MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dialog dengan Penganut Agama Asalama

Go down

Dialog dengan Penganut Agama Asalama Empty Dialog dengan Penganut Agama Asalama

Post  Admin Sun Dec 09, 2012 8:29 am

MAHADAYA MENULIS:

Yang jelas Islam bukanlah agama Tuhan kerana mereka membuat hukum-hukum agama yang bercanggah dengan hukum-hukum Tuhan. Hukum-hukum Tuhan adalah jelas dan sesiapa yang menambah atau menukar hukum Tuhan jelaslah kufur. Apabila Islam menukarkan hukum-hukum Tuhan, mereka menyesatkan ramai manusia yang kini menganggap bahawa hukum-hukum yang diadakan itu terdapat di dalam al quran padahal ianya tidak.

Hamba berikan contoh:

"Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan REZEKI yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang yang memikirkan. (67) Al Nahala (* An-Nahl)


Tuhan menyatakan bahawa arak iaitu minuman yang memabukkan adalah rezeki yang baik. Jadi, apa hukum Islam? Haram bukan? Jadi orang Islam mengharamkan apa yang Tuhan nyatakan sebagai rezeki yang baik. Manusia kemudian menolak al Quran kerana ianya bercanggah dengan pemahaman mereka bahawa arak itu halal namun Islam menyesatkan mereka dengan hukum buatan manusia. Jadi, Islam bukan agama Tuhan kerana ianya berhukum selain hukum Tuhan.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Hendak berinteraksi dengan ayat-ayat Al-Quran, kenalah tahu cara-caranya, bukan boleh ikut nafsu serakah dan pemahaman suka-suka sendiri. Sebaiknya tuan belajar dan berguru cara-cara hendak berinteraksi dengan ayat-ayat Quran terlebih dahulu sebelum mengupas sendiri.

Lihat maksud ayat yang tuan petik itu baik-baik:

“Dan dari buah KURMA DAN ANGGUR.”

Langkah pertama, kita hendak pastikan konteks penggunaan perkataan “DAN” dalam ayat di atas.


Buah kurma dan buah anggur... adakah kedua-duanya benda yang sama? Adakah kurma itu anggur dan anggur itu kurma? Tentulah jawapannya “tidak sama”. Kedua-duanya membicarakan dua perkara yang berbeza walaupun kedua-duanya jenis buah. Maka fahamlah kita bahawa perkataan “DAN” dalam konteks ayat itu TIDAK MENYAMAKAN kedua-dua benda tadi, bahkan membezakannya.

Lihat pula perkataan seterusnya: “MINUMAN YANG MEMABUKKAN dan REZEKI YANG BAIK.” Adakah minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik itu perkara yang sama? Tentulah tidak juga kerana yang memabukkan bukan rezeki yang baik, dan rezeki yang baik bukan yang memabukkan. Buktinya, perkataan “DAN” di tengah-tengah itu kegunaannya ialah untuk MENUNJUKKAN PERBEZAAN, bukan untuk menunjukkan persamaan walaupun kedua-duanya ialah hasil daripada buah-buah tadi.

Untuk menghalalkan usaha anda menghalalkan arak dan mendakwa rosaknya agama Islam, ayat itu sepatutnya berbunyi :

“Kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan lagi/ iaitu rezeki yang baik.”

“Kurma dan anggur, kamu beroleh rezeki yang baik berupa minuman yang memabukkan.”

Dan seumpamanya.

Malangnya maksud ayat Quran itu berbunyi : “Minuman yang memabukkan DAN rezeki yang baik.” Sudah dijelaskan tadi, perkataan “DAN” dalam konteks ayat itu kegunaannya ialah untuk MENUNJUKKAN PERBEZAAN. (* Minuman yang memabukkan = arak. Rezeki yang halal = cuka)

Selain itu, tuan sepatutnya faham mengapa MINUMAN YANG MEMABUKKAN diletakkan di hadapan REZEKI YANG BAIK. Ceritanya begini. Apabila kurma dan anggur diperam dengan proses tertentu, ia akan bertukar jadi arak yang memabukkan, lagi haram. Selepas melalui proses tertentu pula, arak (kurma atau anggur) tadi akan berubah sifatnya menjadi cuka yang halal pula (rezeki yang baik). Begitu maksud ayat Al Quran itu.

Sebab itulah diletakkan kalimah “minuman yang memabukkan” dan kemudiannya barulah diikuti dengan kalimah “rezeki yang baik”. Alangkah indahnya susunan bahasa dan maklumat dalam Al Quran... bagi mereka yang menggunakan fikirannya.

Mengapalah tuan boleh mentafsir sesuka hati?.......

Sekarang, saya kembalikan kata-kata tuan. Nampaknya tuanlah yang membuat hukum-hukum agama yang bercanggah dengan hukum-hukum Tuhan. Tuhan kata kurma dan anggur yang jadi arak itu haram, dan arak (kurma dan anggur) yang jadi cuka itu halal, iaitu rezeki yang baik. Sedangkan tuan ubahsuai maksud kalam Tuhan dengan berdusta atas nama Tuhan dan Kitabullah, kononnya kurma dan anggur yang dijadikan arak itu halal diminum kerana ia rezeki yang halal.

Sebagaimana kata tuan, hukum Tuhan adalah jelas (*buah yang jadi arak itu haram, buah yang jadi cuka itu halal) dan sesiapa yang menambah atau menukar hukum Tuhan jelas kufur. Tuan menukarkan hukum-hukum Tuhan, menyebarkannya, menyesatkan diri sendiri dan orang lain (terutamanya orang yang hampir dengan tuan). Tuan katakan Al Quran berkata begini begini hukumnya, padahal tidak.

Dalam ayat yang tuan petik itu, Tuhan tak pernah menyatakan arak itu rezeki yang baik. Rezeki yang baik itu ialah cuka. Apa hukum Islam? Sama dengan hukum Tuhan. Apa hukum agama Asalama yang tuan anuti? Tak sama dengan hukum Tuhan. Cuba tuan berfikir dengan hati yang jernih.

Tuan menghalalkan apa yang Tuhan nyatakan sebagai haram. Kemudian tuan menolak kitab Al Quran yang jadi pegangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan nafsu tuan yang MENGHALALKAN ARAK. Tuan menyesatkan diri sendiri dan cuba menyesatkan orang lain dengan hukum buatan tuan sendiri. Jadi agama Asalama yang tuan perjuangkan itu bukanlah agama yang diredhai Tuhan kerana ia berhukum dengan selain hukum Tuhan.



Abu Zulfiqar

18 Februari 2011

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/02/dialog-dengan-penganut-agama-asalama.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Dialog dengan Penganut Agama Asalama Empty Re: Dialog dengan Penganut Agama Asalama

Post  Admin Sun Dec 09, 2012 8:32 am

Artikel saya tentang Nabi Zakaria di http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/02/makam-nabi-zakaria-ditemui.html mendapat komen dari seorang yang bernama Al Mahadaya (*Al Mahdi le tu).

MAHADAYA MENULIS:

Menarik tetapi ‘ending’ yang menipu. Di dalam al Quran menyebutkan bahawa Nabi Yaakub berwasiat kepaad anaknya supaya mengikuti agama Asalama dan jangan mati selain dari agama itu. Ini menunjukkan semua nabi-nabi menganut satu agama saja sejak zaman nabi Nuh. Periksa al Quran kalau anda ragu. Nabi Yahaya lahir 6 bulan lebih awal dari Nabi Isa. Nabi Zakaria di bunuh kerana dituduh berzina dengan Maryam. Nabi Yahya dibunuh oleh Raja Herodus kerana melarang perkahwinan sesama saudara perempuan di dalam Injil yg diwahyukan kepada Nabi Isa. Selepas itu Nabi Isa pula hendak di bunuh. Syariat tersebut kekal di dalam al Quran dan ini bermaksud nabi terakhir hanya melengkapkan syariat agama dan bukan membawa agama baru.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Selamat sejahtera Tuan Al Mahadaya.

1. Pada bahagian mana dalam artikel itu ada dinyatakan bahawa agama Yahudi yang dinisbahkan kepada Nabi Zakaria itu ialah agama baharu dan bukannya agama kebenaran yang dianut oleh para nabi? Cuba tunjukkan tuan. (*Memang tak ada)

2. Tidak pernah dalam mana-mana penulisan saya (aktif sejak 1999) ada mengatakan wujud walau satu orang nabi yang menganut agama yang berbeza dengan mana-mana nabi. Mereka semua menganut satu-satunya agama kebenaran, agama yang diredhai Allah SWT. Cuma agama itu disebut dengan pelbagai nama dan istilah mengikut perbezaan kedudukan geografi,bahasa,zaman dan lain-lain.

Adakah agama yang diredhai Allah itu MESTI disebut sebagai "Asalama" sahaja, tidak boleh:
a) dikenali dengan nama lain ataupun
b) dibiarkan tanpa bernama.

Jika benar, sila berikan buktinya.

3. Jika satu-satunya agama yang diredhai Allah itu boleh disebut dengan nama selain daripada yang berbunyi di mulut "A SA LA MA", maka dakwaan tuan kononnya 'ending' tulisan saya sebagai menipu nyata tidak berasas.

4. Bahkan para nabi memeluk agama yang sama iaitu satu agama sejak zaman Nabi Adam lagi, bukan sekadar SEJAK ZAMAN NABI NUH sebagaimana yang tuan dakwa. Sila beri bukti kononnya para nabi sebelum Nabi Nuh memeluk agama selain agama Nabi Nuh & anak cucunya (iaitu selain Asalama).

5. Adakah agama kebenaran itu tidak boleh disebut sebagai Islam, tetapi MESTI disebut Asalama? Jika disebut selain Asalama walaupun kandungan agama itu umumnya sama dengan agama Asalama, maka yang itu bukan agama yang diredhai Allah?

6. Ketika Nabi Yaaqub berwasiat kepada anak-anaknya itu, dia menyebut "Asalama" ke? Benarkah BAHASA Nabi Yaaqub dan Bani Israil pada zaman itu menyebut agama kebenaran sebagai "Asalama"?

7. Nabi Muhammad mengeluarkan sebutir-sebutir isi Al-Quran melalui mulutnya dalam BAHASA ARAB QURAISY pada zaman itu. Baginda (dan para sahabat) sebut "A sa la ma" ke? Ataupun Islam? Jika Rasulullah dan para sahabatnya menyebut dengan bunyi "A sa la ma", sila berikan bukti.

8. Kata tuan: "Nabi Yahya di bunuh oleh raja Herodus kerana melarang PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA PEREMPUAN."
Dari mana tuan beroleh maklumat mengatakan Nabi Yahya dibunuh kerana menghalang perkahwinan sesama saudara wanita?
Harap tuan kemukakan bukti, kerana dalam Bible dinyatakan:
Mark 6:18 "Karena Yohanes pernah menegor Herodes: "Tidak halal engkau mengambil isteri saudaramu!"
Wanita itulah yang meminta agar Nabi Yahya dibunuh.

Silakan tuan, dengan sandaran-sandarannya.

Abu Zulfiqar
18 Februari 2011

MAHADAYA MENJAWAB:

AL Salama Alaya Kama,
Tuan hamba Abu Zulfiqar

,
Di zaman nabi Adam hanya ada satu bahasa saja dan bahasa ini tidak perlu dinyatakan namanya. Apabila bahasa berpecah, hanya keturunan Nabi Ibrahim sahaja yang masih menggunakan bahasa asal yang dikenali dgn bahasa Abaranaya(Ibrani).

Nabi-nabi dari keturunan nabi Ibrahim semuanya menggunakan bahasa ini dan apabila kitab-kitab di terjemahkan ke bahasa-bahasa lain bahasa ini masih di gunakan di Makah kerana nabi Ismail adalah anak kepaad Nabi Ibrahim dan nabi yang terakhir adalah juga dari keturunan nabi Ibrahim yg masih mengekalkan bahasa yang sama tetapi ianya dikenali dgn bahasa Arabaya.

Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu kepada semua nabi-nabi menggunakan satu bahasa saja.

Agama Yahudi menyembah tuhan Yahweh, jadi apakah anda mengatakan nabi-nabi lain tidak mengetahui nama Yuhan yng sebenar?

Musuh0musuh Tuhan telah lama merosakkan al Quran dgn meletakkan tanda bagi menghilangkan nama Tuhan.

Yang jelas Islam bukanlah agama Tuhan kerana mereka membuat hukum-hukum agama yang bercanggah dengan hukum-hukum tuhan. Hukum-hukum tuhan adalah jelas dan sesiapa yang menambah atau menukar hukum tuhan jelaslah kufur. Apabila Islam menukarkan hukum-hukum tuhan, mereka menyesatkan ramai manusia yang kini menganggap bahawa hukum-hukum yang diadakan itu terdaapt di dalam al quran padahal ianya tidak.

Hamba berikan contoh: Dan dari buah korma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan REZKI yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang yang memikirkan. (67) Al Nahala


Tuhan menyatakan bahawa arak iaitu minuman yng memabukkan adalah rezeki yg baik. Jadi, apa hukum Islam? Haram bukan? Jadi orang Islam mengharamkan apa yang tuhan nyatakan sebagai rezki yg baik. Manusia kemudian menolak al quran kerana ianya bercanggah dgn pemahaman mereka bahawa arak itu halal namun Islam menyesatkan mereka dengan hukum buatan manusia. Jadi, Islam bukan agama tuhan kerana ianya berhukum selain hukum tuhan.

Hujah hamba tentng kisah nabi-nabi telah hamba terjemahkan dari manuskrip JAWI-DBP, hamba mengambil kisah dari bangsa hamba sendiri dan hamba tidak mengikuti bangsa lain.

Sebagai tambahan, semua nabi-nabi menyembah Allaha yg membawa maksud Al-Segala La-Milik Ha-Dia. Al-Qoraa'na adalah firman Al-Laha yg menciptakan Al-Aradho, Al Samawata, Al Anasana, Al Jana dan segala sesuatu. Nabi hamba adalah Mahamada (Beri kepujian) yg merupakan penghulu segala nabi. Ini adalah kerana Mahamada itu adalah nama bagi roh manusia dan Adam pula nama bagi jasad. Jadi, hamba hidup dgn petunjuk roh Mahamada dan semua nabi2 mengenali Mahamada kerana org2 beriman hendaklah mengenali diri kerana awal agama itu mengenal tuhan dan diri. Kebenaran itu pahit dan kebanyakan manusia akan menolaknya. Namun hamba bertawakal kpd Allaha Sabahana Wa Ta A'laya menurut ketetapan yang telah di rencanakannya.

Apakah nama tuhan yng di sembah orang-orang Islam? Apakah ianya BisMILLAH, AlhamduLILLAH, RasulULLAH, AstagfiRULLAH, SubhaNALLAH, ALLAHU Akbar dll? Jadi bila masa pula orang-orang Islam menyebut nama ALLAH? Sila jelaskan maksud nama ALLAH yang di sembah kerana sesuatu yang di sembah tanpa makna tidak memberi manafaat atau mudarat.

ABU ZULFIQAR MENJAWAB:

TULISAN SAYA YANG BERBUNYI:

1. Pada bahagian mana dalam artikel itu ada dinyatakan bahawa agama Yahudi yang dinisbahkan kepada Nabi Zakaria itu ialah agama baharu dan bukannya agama kebenaran yang dianut oleh para nabi? Cuba tunjukkan tuan.

= TIDAK DIJAWAB. Sepatutnya tuan tunjukkan di sini di sini. Malangnya tidak dijawab. Boleh jadi tuan pun sedia maklum, bahawa yang saya maksudkan ialah agama kebenaran sebagaiamna yang dipegang oleh para nabi, dan bukannya satu agama yang baharu.

2. Tidak pernah dalam mana-mana penulisan saya (aktif sejak 1999) ada mengatakan wujud walau satu orang nabi yang menganut agama yang berbeza dengan mana-mana nabi. Mereka semua menganut satu-satunya agama kebenaran, agama yang diredhai Allah SWT. Cuma agama itu disebut dengan pelbagai nama dan istilah mengikut perbezaan kedudukan geografi,bahasa,zaman dan lain-lain.


Adakah agama yang diredhai Allah itu MESTI disebut sebagai "Asalama" sahaja, tidak boleh:
a) dikenali dengan nama lain ataupun
b) dibiarkan tanpa bernama.

Jika benar, sila berikan buktinya.

= TIDAK DIJAWAB JUGA. Sepatutnya tuan menjawab ya ataupun tidak. Malangnya tidak dijawab.

3. Jika satu-satunya agama yang diredhai Allah itu boleh disebut dengan nama selain daripada yang berbunyi di mulut "A SA LA MA", maka dakwaan tuan kononnya 'ending' tulisan saya sebagai menipu nyata tidak berasas.

= TIDAK DIJAWAB. Sepatutnya tuan jawab (contohnya) : “Ya, agama Allah itu boleh disebut dengan nama lain. ‘Ending’ anda tidak salah” Ataupun “Tidak, ia tak boleh disebut dengan nama lain. Jika disebut agama itu disebut selain Asalama maka secara automatik agama itu tidak betul walaupun isi kandungannya 100% betul. Maksudnya ‘ending’ anda memang salah”

4. Bahkan para nabi memeluk agama yang sama iaitu satu agama sejak zaman Nabi Adam lagi, bukan sekadar SEJAK ZAMAN NABI NUH sebagaimana yang tuan dakwa. Sila beri bukti kononnya para nabi sebelum Nabi Nuh memeluk agama selain agama Nabi Nuh & anak cucunya (iaitu selain Asalama).

= TIDAK DIBERIKAN BUKTI (TIDAK DIJAWAB). Tuan buat-buat tidak nampak sahaja.

5. Adakah agama kebenaran itu tidak boleh disebut sebagai Islam, tetapi MESTI disebut Asalama? Jika disebut selain Asalama walaupun kandungan agama itu umumnya sama dengan agama Asalama, maka yang itu bukan agama yang diredhai Allah?

= TIDAK DIJAWAB.

6. Ketika Nabi Yaaqub berwasiat kepada anak-anaknya itu, dia menyebut "Asalama" ke? Benarkah BAHASA Nabi Yaaqub dan Bani Israil pada zaman itu menyebut agama kebenaran sebagai "Asalama"?

= DIJAWAB BAHAWA MEREKA MENGGUNAKAN BAHASA IBRANI (bagus, kerana ada jawapan), TAPI TIDAK DIBERIKAN BUKTI YANG NABI YAAQUB MENYEBUT “ASALAMA”.

Jika ada, tunjukkan buktinya perkataan Nabi Yaaqub dalam mana-mana kitab. Ataupun beri bukti sebutan bersanad dan mutawatir. Contohnya Nabi Muhammad saw menyebut “Islam”. Puluh ribu (mutawatir gred A1) sahabat menyebut “Islam”. Jika ada seorang sahaja yang cuba menipu dengan menyebut “Asalama”, sudah tentu dapat dikesan walau diceruk dunia mana orang itu cuba membuat. Kemudian ratus ribu tabiin sebut “Islam”. Begitulah seterusnya sampailah kepada kita hari ini. Pada setiap generasi, ada ribuan malah jutaan orang menyebutnya sebagai “Islam”.

Dari segi ilmu mustalah hadithnya, mustahil untuk Rasulullah menyebut “Asalama” dan kita hari ini menyebutnya sebagai “Islam”. Diharapkan Tuan Mahadaya faham disiplin ilmu mustalah hadith yang sangat ketat.

Jadi, pada zaman yang mana sebutan “Asalama” oleh Nabi Muhammad ditukar secara serentak oleh jutaan umat Islam di serata dunia kepada “Islam”? (Jika benar berlaku, ia merupakan satu kesepakatan yang sangat ajaib).

7. Nabi Muhammad mengeluarkan sebutir-sebutir isi Al-Quran melalui mulutnya dalam BAHASA ARAB QURAISY pada zaman itu. Baginda (dan para sahabat) sebut "A sa la ma" ke? Ataupun Islam? Jika Rasulullah dan para sahabatnya menyebut dengan bunyi "A sa la ma", sila berikan bukti.

= TIDAK DIJAWAB. TIADA BUKTI ORANG ARAB ZAMAN ITU MENYEBUT ISLAM SEBAGAI “ASALAMA”.

8. Kata tuan: "Nabi Yahya di bunuh oleh raja Herodus kerana melarang PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA PEREMPUAN."
Dari mana tuan beroleh maklumat mengatakan Nabi Yahya dibunuh kerana menghalang perkahwinan sesama saudara wanita?
Harap tuan kemukakan bukti, kerana dalam Bible dinyatakan:
Mark 6:18 "Karena Yohanes pernah menegor Herodes: "Tidak halal engkau mengambil isteri saudaramu!"
Wanita itulah yang meminta agar Nabi Yahya dibunuh.

= DIJAWAB sebagai : “Hujah hamba ttg kisah nabi2 telah hamba terjemahkan dari manuskrip JAWI-DBP, hamba mengambil kisah dari bangsa hamba sendiri dan hamba tidak mengikuti bangsa lain.”

Tuan Mahadaya tidak pula berterus terang akan nama manuskrip itu. Bukan susah pun, sebut sajalah namanya. Entah kitab apa, entah siapa periwayatnya dan sejauh mana kekuatan sanadnya. Ataupun sekadar hikayat tukang-tukang karut sebagai hiburan masa lapang? Ataupun adakah tuan bimbang saya akan mengkaji pula manuskrip itu dan mengeluarkan tembelangnya?

KESIMPULAN SAYA:

Jika beginilah cara tuan berdialog, nampaknya saya tidak perlulah membuang masa saya lagi. Mohon maaflah banyak-banyak tuan. Saya memang tidak melayan orang yang tidak menjawab soalan, melompat dari satu isu ke satu isu, mengelak ke sana ke mari, tidak menggunakan rujukan yang berautoriti dan tidak berani bertanggungjawab. Nampaknya tuan menganut ‘Agama Syok Sendiri’ yang dinamakan agama “Asalama” (Apa Saja Aku Longgok Asalkan Memuaskan Aku). Maka saya ucapkan : “Lakum dinukum wa liyadiin.” Selepas ini kita tidak perlu berhubung lagi. Namun begitu saya menjemput tuan sesekali layarilah ketiga-tiga blog saya. Manalah tahu suatu hari nanti tuan akan terpaut hati dengan agama Islam.

Tidak lupa juga, sebagai buah tangan merangkap cenderahati dari saya, iaitu sedikit tanggapan buat nukilan anda.

CENDERAHATI

MAHADAYA MENULIS:

AL Salama Alaya Kama,
Tuan hamba Abu Zulfiqar

, Di zaman nabi Adam hanya ada satu bahasa saja dan bahasa ini tidak perlu dinyatakan namanya. Apabila bahasa berpecah, hanya keturunan nabi Ibrahim sahaja yg masih menggunakan bahasa asal yg dikenali dgn bahasa Abaranaya(Ibrani).

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Selamat sejahtera Tuan Mahadya.

Tuan tidak sertakan bukti tentang ZAMAN (masa) bahasa berpecah itu. Bagaimana orang hendak percaya? Berdasarkan ayat tuan itu, maksudnya bahasa terpecah SELEPAS ZAMAN NABI IBRAHIM, mustahil sebelumnya. Mustahil juga bahasa terpecah pada zaman Nabi Ibrahim kerana anda sebut “HANYA KETURUNAN Nabi Ibrahim” (tidak termasuk Nabi Ibrahim sendiri).

Lihat kembali ayatnya:

“APABILA bahasa berpecah, HANYA keturunan nabi Ibrahim sahaja yg masih menggunakan bahasa asal...”

Perkataan “apabila” digandingkan dengan “hanya”... maka maksudnya - Sebaik-baik sahaja bahasa terpecah, yang menggunakan bahasa Ibrani hanyalah KETURUNAN NABI IBRAHIM. Secara tidak langsung, ia juga memberi gambaran bahawa pada zaman awal kehidupan Nabi Ibrahim dan sebelumnya (zaman Noh, Idris, Adam dan lain-lain), bahasa belum terpecah. Betul ke?

Pelik sungguh kepercayaan sebegini. Nabi Ibrahim dipercayai hidup sekitar 2300 SM sehinggalah 1800 SM. Padahal sebelum 2300 SM lagi tamadun naik di India dan China. Adakah ketika itu orang-orang di India dan China berbahasa Ibrani? Bagaimana dengan orang di Rusia? Cakap bahasa Ibrani juga?

MAHADAYA MENULIS:

Nabi-nabi dari keturunan nabi Ibrahim semuanya menggunakan bahasa ini dan apabila kitab2 di terjemahkan ke bahasa2 lain bahasa ini masih di gunakan di Makah kerana nabi Ismail adalah anak kpd nabi Ibrahim dan nabi yg terakhir adalah juga dari keturunan nabi Ibrahim yg masih mengekalkan bahasa yg sama tetapi ianya dikenali dgn bahasa Arabaya.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Bahasa Ibrani dikenali sebagai bahasa Arab di Mekah? Bahasa Ibrani itulah bahasa Arab dan bahasa Arab itulah bahasa Ibrani ketika di Mekah itu? Mengapa Rasulullah ada menyuruh sahabat belajar bahasa Ibrani jika benar sahabat itu sudah menguasai bahasa Arab? Inilah kali pertama saya dengar yang bahasa Ibrani itulah bahasa Arab, dan bahasa Arab itulah bahasa Ibrani. Tidak ke nanti kita digelak dek orang tuan?

MAHADAYA MENULIS:

Malaikat Jibril yg menyampaikan wahyu kpd semua nabi2 menggunakan satu bahasa saja.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Nabi-nabi di India dan di China pun terima wahyu dalam bahasa Ibrani? Kitab Rig Veda dipercayai ditulis sekitar 1500 SM ke 900 SM dan bukan dalam bahasa Ibrani. Ada orang percaya Krishna ialah seorang nabi lagi rasul. Katakanlah hal ini benar. Krishna terima wahyu dalam bahasa Ibrani ke? Mengapa kitab Bagavad Gita bukan dalam bahasa Ibrani?

MAHADAYA MENULIS:

Agama Yahudi menyembah tuhan Yahweh, jadi apakah anda mengatakan nabi2 lain tidak mengetahui nama tuhan yg sebenar?

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Tidak. Mereka tahu nama Tuhan.

MAHADAYA MENULIS:

Musuh2 tuhan telah lama merosakkan al quran dgn meletakkan tanda bagi menghilangkan nama tuhan.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Ketika Al-Quran bertulis diletakkan tanda, ada sangat ramai penghafal keseluruhan Al Quran. Itu belum termasuk mereka yang banyak menghafal sebahagian Quran walaupun bukan keseluruhan. Jadi, sekalipun benar ada seseorang cuba untuk merosakkan The Last Testament Al Quran dengan cara meletakkan baris, usaha itu mustahil berjaya.

Perlu diingat juga tuan. Ketika Al-Quran dihidangkan kepada kita oleh Nabi Muhammad, ia tidak didatangkan dalam bentuk tulisan tetapi ia dihidangkan dalam bentuk bunyi perkataan mengikut bahasa Nabi Muhammad dan para sahabat ketika itu, iaitu bahasa Arab Quraisy (bukannya bahasa Ibrani). Selepas itu isi kandungan Al Quran dihafaz kata demi kata (bukan tulisan demi tulisan) oleh puluhan ribu orang (sama ada hafal keseluruhan ataupun sebahagian). Maksudnya, usaha untuk merosakkan Al Quran dengan meletakkan tanda tidak merosakkan Al Quran yang keluar dari mulut Nabi dan yang berada dalam ingatan puluhan ribu para penghafaz.

Jangan kata letak tanda, letaklah apa saja pun, mustahil Al Quran kata demi kata yang berada dalam ingatan para penghafaz boleh dirosakkan. Al Quran hanya boleh rosak jika semua penghafaznya mati, tapi hal itu tidak pernah berlaku pada mana-mana zaman. Kesimpulannya, Al Quran kata demi kata sebagaimana yang keluar daripada mulut Rasulullah itu tetap bertahan sehinggalah ke hari ini.

MAHADAYA MENULIS:

Yg jelas Islam bukanlah agama tuhan kerana mereka membuat hukum2 agama yg bercanggah dgn hukum2 tuhan. Hukum2 tuhan adalah jelas dan sesiapa yg menambah atau menukar hukum tuhan jelaslah kufur. Apabila Islam menukarkan hukum2 tuhan, mereka menyesatkan ramai manusia yg kini menganggap bahawa hukum2 yg diadakan itu terdpt di dlm al quran padahal ianya tidak.

Hamba berikan contoh: Dan dari buah korma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan REZKI yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang yang memikirkan. (67) Al Nahala


Tuhan menyatakan bhw arak iaitu minuman yg memabukkan adalah rezeki yg baik. Jadi, apa hukum Islam? Haram bukan? Jadi org Islam mengharamkan apa yg tuhan nyatakan sebagai rezki yg baik. Manusia kemudian menolak al quran kerana ianya bercanggah dgn pemahaman mereka bhw arak itu halal namun Islam menyesatkan mereka dgn hukum buatan manusia. Jadi, Islam bukan agama tuhan kerana ianya berhukum selain hukum tuhan.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Hendak berinteraksi dengan ayat-ayat Al-Quran, kenalah tahu cara-caranya, bukan boleh ikut nafsu serakah dan pemahaman suka-suka sendiri. Sebaiknya tuan belajar dan berguru cara-cara hendak berinteraksi dengan ayat-ayat Quran terlebih dahulu sebelum mengupas sendiri.

Lihat maksud ayat yang tuan petik itu baik-baik:

“Dan dari buah KURMA DAN ANGGUR.”

Langkah pertama, kita hendak pastikan konteks penggunaan perkataan “DAN” dalam ayat di atas. Buah kurma dan buah anggur... adakah kedua-duanya benda yang sama? Adakah kurma itu anggur dan anggur itu kurma? Tentulah jawapannya “tidak sama”. Kedua-duanya membicarakan dua perkara yang berbeza walaupun kedua-duanya jenis buah. Maka fahamlah kita bahawa perkataan “DAN” dalam konteks ayat itu tidak menyamakan kedua-dua benda tadi, bahkan membezakannya.

Lihat pula perkataan seterusnya: “MINUMAN YANG MEMABUKKAN dan REZEKI YANG BAIK.” Adakah minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik itu perkara yang sama? Tentulah tidak juga kerana yang memabukkan bukan rezeki yang baik dan rezeki yang baik bukan yang memabukkan. Buktinya, perkataan “DAN” di tengah-tengah itu kegunaannya ialah untuk menunjukkan perbezaan, bukan untuk menunjukkan persamaan walaupun kedua-duanya ialah hasil daripada buah-buah tadi.

Untuk menghalalkan usaha anda menghalalkan arak dan mendakwa rosaknya agama Islam, ayat itu sepatutnya berbunyi :

“Kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan lagi/ iaitu rezeki yang baik.”

“Kurma dan anggur, kamu beroleh rezeki yang baik berupa minuman yang memabukkan.”

Dan seumpamanya.

Malangnya maksud ayat Quran itu berbunyi : “Minuman yang memabukkan DAN rezeki yang baik.” Sudah dijelaskan tadi, perkataan “DAN” dalam konteks ayat itu kegunaannya ialah untuk MENUNJUKKAN PERBEZAAN.

Selain itu, tuan sepatutnya faham mengapa MINUMAN YANG MEMABUKKAN diletakkan di hadapan REZEKI YANG BAIK. Ceritanya begini. Apabila kurma dan anggur diperam dengan proses tertentu, ia akan bertukar jadi arak yang memabukkan, lagi haram. Selepas melalui proses tertentu pula, arak (kurma atau anggur) tadi akan berubah sifatnya menjadi cuka yang halal pula (rezeki yang baik). Begitu maksud ayat Al Quran itu.

Sebab itulah diletakkan kalimah “minuman yang memabukkan” dan kemudiannya barulah diikuti dengan kalimah “rezeki yang baik”. Alangkah indahnya susunan bahasa dan maklumat dalam Al Quran... bagi mereka yang menggunakan fikirannya.

Mengapalah tuan boleh mentafsir sesuka hati?.......

Sekarang, saya kembalikan kata-kata tuan. Nampaknya tuanlah yang membuat hukum-hukum agama yang bercanggah dengan hukum-hukum Tuhan. Tuhan kata kurma dan anggur yang jadi arak itu haram, dan arak (kurma dan anggur) yang jadi cuka itu halal, iaitu rezeki yang baik. Sedangkan tuan ubahsuai maksud kalam Tuhan dengan berdusta atas nama Tuhan dan Kitabullah, kononnya kurma dan anggur yang dijadikan arak itu halal diminum kerana ia rezeki yang halal.

Sebagaimana kata tuan, hukum Tuhan adalah jelas (*buah yang jadi arak itu haram, buah yang jadi cuka itu halal) dan sesiapa yang menambah atau menukar hukum Tuhan jelas kufur. Tuan menukarkan hukum-hukum Tuhan, menyebarkannya, menyesatkan diri sendiri dan orang lain (terutamanya orang yang hampir dengan tuan). Tuan katakan Al Quran berkata begini begini hukumnya, padahal tidak.

Dalam ayat yang tuan petik itu, Tuhan tak pernah menyatakan arak itu rezeki yang baik. Rezeki yang baik itu ialah cuka. Apa hukum Islam? Sama dengan hukum Tuhan. Apa hukum agama Asalama yang tuan anuti? Tak sama dengan hukum Tuhan. Cuba tuan berfikir dengan hati yang jernih.

Tuan menghalalkan apa yang Tuhan nyatakan sebagai haram. Kemudian tuan menolak kitab Al Quran yang jadi pegangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan nafsu tuan yang MENGHALALKAN ARAK. Tuan menyesatkan diri sendiri dan cuba menyesatkan orang lain dengan hukum buatan tuan sendiri. Jadi agama Asalama yang tuan perjuangkan itu bukanlah agama yang diredhai Tuhan kerana ia berhukum dengan selain hukum Tuhan.


MAHADAYA MENULIS:

Hujah hamba ttg kisah nabi2 telah hamba terjemahkan dari manuskrip JAWI-DBP, hamba mengambil kisah dari bangsa hamba sendiri dan hamba tidak mengikuti bangsa lain.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Oleh kerana anda tidak menyebutkan nama manuskrip itu, tak dapatlah saya hendak memberi komen. Harap-harap ia manuskrip yang berautoriti, kukuh, bersanad dan sebagainya.

MAHADAYA MENULIS:

Sebagai tambahan, semua nabi2 menyembah Allaha yg membawa maksud Al-Segala La-Milik Ha-Dia. Al-Qoraa'na adalah firman Al-Laha yg menciptakan Al-Aradho, Al Samawata, Al Anasana, Al Jana dan segala sesuatu. Nabi hamba adalah Mahamada (Beri kepujian) yg merupakan penghulu segala nabi. Ini adalah kerana Mahamada itu adalah nama bagi roh manusia dan Adam pula nama bagi jasad. Jadi, hamba hidup dgn petunjuk roh Mahamada dan semua nabi2 mengenali Mahamada kerana org2 beriman hendaklah mengenali diri kerana awal agama itu mengenal tuhan dan diri. Kebenaran itu pahit dan kebanyakan manusia akan menolaknya. Namun hamba bertawakal kpd Allaha Sabahana Wa Ta A'laya menurut ketetapan yg telah di rencanakannya.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Bahasa apa tu yang mengatakan Al La Ha maksudnya Segala Milik Dia?

Kemudian, pada namanya itu ada pula perkataan “dia”. Selagi ada perkataan ”dia”,maksudnya itu masih bukan nama Zat/ Tuhan, tetapi hanya nama panggilan makhluk kepada Zat/Tuhan.

Bayangkan... ketika Tuhan belum menciptakan apa-apa makhluk, ketika yang ada hanya Tuhan, Tuhan menamakan diriNya sebagai “Segala Milik DIA”? Apa punya pelik!

Ketika itu yang ada hanya Allah, dari mana boleh datang “DIA”? Bukankah sepatutnya lebih tepat jika Tuhan namakan diriNya “Segala Milik Aku” ataupun tepatnya “Aku” sahaja?

Dari mana sumber mengatakan Al La Ha itu maksudnya “Segala Milik Dia”? Bahasa Ibrani? Bahasa apa?

Lihat perkataan tuan:

“org2 beriman hendaklah mengenali diri kerana awal agama itu mengenal tuhan dan diri.”

Sekali imbas nampak cakapnya macam orang yang mahir ilmu tauhid dan hakikat, tapi apabila diteliti, ternyata jauh menyimpang. Jelasnya tuan tidak punya pengetahuan pun tentang hakikat kerana mustahil orang yang faham tauhid dan hakikat akan menulis “MENGENAL TUHAN DAN DIRI.”

MAHADAYA MENULIS:

Apakah nama tuhan yg di sembah org2 Islam? Apakah ianya BisMILLAH, AlhamduLILLAH, RasulULLAH, AstagfiRULLAH, SubhaNALLAH, ALLAHU Akbar dll? Jadi bila masa pula org2 Islam menyebut nama ALLAH? Sila jelaskan maksud nama ALLAH yg di sembah kerana sesuatu yg di sembah tanpa makna tidak memberi manafaat atau mudarat.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Ilah yang disembah oleh orang-orang Islam ialah Allah. Tuhan sendiri mengajarkan begitu dalam surah Taahaa ayat 14 :

“Sesungguhnya Akulah ALLAH, tidak ada Tuhan selain aku, maka sembahlah Aku dan lakukanlah solat untuk mengingat Aku.”

Orang-orang Islam pada zaman Rasulullah ada yang menyebut nama Tuhan sebagai Allah sejak sebelum memeluk agama Islam dan ada yang selepas memeluk agama Islam.

Yang memberi manafaat dan mudarat pada hakikatnya hanyalah Allah. Syarat utamanya cukup dengan dua kalimah syahadah. Nabi Muhammad tak pernah bertanya MAKSUD NAMA ALLAH untuk menguji beriman ataupun tidak seseorang itu.

Sekian, terima kasih.

Shalom.

Abu Zulfiqar

18 Februari 2011

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/02/dialog-lengkap-dengan-penganut-agama.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum