang sekeliling sahajalah. Seperti Ustaz Azhar juga, saya tidak pernah masuk mana-mana sekolah beraliran agama. Sekolah agama sebelah petang pun tidak pernah. Keadaan ini berterusan sampailah keluarnya keputusan peperiksaan SPM.
Entah bagaimana ketika di Tingkatan 6, saya digerakkan Allah untuk mengambil kelas syariah. Di situ saya belajar fiqh, usul fiqh, hadith, mustalah hadith dan mantiq. Sekadar belajar untuk peperiksaan sahajalah, tidak minat pun untuk mendalaminya betul-betul. Tapi beberapa tahun kemudiannya ilmu-ilmu ini menjadi sangat berguna untuk saya, sampailah sekarang. Ustaz-ustaz sentuh sedikit sahaja, saya terus dapat tangkap dan boleh ‘explore’ sendiri kerana perkara-perkara itu memang sudah ada dalam diri. Terima kasih guru-guru saya.
Tamat persekolahan, saya juga melalui zaman ‘rockers’. Mulalah berusaha keras untuk menjadi artis berkumpulan, kononnya. Nasib baiklah Tuhan buatkan ia ‘tak menjadi’. Tiba-tiba saya terpaut dengan jemaah Tabligh. Dari sinilah asalnya perubahan hati.
Dari jemaah Tabligh, saya mula meneroka jemaah-jemaah lain. Saya giat mengikuti program pelbagai jemaah lain. Bukan sekadar mengikut, saya meneliti dan mengkaji, dan tentunya dengan permohonan petunjuk daripada Allah. Biasanya orang masuk jemaah-jemaah tertentu, dia terus ikut acuan jemaah dan tidak mengkaji-kaji lagi. Saya sebaliknya.
Daripada program dan tarbiyyah yang pelbagai inilah yang membentuk pengalaman, dan tentunya daripada penelitian yang dibuat. Bergaul rapat dengan jemaah-jemaah Islam membolehkan kita menemui guru-guru ataupun sekurang-kurangnya orang yang ada ilmu dalam pelbagai jurusan agama.
Sejak berusia 23/24 tahun (pertengahan tahun 90-an, lebih kurang macam Ustaz Azhar jugalah), umumnya saya mula menghabiskan masa 6 jam sehari untuk input ilmu-ilmu agama pada hari bekerja (maksudnya di luar waktu bekerja), dan 9 jam sehari pada hari cuti. Input yang dimaksudkan adalah dengan mengejar tok-tok guru dari masjid ke masjid, mendengar kaset atau CD, menonton VCD, membaca, bertukar-tukar fikiran, membuat nota dan seumpamanya, yang semuanya berkaitan dengan agama sahaja. Habis semua hobi dan aktiviti kegemaran saya buang. Sekiranya tidak ke mana-mana, paling kurangpun saya akan membaca buku-buku agama dan membuat nota, 6 jam sehari pada hari bekerja dan 9 jam sehari pada hari cuti. Saya memang mampu membaca lama. Kalau sebuah novel tu, sekali baca sahaja boleh habis. Cuma saya kurang minat baca novel-novel di pasaran.
Keadaan ini berterusan selama lebih kurang 9-10 tahun. Dalam 5-6 tahun terawal itu, saya usung terjemahan kitab Ihya’ ‘Ulumiddin ke mana-mana. Berjam-jam membaca dan membuat nota tentangnya. Apa yang saya tidak tahu, saya tanya kepada orang-orang yang tahu.
Mana-mana orang pun, sekiranya sanggup memperuntukkan masa sedemikian (6 jam pada hari bekerja/bersekolah dan 9 jam pada hari cuti) untuk ilmu-ilmu agama, dalam masa 10 tahun insyaallah sudah boleh mengajar sebahagian daripada ilmu-ilmu agama itu dalam kuliah umum dengan agak baik, tanpa perlu pergi memondok, masuk universiti, ke Al-Azhar dan sebagainya. Masalahnya... sanggupkah mengorbankan masa 6 ke 9 jam sehari dan meninggalkan keseronokan dunia yang lain selama 10 tahun?
Sekarang usia kita sudah 40 tahun? Tak jadi masalah. Korbankan masa untuk ilmu-ilmu agama sebagaimana di atas, insyaallah ketika usia 50 tahun, kita sudah punyai ilmu yang mampu dikongsikan dengan baik kepada orang ramai. Yang penting, ada kesungguhan dan tidak berputus asa.
Sebenarnya saya baru mengajar secara umum dan terbuka sekitar 4-5 tahun lepas. Masih sangat baru. Tidak layak untuk dibandingkan dengan penceramah-penceramah yang sudah belasan atau puluhan tahun mengajar. Sebelum itu saya hanya menyampaikan ilmu dalam program-program jemaah dan usrah-usrah di bawah kelolaan saya. Maksudnya, selepas mencari ilmu dalam masa lebih kurang 15 tahun, barulah saya ada memberikan kuliah umum di masjid/surau.
Bak kata Ustaz Azhar Idrus, kalau kita sekadar mengatur kuliah dan tok guru, angguk-angguk mendengar pengajian... tak sampai kita ke tahap yang mampu mengajar orang dengan baik dalam kuliah terbuka.
Tapi biasalah... macam yang Ustaz Azhar Idrus kena juga, segelintir lulusan aliran agama akan ‘perjatuh habis’ yang bukan lulusan aliran agama, lebih-lebih lagi jika yang bukan lulusan aliran agama ini ‘lebih’ daripada mereka. Apa nak dikatakan... mereka memandang ilmu dan pemahaman agama itu terletak pada kertas bercop (sijil, ijazah, master, PHD, thanawi dan lain-lain), bangunan (universiti, pondok, pesantren, kolej, madrasah dan lain-lain), gelaran (ustaz, ustazah, syeikh, maulana dan lain-lain) dan lain-lain. Sepatutnya merekalah yang lebih lagi menjadi pendorong. Entah mengapa sikap mazmumah mereka membuatkan mereka berasa ‘terpukul’ apabila yang bukan lulusan aliran agama ‘lebih’ daripada mereka. Manusia jenis inilah yang lebih utama untuk datang mengikuti kuliah Ihya’ ‘Ulumiddin, untuk diperbetul hati mereka. Kasi buang semua minyak hitam (kereta/motosikal) yang lama, ganti dengan minyak hitam yang baru, Barulah hati jadi jernih : )
Kepada anda yang mahu mengikut jalan sebegini, bersedialah untuk berhadapan dengan SEGELINTIR lulusan aliran agama yang disebutkan di atas tadi suatu hari nanti, terutamanya ketika ilmu dan dakwah anda mula bertunas.
Untuk menjadi ustaz seperti Ustaz Azhar Idrus, anda bolehlah mencontohi pengalamannya sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi. Di samping itu cari juga maklumat tentang “orang-orang yang berubah” sehingga mampu mengajar seperti Ustaz Radzi (kumpulan Melissa) dan Ustaz Akhil Hayy (kumpulan D’Riyadh). Pengalaman mereka menimba ilmu boleh kita jadikan panduan. Tapi jika anda sekadar mahu jadi ustaz kampungan macam saya, antara tipsnya :
1. Mesti banyak berdoa, meminta daripada Tuhan agar dijadikan-Nya seorang yang berpengetahuan dalam agama.
2. Ketika belajar, kuatkan keyakinan bahawa pada hakikatnya ilmu dan pemahaman diberi oleh Tuhan, bukannya guru yang mengajar, kitab yang dibaca ataupun jemaah yang dianggotai. Tetapi jangan pula sampai tidak berguru, tidak berkitab dan tidak bercampur-gaul dengan orang pula.
3. Mesti banyak membaca. Kena luangkan sekurang-kurangnya 1 jam sehari untuk membaca bahan-bahan agama sahaja. Jika dapat 2-3 jam lagi baik. Baca dan buat nota.
4. Setiap satu bulan, sekurang-kurangnya beli sebuah buku/kitab agama sekalipun nipis dan murah. Cukup setahun, sudah ada 12 buah. 5-6 tahun? Kan banyak tu? Koleksi ini akan jadi rujukan yang sangat berguna buat kita. Kena buat satu rak khusus sekalipun kecil sebagai perpustakaan mini, untuk buku/kitab agama sahaja.
5. Kena rajin ke kuliah-kuliah agama. Dapat seminggu dua kali sudah sangat cantik. Maksudnya, kena susun tok guru jugalah di masjid-masjid dan surau-surau.
6. Apa yang didengar dalam kuliah tadi, di rumah buat ulangkaji. Cuba cari rujukan-rujukan lain tentang isi kuliah tadi.
7. Kena rajin buat nota, juga rajin menulis. Buatlah satu blog di internet, untuk persembahkan semula pemahaman anda tentang nota yang dibuat tadi. Tulislah artikel tentang agama sekurang-kurangnya satu artikel seminggu, sekalipun sekadar 2-3 perenggan.
8. Kena rajin mengikuti program pelbagai jemaah. Dari sini pemahaman kita tentang agama akan lebih luas bersifat sejagat.
Ada satu perkara lagi yang saya rasa perlu ditekankan. Untuk memasukkan ilmu ke dalam diri sehingga ke tahap boleh memindahkan ilmu itu dalam bentuk kuliah kepada orang lain suatu hari nanti, kita kenalah kurangkan mendengar ceramah popular, tapi lebihkan mendengar kuliah bersiri (ringkas cakap... mengaji kitab), baik secara langsung ataupun melalui media.
Bukan bermaksud ceramah popular tidak bagus, ia memang bagus. Cuma ceramah popular lebih kepada untuk memotivasikan kita supaya lebih jatuh hati dengan agama. Objektif utama ceramah popular ialah untuk membina rasa suka kepada agama dan ilmu-ilmunya, juga untuk mengekal dan memantapkan rasa suka itu dalam diri mereka yang memang sedia suka kepada agama dan ilmu-ilmunya. Namun untuk mendapatkan lebih ilmu dan pemahaman agama berbanding orang biasa-biasa, kita mestilah mendengar kuliah bersiri pula.
Ceramah popular memang sedap kita dengar tetapi pengisian ilmu dan pemahamannya kurang. Dengar 10 perkara, yang melekat di jiwa mungkin 1-2 ilmu sahaja. Tapi kalau ikuti pengajian bersiri, dengar 10 mungkin boleh melekat 6-7 perkara. Apabila hati kita sudah termotivasi untuk mendengar ceramah-ceramah agama, sepatutnya kita ambil langkah menyulamnya dengan kuliah-kuliah berkitab pula.
Ustaz Azhar Idrus ‘diserang’ oleh pihak yang iri hati kepadanya dengan dakwaan kuliah dan ceramahnya tidak mengemukakan huraian, sekadar beri hukum itu ini tanpa menyertakan sandaran dan perbahasannya. Mudah sahaja jawabnya, dia mengajar fardhu ‘ain kepada orang awam, bukannya dia membuka kuliah usul fiqh. Objektif utamanya ialah untuk menarik orang ramai agar suka dengan agama dan ilmu-ilmunya. Apabila mereka sudah ada rasa suka, dengan sendirinya selepas itu mereka akan pergi mencari kuliah-kuliah yang lebih mendalam huraian dan bahasannya. Begitulah cara Ustaz Azhar dan ternyata dia berjaya.
Setelah kita memahami hal ini, jika kita hendak memaham dan berilmu sehingga ke peringkat mampu mengajar dengan baik, kita kenalah menyulam ceramah/kuliah popular dengan kuliah-kuliah bersiri pula. Sekadar mendengar ceramah popular tapi berangan-angan hendak menjadi pengajar, memanglah tidak dapat mencapainya. Pergilah ke kuliah-kuliah bersiri, atau dengar/download kuliah-kuliah bersiri di internet. Contohnya fail MP3 kuliah bersiri kitab Munyatul Musolli oleh Dr. Haron Din. Memang bagus jika didengar dan diulang-ulang. Banyak manfaatnya.
Pada awal tahun-tahun 90-an, saya juga cukup suka dengan ceramah popular. Zaman itu zaman kaset pasar malam. Fikiran tak berat, pahala dapat, riadah minda pun dapat. Tapi ada satu siri kaset kuliah Tuan Guru Dato’ Nik Aziz tentang sembahyang. Saya sempat membeli beberapa siri walaupun kurang minat kerana kurang gelak ketawa, isu-isu sensasi, kurang menarik telinga anak-anak muda... Memanglah isi kandungan pengajian sebegitu tidak membuatkan mata kita terbeliak terang, tapi beberapa tahun kemudian saya mula menyedari bahawa siri solat itulah yang paling banyak mengekalkan ilmu dan meningkatkan diri saya, sedangkan kaset-kaset ceramah popular yang sering saya ulang dengar itu tidak sebanyak mana pun membantu. Kebanyakannya hilang dari ingatan begitu sahaja.
Hendak cepat pandai dalam hal ehwal agama, dengar ceramah popular, dengar kuliah bersiri. Tapi, kurangkan ceramah popular, lebihkan kuliah bersiri. Bagi mereka yang tidak bercadang untuk menjadi pengajar, sekadar untuk kegunaan dan motivasi diri, tidak mengapalah jika melebihkan ceramah popular. Pernah kita temui seorang yang HANYA mendengar ceramah-ceramah popular lalu dia menjadi seorang pengajar? Tak mustahil kalau Allah hendka jadikan, tetapi setakat ini saya belum pernah ketemu orang yang sebegitu.
Tentang ilmu perbandingan agama, pada awalnya saya aktif berdialog dan ada juga berdebat di internet dengan penganut agama Kristian Katholik, Kristian Protestan, Kristian Unitari, Hindu, Buddha, ajaran-ajaran sesat yang kebanyakannya dari Indonesia. Juga secara bersemuka dengan beberapa orang dari Malaysia. Bertahun-tahun lamanya.
Begitulah antara tips yang sempat saya kongsikan dalam tulisan ini.
WaAllahua’lam.
*Antara lain ialah diusrah dan mengusrah 3 kali seminggu suatu ketika dahulu. Juga pengalaman menuntut ilmu rawatan Islam dan menjadi perawat. Semua ini sangat banyak membantu.
http://alexanderwathern.blogspot.com/2012/03/pengalaman-belajar-agama.html

Similar topics
» Pengalaman Meruqyah
» Pengalaman Hampir Kerasukan
» Pengalaman Menarik Ibnu Battutah di China
» Pengalaman - Dari Tazkirah ke Kuliah dan Ceramah
» Agama dan Dewa Hindu

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum