Bilakah Lagu "Negaraku" Dicipta?

View previous topic View next topic Go down

Bilakah Lagu "Negaraku" Dicipta?

Post  Admin on Sun Dec 09, 2012 2:23 pm

Lagu Negaraku mempunyai riwayat yang panjang. Menurut Y.A.M Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah, lagu itu mula-mula didengar di Mahe dalam Pulau Seucjelles, di mana ayahanda baginda, Sultan Abdullah, Perak tinggal sebagai orang buangan.

Lagu itu sering dimainkan oleh pasukan pancaragam Perancis untuk memberi hiburan kepada orang ramai pada tia-tiap hari Selasa. Perkara ini berlaku lebih kurang dalam tahun 1892.

Raja Chulan, saudara lelaki kepada Y.A.M Raja Aminah pernah mendengar lagu itu sewaktu melawat Pulau Seychelles. Baginda sangat menggemarinya serta mempelajari sendiri lagu itu dan memainkannya dengan biola.

Dalam tahun 1895, Sultan Abdullah telah dibenarkan meninggalkan Pulau Seychelles dan pergi ke Singapura. Beberapa tahun sebelum itu, lagu itu telah dipilih menjadi lagu Lagu Kebangsaan bagi Sultan Perak, iaitu dalam tahun 1888.

Pada waktu itu, Sultan Idris, Perak telah dijemput oleh Queen Victoria melawat London. Baginda telah diiringi oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak dan juga anakanda baginda, Raja Mansur.

Apabila sampai di Southampton, seorang wakil Kerajaan British telah menemui Raja Mansur untuk emndapatkan Lagu Kebnagsaan bagi Negeri Perak. Baginda lalu memebrikan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan bagi Perak walaupun sebenarnya pada waktu itu Perak tidak mempunyai Lagu Kebangsaan. Mulai hari itu, negeri Perak telah menetapkan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Perak.

Lebih kurang dalam masa lawatan Sultan Idris da Raja Mansur ke England, lagu itu telah dikenalkan kepada Wayang-Wayang Bangsawan Indonesia yang mengadakan pertunjukan di Singapura. Lagu itu telah dinamakan Stambul Satu dan bangsawannya pada masa itu ialah Bangsawan Indera Zanibar atau Wayang Kasim.

Lagu itu sangat digemari ramai sehingga dinyanyikan oleh bangsawan-bangsawan lain. Beberapa tahun kemudian, lagu itu dinamakan ‘Terang Bulan’. Raja Mansur telah beberapa kali mengakui bahawa lagu Negaraku sekarang adalah merupakan lagu yang pernah digemari ramai itu. Ia telah dinyatakan oleh anakanda baginda, Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur, cucu kepada Sultan Abdullah.

Kini Lagu Negaraku telah menjadi milik rakyat Malaysia dan ia berkumandang di mana-mana sahaja di dunia ini apabila nama negara kita muncul dan penghormatan di dalam pelbagai acara antarabangsa.

Sumber :

“Ketahuilah Anda” cetakan kedua 1996 (cetakan pertama 1989) terbitan Syarikat S. Abdul Majeed, Kuala Lumpur. Muka surat 53-54


*Saya tidak menambah apa-apa, sekadar menyalin semula maklumat yang tertera dalam buku tersebut.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/04/bilakah-lagu-negaraku-mula-dicipta.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

View user profile http://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum