MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bumi di atas Tanduk Lembu?

Go down

Bumi di atas Tanduk Lembu? Empty Bumi di atas Tanduk Lembu?

Post  Admin Sun Dec 09, 2012 5:21 pm

Seorang ustaz terkenal berkuliah dan bersoal jawab dengan hadirin dalam satu siaran televisyen. Saya pernah mengikuti kuliah ustaz ini beberapa kali ketika masih menuntut di kolej dulu. Dia akan datang berkuliah pada setiap malam Jumaat. Memang menarik penyampaiannya. Ustaz ini juga seorang doktor dan ada klinik sendiri. Saya pernah mendapatkan rawatan di kliniknya, dan cara dia berinteraksi dengan pesakit memang gred A. Melihat dirinya dan mendengar cakapnya, membuatkan hati kita berasa sejuk. Kuliah dan bukunya sering mendapat sambutan kerana dia berpengetahuan luas dalam beberapa bidang.

Perkara yang ingin saya sentuh di sini ialah antara isi kandungan kuliahnya dalam siaran televisyen itu. Dia menolak sama sekali cerita bumi kita ini di atas tanduk lembu sebagaimana yang didapati dalam kitab tafsir. Hmmm…. bagaimana kalau saya katakan yang saya akan pertahankan pegangan para ulama terdahulu bahawa bumi kita ini memang di atas tanduk lembu?

…………………………………………….???

Sebenarnya perkara ini ada penjelasannya jika kita merenung lebih dalam, memandang lebih jauh atau paling mudah bertanya kepada yang tahu kalaupun tidak dapat atau tidak mahu bertanya kepada yang ahli. Saya pernah bentangkan serba-sedikit akan hal ini dalam salah satu kuliah saya di sebuah surau beberapa tahun lepas.

Bersedia untuk mengembara bersama-sama saya? Saya bukan orang yang ahli dalam hal ini, tetapi saya ada sedikit pengetahuan tentangnya.
Kita mulakan.

LANGKAH PERTAMA :
Kita pilih salah satu cerita berkaitan sebagai contoh. Antara yang popular ialah : “Bumi kita di atas tanduk lembu, dan lembu di atas ikan. Apabila lembu menggerakkan kepalanya/tanduknya, maka berlakulah gempa ke atas bumi.”

LANGKAH KEDUA :
Kita ambil satu contoh. Saya mengatakan bahawa : “Kuala Lumpur di atas jantung pisang, dan jantung pisang di atas semut besar. Sekiranya semut besar itu berjalan pergi, bergoyanglah jantung pisang. Apabila bergoyang jantung pisang, maka bergoyanglah Kuala Lumpur. Berlakulah ribuat taufan di Kuala Lumpur.”

Bagaimana? Percaya atau tidak? Menolak mentah-mentah, ataupun mahu mengkaji, ataupun mahu bertanya kepada yang ahli terlebih dahulu? Katakanlah kalimah-kalimah di atas tadi berada dalam sebuah kitab tafsir Al-Quran, apakah kita mesti terus menolaknya tanpa kaji-kaji lagi?

Orang yang tidak mahu berfikir lebih jauh tentu akan terus mengatakan semua itu karut. Mana mungkin Kuala Lumpur berada di atas sebiji jantung pisang, dan jantung pisang itu pula berada di atas seekor semut besar. Kemudian, apabila semut besar itu berjalan, jantung pisang akan turut bergoyang. Apabila jantung pisang di atas badan semut itu bergoyang, maka bergoyanglah Kuala Lumpur. Karut komedia belaka!

Baiklah, saya kisahkan rahsianya di sini. Saya sebutkan rahsia kerana ia menjadi rahsia kepada kebanyakan orang hari ini. Tapi bagi orang-orang zaman silam, ramai yang biasa-biasa sahaja kalimah-kalimah sebegini.

Bacalah Hikayat Merong Mahawangsa. Orang yang tidak mahu berfikir panjang tentu menyangkakan wujudnya burung garuda, helang dan jentayu yang saling boleh berkata-kata sesama sendiri dan dengan manusia, malah terlibat dalam pertarungan dengan manusia. Sebahagian lagi menolak terus lalu mendakwa ia sebagai mitos, dongeng, lagenda dan lain-lain. Padahal bagi orang yang ahli atau yang mengkaji, haiwan-haiwan itu bukan yang sebenarnya, tetapi ia melambangkan kumpulan manusia berupa angkatan tentera atau kerajaan. Hari ini sudah ramai yang boleh menerimanya, kerana mereka sudah mulai faham. Begitu jugalah nasibnya dengan contoh yang saya bawa, dan kisah benar tentang bumi kita ini di atas tanduk lembu.

Apabila saya mengatakan Kuala Lumpur di atas jantung pisang, maksudnya bumi Kuala Lumpur itu bergantung kepada bumi Semenanjung Tanah Melayu, yang bentuknya macam jantung pisang. Jika berlaku sesuatu kepada bumi Semenanjung Tanah Melayu, bumi Kuala Lumpur juga akan terpengaruh. Betul kan?

Apabila saya mengatakan jantung pisang itu di atas semut besar, maksudnya bumi Semenanjung Tanah Melayu ini bergantung kepada bumi Sumatera, yang asal namanya ‘semudra’ yang bermaksud ‘semut besar’. Apa yang berlaku kepada pulau Sumatera, akan mempengaruhi bumi Semenanjung Tanah Melayu. Betul kan?

Sekiranya semut besar itu bergerak pergi (pulau Sumatera tidak berada di lokasinya hari ini), maka jantung pisang akan bergoyang (Semenanjung Tanah Melayu akan menerima angin monsun barat daya secara terus tanpa penghadang). Apabila jantung pisang (Semenanjung) terdedah kepada angin kuat dari barat daya, Kuala Lumpur akan selalu hujan ribut malah taufan. Betul kan?

Baik, sekarang anda boleh terima atau tidak jika saya mengatakan : “Kuala Lumpur di atas jantung pisang, dan jantung pisang pula di atas semut besar. Sekiranya semut besar itu berjalan pergi, bergoyanglah jantung pisang. Apabila bergoyang jantung pisang, maka bergoyanglah Kuala Lumpur.”

Saya yakin, kalau awalnya tadi 90% menolak, 9%mengambil sikap berhati-hati dan hanya 1% yang percaya, kini 90% sudah percaya. Mereka tidak lagi mengatakan ini kisah Israiliyyat, dongeng, mitos, legenda dan sebagainya. Begitulah halnya dengan nukilan ulama mengatakan bumi ini di atas tanduk lembu, dan lembu itu pula di atas ikan.

*bersambung lagi... akan diupdate insyaAllah.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/08/bumi-di-atas-tanduk-lembu.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum