MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sesuatu yang Melompat dari Bintang ke Bintang

Go down

Sesuatu yang Melompat dari Bintang ke Bintang Empty Sesuatu yang Melompat dari Bintang ke Bintang

Post  Admin Sun Dec 09, 2012 4:18 pm

Pengalaman yang saya ingin kongsikan kali ini berlaku kira-kira 20 tahun lepas, iaitu sekitar awal 90-an. Ketika itu saya masih di alam ‘jahiliyyah’. Setiap malam melepak di tepi-tepi jalan sambil bermain gitar, melalakkan lagu-lagu rock kapak dan pulang sekitar pukul 3 pagi . Begitulah rutin alam remaja saya.

Pada suatu malam, saya dan dua orang rakan lagi lepak-lepak di taman permainan. Oleh kerana gitar ada satu sahaja, kami bertukar-tukar giliranlah memetiknya. Pemandangan langit pada malam itu memang indah kerana dihiasi bintang-bintang yang cantik menawan lagi jelas kelihatan.

Ketika saya mengeluarkan irama sumbang dari tali dan lubang gitar kapok itu, sahabat saya bernama Akam berbaring di papan gelungsur. Sambil-sambil itu entah macam mana kami tersembang tentang bintang-bintang. Saya sudah lupa identiti seorang lagi sahabat kami pada malam itu.

Tiba-tiba Akam bangun duduk dan mengatakan yang dia ternampak ada satu benda seperti bola api ‘melompat’ dari satu bintang ke satu bintang lagi dengan sangat laju. Dia begitu bersungguh-sungguh menceritakannya tetapi saya nafikan. Mustahil boleh terjadi sedemikian kerana bintang-bintang terletak sangat jauh dari bumi. Jarak antara bintang-bintang itu pun sangat jauh. Begitulah pengetahuan yang saya ada ketika itu. Oleh itu mana mungkin ada sesuatu yang dapat bergerak dari sebuah bintang ke sebuah bintang dalam masa satu saat. Kemudiannya saya mendapat tahu pula yang cahaya daripada matahari ke bumi pun dikatakan mengambil masa 8 saat. Tambahan lagi, jika benar ada sebiji bola api dari bintang ke bintang yang dapat kita lihat dengan mata kasar, tentunya bola api itu lebih besar daripada bumi dan lebih laju daripada cahaya. Akam pun mendiamkan diri.

Tidak lama kemudian saya serahkan gitar tong itu ke tangan Akam. Giliran saya pula berehat. Akam pun mula menghidangkan skil-skilnya manakala saya mengambil posisinya berbaring di atas papan gelungsur. Mata saya melihat ke langit, menyaksikan keindahan alam semesta ciptaan Tuhan.

Dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba saya ternampak sesuatu seperti bintang berekor yang ‘melompat’ dari satu bintang ke bintang di sebelahnya. Begitu laju pergerakannya, tidak sampai satu saat pun. Saya hampir-hampir tidak dapat mempercayai mata saya sendiri. Saya bingkas bangun lalu berkata : “Woi, Akam! Memang betoi la, aku nampak ada bola api lompat dari satu bintang ke satu bintang!” Akam pun apa lagi, serta-merta menyokong cerita saya itu yangs ecara tidak langsung ‘membalas’ saya : “Tu laaa, aku cakap tadi hampa tak percaya!”

Perkara yang kami nampak itu memang benar-benar berlaku. Orang-orang yang mendengar atau membaca cerita ini, saya yakin 99.99999999... % akan menolaknya, sebagaimana saya juga yang 100% menolak cerita Akam pada mulanya kerana menyangka dia mengada-adakan cerita.

Sehingga ke hari ini, saya masih tertanya-tanya sendirian, apa bendanya yang kami nampak pada malam itu? Dari segi sains, saya yakin sehingga kini tidak ada penjelasan tentang hal tersebut, malah memustahilkannya. Saya juga belum pernah mendapat tahu seandainya ada mana-mana orang yang pernah menyaksikan hal yang kami saksikan.

Saya pernah tanyakan kisah ini kepada Akam, malangnya Akam sudah tidak ingat tentangnya. Jadi, tidaklah dapat saya mencari kesahan cerita ini melainkan diri saya seorang. Yang pasti, saya benar-benar melihatnya. WaAllahua’lam.

Anda ada penjelasannya?......

Abu Zulfiqar

9 November 2011

*Kini Akam menjual burger di Stese Bas Kamunting. Perniagaannya laris. Sudah berbelas tahun dia berniaga di situ. Hanya gerai dia sahaja yang ada betul-betul di stesen bas itu. Jika anda ke situ, hampir-hampir pasti dapat menemuinya. Sesekali saya pergi berborak dengannya. Kebetulan dulu dia bertindak sebagai bassist dalam band kami, yang saya sendiri bermain lead.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/11/sesuatu-yang-melompat-dari-bintang-ke.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum