MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dialog Islam-Kristian (Abu Zulfiqar vs NN)

Go down

Dialog Islam-Kristian (Abu Zulfiqar vs NN) Empty Dialog Islam-Kristian (Abu Zulfiqar vs NN)

Post  Admin Tue Dec 11, 2012 9:05 am

NN (Kristian- Indonesia):

Persoalan pokok dari semua ajaran agama adalah: APA YG DIAJARKAN OLEH AGAMA TERSEBUT.
Kebenaran didapat bukan dari kata2, tapi dari apa yg dilakukan. Jadi kalau anda ingin mencari kebenaran, lihatlah dari apa yg dihasilkan oleh ajaran yg anda anut tersebut.


ALEXANDERWATHERN (Muslim- Malaysia):

Anggapan tuan sangat jauh sesatnya tuan. Kata tuan: “kalau ingin mencari kebenaran, lihatlah apa yang dihasilkan oleh ajaran yang anda anut tersebut.” Di sini tuan mementingkan hasilnya, bukan asasnya. Telah berulang kali saya tegaskan, untuk menentukan agama mana yang benar, kita mestilah persoalkan perkara-perkara pokok dalam sesuatu agama itu, bukan cabang-cabangnya. Kalau cabang rosak, tetapi batang pohon masih elok, maka pokok itu bisa hidup lagi. Tapi kalau cabang elok, batang pohonnya rosak, maka pokok itu pasti akan mati jua.

Saya tahu, tuan mahu mengatakan yang umat Islam hari ini amat buruk, militan, ganas dan sebagainya. Tapi tuan sedarkah, itu adalah perbuatan umatnya, ia tidak menjejaskan sedikit pun ajaran sebenar agama Islam itu. Kesalahan itu terletak pada umatnya , bukan pada agamanya.
Sama halnya denga perlakuan kejam orang-orang Kristian di Afrika Selatan dengan dasar apartheidnya. Wajarkah kita menghukum agama Kristian itu sesat semata-mata kerana perbuatan Kristian Afrika Selatan itu? Kalau ikut kaedah saudara yang mementingkan ‘hasil’, maka ternyatalah agama Kristian itu sesat, kerana hasilnya adalah dasar apartheid di Afrika Selatan.

Namun bagi orang yang professional, kesalahan umat tidak menunjukkan kesalahan agama. Saya tidak akan menghujahkan Kristian agama sesat semata-mata kerana dasar umat Kristian di Afrika Selatan itu.

Saya ingin sekali tahu pendapat tuan tentang institusi persekolahan. Orang hantar anak-anak ke sekolah, kampus dan universiti untuk menjadi baik. Cuba lihat sekeliling kita, berapa banyak orang-orang jahat yang asalnya dulu pergi sekolah. Adakah ini menunjukkan sekolah itu sesat? Kalau ikut kaedah tuan… begitulah jawabnya. Oleh kerana sekolah melahirkan banyak orang-orang jahat, maka tidak perlulah kita menghantar anak-anak bersekolah… sebab sekolah-sekolah itu sesat. Telah terbukti hasilnya iaitu banyak yang jahat selepas keluar sekolah. Inikah pemikiran orang yang waras?

Sekarang telah terbukti sekolah membuahkan hasil ‘banyak orang jahat’. Adakah saudara pergi menuntut di sekolah yang tuan katakan sesat itu? Kalau ikut kaedah tuan , sudah tentu tuan tidak pergi sekolah.Adakah tuan hantar anak-anak buah tuan ke sekolah? Bukankah hasilnya sesat? Kalau ikut kaedah tuan, maka orang-orang Kristian seluruhnya janganlah hantar anak-anak ke sekolah lagi sebab ‘hasilnya’ banyak yang jahat.
Oleh itu, kalau masih mahu terus berforum mencari kebenaran, pergi saja kepada persoalan-persoalan pokoknya.

Kata al Kitab:
“Adapun pokok yang rosak maka ia akan menghasilkan buah yang rosak. Pokok yang baik tidak berupaya menghasilkan buah yang rosak, begitulah pokok yang rosak tidak berupaya menghasilkan buah yang baik.
(Matius 7: 19)

Seterusnya…

Bahagian seterusnya ini adalah untuk memuaskan hati tuan sahaja. Isinya tidak berkaitan dengan kata-kata saya di atas. Oleh kerana tuan mahu menilai ajaran Islam dengan ‘hasilnya’, maka saya akan tunjukkan apakah ‘hasil’ ajaran Kristian itu. Namun tuan-tuan ahli forum yang lain jangan salah anggap, saya masih mengatakan kesalahan umat itu tidak bisa menggambarkan kesalahan ajaran agamanya. Cuma ini untuk memuaskan hati tuan NN. Saya sebolehnya tidak mahu membuka pekung perbuatan umat Kristian ini, kerana ini bukan caranya mencarai kebenaran…tapi, ia lahir atas desakan tuan NN.

Umat Islam Arab telah lama berdagang dari Asia hingga ke negeri China sebelum orang-orang Kristian Eropah. Tapi, tidak ada satu tempat pun yang diserang dan ditakluki oleh mereka. Bandingkan dengan orang-orang Kristian Eropah. Sebaik-baik sahaja mereka menemui jalannya, terus saja meyerang, menakluki dan menodai India, Tanah Melayu, Indonesia, Filipina, Indo-China, China dan lain-lain. Siapa yang ‘mengganas’ di sini?

Islam masuk ke Tanah Melayu (Malaysia) dan Indonesia melalui jalan dagang. Cuba bandingkan dengan cara Portugis, Belanda dan Inggeris. Mereka masuk dengan menggunakan meriam. Siapa yang ‘mengganas’ di sini?

12 Julai 1191- Richard the Lion Heart telah memerintahkan tenteranya membunuh (lebih kurang) 72,000 tawanan Islam yang kalah (bukan tentera) dalam Perang Salib. Satu tindakan yang amat menyedihkan dan dayus sekali kalau dibandingkan dengan tindakan Salahuddin Al Ayubi ketika Islam menang merebut Jerusalem. Tidak ada tawanan yang dibunuh. Yang mahu bebas boleh menebus diri mereka dengan wang emas. Puluhan ribu orang-orang miskin yang tidak mampu membayar dibebaskan begitu sahaja. Siapa yang ‘mengganas’ di sini?

Sewaktu umat Islam menduduki Sepanyol, tidak ada gereja yang diruntuhkan, Rakyat bebas memilih agama Kristian. Lambang-lambang Kristian tidak disentuh. Tapi apabila Islam jatuh dan Kristian berkuasa semula, bukan saja semua rakyat dipaksa masuk agama Kristian, Kesemua benda yang menunjukkan Islam pernah ada di sana… telah dimusnahkan sama sekali. Kalau kita ke Sepanyol hari ini, dirasakan seolah-olah Islam tidak pernah wujud di sana (sedangkan ratusan tahun Islam memerintah) kerana semuanya dimusnahkan kecuali masjid Cordova (dan beberapa bangunan lain). Siapa yang ‘mengganas’ di sini?

Lihat rekod kaum pengganas Kristian ini: Sepanyol mengganas di Filipina 1565. Belanda mengganas di Indonesia 1592. Inggeris mengganas di India 1757, Malaysia 1811, Iran 1838, Aden 1839, Arab Selatan dan Timur 1840, Mesir 1882, Sudan 1898, Iraq dan Palestine 1918, Peramvhis mengganas pula di Algeria 1830, Lebanon 1860,, Tunisia 1881, Moroko 1912, Syria 1918 dan Itali mengganas di Libya 1911. Apakah agama anutan kaum pengganas, penakluk dan penindas itu semua? Bukankah Kristian?

Ucapan Mark Twain dalam buku “Arabia: The Cradle of Islam”: “Semua negeri orang-orang buas (barbarian) dan biadab di dunia segera berada di bawah penaklukan Pemerintah Kristian Eropah. Makin cepat penyergapan terhadap mereka dilakukan sampai selesai, makin baik untuk orang-orang liar itu.” Inilah ucapan pengganas Kristian. Sedarkah tuan, orang Kristian Eropah memandang hina orang-orang Timur meskipun beragama Kristian? Orang-orang Kristian sebelah sini sebenarnya hanyalah menjadi tunggangan mereka yang di Barat!

Bangsa Kristian Eropah merasakan mereka adalah manusia kelas pertama kerana beragama Kristian dan berkulit putih. Rudyard Kipling dalam sjaknay “The White Man’s Burden’ berbunyi: “Pikullah bebanmu orang kulit putih. Kirimlah keturunanmu yang terbaik. Wajibkan mereka ke negeri asing. Untuk melayani kebutuhan tawananmu. Menunggu dengan tabah. Menjaga tawanan liar dan buas. Setengah bocah setengah syaitan.” Inilah bunyinya sajak Kristian Eropah itu. Kita semua di Timur dipandangnya binatang dan syaitan. Semetara yang amsuk kristian pula dipandangnya binatang peliharaan kerana berbeza warna kulit. Bukankah isi sajak ini menyuruh umat Kristian mengganas di negeri orang?

Lihat korban-korban pembunuhan di Ambon dan Maluku. Bandingkan mayat orang Kristian dengan mayat orang Islam. Kalau oring Kristian itu sudah menjadi mayat, ia tidak diusik-usik lagi kerana menyeksa mayat adalah kesalahan besar dalam Islam tidak kira apa agama. Tapi cuba lihat mayat-mayat orang Islam. Sudah mati, dicincang pula, kemaluannya dikerat, perutnya dibelah, organ-organ dalamannya dikeluarkan, diberi makan kepada anjing, dibakar dan sebagainya. Sudah mati pun masih diganasi sebegitu rupa. Bukankah itu kerjanya pengganas Kristian?

Senjata nuklear dan peluru berpandu siapakah yang berada di serata dunia? Bukankah milik Amerika dan Britain? Bukankah kedua-duanya Kristian? Senjata nuclear Saddam Hussein yang kononnya ada itu, adakah di luar dari Iraq? Bandingkan dengan senjata maut Amerika di seluruh dunia? Agama mana yang ‘mengganas” di sini?

Tidak ada pengkalan tentera Arab Saudi di Korea. Tidak ada pengkalan tentera Pakistan di Filipina. Tidak ada pengkalan tentera Indonesia di Kuwait. Tidak ada pengakalan tentera negara Islam di luar daripada negaranya. Siapa yang memiliki pengakalan tentera di seluruh dunia? Bukankah negara-negara Kristian? Agama manakah yang ‘mengganas’ di sini?


Rasanya cukuplah setakat ini ‘hasil’ daripada ajaran Kristian itu saya ceritakan. Ada banyak lagi kalau mahu. Tapi saya bukan seperti tuan NN yang menghukum sesuatu ajaran agama itu dikira salah apabila ‘hasilnya’ salah. Bagi saya, kesalahan umat tidak bermakna kesalahan agama.


Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern
Awal tahun 2000-an

http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/07/dialog-islam-kristian-5.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum