Kaitan Gitar dengan Warak
Page 1 of 1
Kaitan Gitar dengan Warak
PANDANGAN SEORANG HAMBA ALLAH :
“Ulama berbeza pendapat mengenai alat muzik bertali: ada yang mengharamkan dan sebaliknya. Sebagai seorang daie sepatutnya mengambil sikap wara’, iaitu meninggalkan perkara yang diragukan dan melakukan yang tidak ada keraguan. Jadi yang paling baik ialah ia tidak bermain muzik untuk berdakwah. Kerana untuk berdakwah kepada seorang pemuzik, tidak semestinya pendakwah juga perlu bermain muzik. Sebagaimana untuk berdakwah kepada pemain bola, pendakwah tidak semestinya bermain bola. Tanpa perkara2 tersebut dakwah masih boleh dijalankan. Ditambah pula bermain muzik (contohnya gitar) adalah syiar orang-orang fasiq zaman sekarang, maka kelihatan tidak manis seorang yang mamakai kopiah dan serban atau perempuan bertudung bermain alat muzik.”
ULASAN KITA :
PERTAMA – “Ulama berbeza pendapat mengenai alat muzik bertali: ada yang mengharamkan dan sebaliknya.”
Ulasan : Apabila ulama berbeza pandangan dan masing-masing pihak punyai ramai tokoh, maka ringkas kata hal itu sudah jadi hal khilaf. Apabila sudah jadi hal khilaf, maka sudah semestinyalah kita beradab dengan adab para ulama juga dalam berhadapan dengan hal-hal khilaf, iaitu saling meraikan pandangan. Yang bersetuju, teruskan bersetuju. Yang tidak bersetuju, teruskan tidak bersetuju. Jangan pula diri kita yang menjadi pencetus kepada perbalahan ataupun penerus perbalahan dalam hal ini kerana sudah begitu banyak perbalahan lain dalam kalangan umat Islam.
Kita sering menuding jari ke arah pihak-pihak yang menolak daripada berlapang dada dalam hal-hal khilaf terutamanya kaum yang berfahaman Salafi Wahhabi, tapi adakah kita sendiri boleh berlapang dada dalam hal-hal yang ulama berkhilaf di dalamnya? Ataupun sikap kita rupa-rupanya lebih kurang sama juga dengan sikap kaum-kaum yang menolak khilaf itu? Saya lihat, ada juga ilmuwan agama dalam kalangan ASWJ arus perdana sendiri yang tidak boleh berlapang dada dalam hal-hal khilaf. Dia menghentam kaum-kaum yang menolak khilaf sebegitu hebat, rupa-rupanya diri sendiri tidak boleh menerima khilaf. Cuba kita nilai semula orang-orang sebegini, sekalipun dia dikenali sebagai ulama, syeikh, maulana atau sebagainya. Bagaikan si ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan lurus, padahal dia sendiri berjalan mengereng.
KEDUA – “Sebagai seorang daie sepatutnya mengambil sikap wara’, iaitu meninggalkan perkara yang diragukan dan melakukan yang tidak ada keraguan. “
Ulasan : Apakah apabila para ulama itu menerima penggunaan alat-alat muzik maka boleh kita katakan mereka sebagai TIDAK WARAK? Sudah tentu tidak boleh kerana mereka tetap warak. Dalam isu khilaf sebegini, kita tidak boleh mengatakan pihak yang melakukannya sebagai TIDAK WARAK.
Contoh : Ada pihak yang menolak lafaz niat sebelum solat. Apakah ulama-ulama yang menerima dan melakukan perbuatan itu (iaitu melafazkan lafaz niat) dan para pengikut mereka boleh kita kata TIDAK WARAK? Imam Syafi’i, para ulama Mazhab Syafi’I dan umat Islam bermazhab Syafi’I yang menerima lafaz niat, beranikah kita mengecop mereka sebagai TIDAK WARAK?
Sebenarnya di sini istilah WARAK sudah disalahgunakan. Istilah warak bukan untuk hal-hal khilaf, tetapi dalam hal-hal yang kita tidak tahu kedudukannya. Contoh, ada sebatang pokok pisang di dalam belukar di belakang rumah seseorang. Kita hendak ambil dan makan buahnya, sedangkan kita tidak tahu apakah pokok itu ditanamnya ataupun tumbuh sendiri, dan adakah pokok itu berada dalam kawasan tanahnya ataupun tanah milik kerajaan. Orang yang warak, dia ambil keputusan agar tidak memakannya. Di sinilah istilah WARAK sesuai digunakan.
Dalam isu khilaf seperti lafaz niat solat fardhu, kita tak boleh kata orang yang tak lafaz itu WARAK dan yang lafaz tidak warak. Kita juga tidak boleh kata orang yang lafaz itu warak dan yang tidak lafaz itu tidak warak. Maka kita kena faham, bahawa penentuan warak tak warak atau lebih warak kurang warak bukan berada dalam medan isu-isu khilaf, ia berada di medan isu-isu yang tidak diketahui atau kurang pasti. Mana boleh kita mudah-mudah mengatakan orang yang menerima penggunaan alat-alat muzik sebagai TIDAK WARAK atau KURANG WARAK.
KETIGA – “Sebagai seorang daie sepatutnya mengambil sikap wara’, iaitu meninggalkan perkara yang diragukan dan melakukan yang tidak ada keraguan.”
Ulasan : Ketika para ulama itu menerima penggunaan alat-alat muzik, apakah mereka ragu-ragu ataupun mereka yakin dengan keputusan mereka? Contohnya, apabila Imam Al-Ghazali membenarkannya dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, pada bahagian mana yang menunjukkan keputusannya itu dalam keragu-raguan?
Carilah, tidak ada. Para ulama yang membenarkan, mereka buat keputusan tanpa ragu. Maka kita tak boleh meletakkan keputusan kita sendiri sahaja dalam hal ini sehingga melewati para ulama. Mereka tidak ragu-ragu, maka hal ini bagi pihak yang membenarkan, ia tidak termasuk perkara yang ragu-ragu. Bagi pihak yang menolak, mereka juga tidAK ragu-ragu dalam mengambil sikap atau keputusan.
Sebenarnya dalam hal ini umat Islam terdiri daripada beberapa golongan, bukannya dua :
1. Yang yakin ia dibenarkan dan memandangnya sebagai harus .
2. Yang yakin ia tidak dibenarkan dan memandangnya sebagai haram.
3. Yang yakin ia dibenarkan tetapi dipandangnya makruh.
4. Yang ragu-ragu sama ada ia dibenarkan ataupun tidak.
Bagi golongan 1 dan 2 serta 3, persoalan alatan muzik ini bukan perkara ragu-ragu lagi, tidak ada keraguan pada mereka dalam berpegang dengan keputusan mereka. Yang ragu-ragu hanya golongan ketiga (*pembetulan – keempat). Jadi kata-kata : “Sebagai seorang daie sepatutnya mengambil sikap wara’, iaitu meninggalkan perkara yang diragukan dan melakukan yang tidak ada keraguan” itu hanya sesuai untuk golongan 3 (*pembetulan – 4). Kita tak boleh kata golongan 1 dan 2 dan 3 dalam keraguan, kerana mereka berhukum dengan pasti.
KEEMPAT – “Jadi yang paling baik ialah ia tidak bermain muzik untuk berdakwah. Kerana untuk berdakwah kepada seorang pemuzik tidak semestinya pendakwah juga perlu bermain muzik. Sebagaimana untuk berdakwah kepada pemain bola pendakwah tidak semestinya bermain bola. Tanpa perkara2 tersebut dakwah masih boleh dijalankan.”
Ulasan : Mengambil muzik sebagai salah satu daripada elemen dakwah tidak pernah kita hadkan untuk berdakwah kepada pemuzik sahaja, tetapi untuk seluruh umat manusia dan jin yang rata-ratanya bukan pemuzik pun.
Memanglah, jika semua umat Islam tidak bersuara pun, dakwah tetap boleh dijalankan iaitu melalui tulisan. Jika semua pondok tradisional dimansuhkan di muka bumi ini, dakwah tetap berjalan. Jika tidak ada rakaman kuliah agama melalui televisyen, radio, CD, VCD, pita rakaman dan lain-lain pun, dakwah berjalan juga. Tapi, adakah kerana tanpa semua itu dakwah tetap berjalan, maka kita mesti menolak penggunaan semua itu dalam dakwah?
Dakwah Islam ialah dakwah yang bijak. Apa sahaja yang bermanfaat, akan dimanfaatkan untuk dakwah. Kita tidak akan saja-saja meninggalkan mana-mana bahagian yang punya potensi tersendiri sebagai medium dakwah, sekalipun kecil peranannya pada pandangan mata kasar kita.
KELIMA – “Ditambah pula bermain muzik (contohnya gitar) adalah syiar orang-orang fasiq zaman sekarang, maka kelihatan tidak manis seorang yang memakai kopiah dan serban atau perempuan bertudung bermain alat muzik.”
Ulasan : Sefaham saya, sudah lama gitar tidak menjadi syiar kepada orang-orang kerana ia sudah lama menjadi alat muzik global. Orang fasiq pun banyak main, orang tak fasiq pun banyak main. Layakkah kita mengatakan Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar, Muawiyah, Amru Al-Ass, Imam Al-Ghazali dan lain-lain (yang mengharuskan penggunaan gitar) menerima syiar orang-orang fasiq? (1)
Abu Zulfiqar
26 September 2012
(1) Himpunan para sahabat dan ulama yang mengharuskan penggunaan alat muzik bertali boleh diselidik dalam artikel saya di http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani.html , http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani_06.html , http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani_2649.html dan http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani_6189.html . Sesiapa yang termasuk ke dalam golongan manusia yang tidak boleh menerima khilaf, tidak perlulah membacanya kerana hanya akan membuang masa. Para ASWJ arus perdana yang memang faham akan adab-adab khilaf dalam agama, sangat dijemput untuk membaca dan meneliti.
http://alexanderwathern.blogspot.com/2012/09/kaitan-gitar-dengan-warak.html

Similar topics
» Dialogku dengan Jin
» Perbezaan Kristian dengan Islam
» Isra' dan Mi'raaj dengan Ruh dan Jasad
» Tidur dan Hubungannya dengan Kematian
» Berinteraksi dengan Bulan Kelahiran

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum