Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran
Baru-baru ini saya dilorongkan Allah untuk menonton sebuah dokumentari tentang alam haiwan. Banyak juga perkara yang menjadi makanan enak buat otak saya, yang ingin saya kongsi bersama para pembaca.
PENGUIN
Burung penguin ini ada jenis-jenisnya. Emperor penguin boleh membesar sehingga tiga kaki tinggi. Orang makan tak burung ni? Entah. Tapi nampak macam sedap sebab badannya bulat. : ) Tidak dinafikan lagak dan rupa burung penguin nampak macam manusia. Pakai pula ‘baju kot’ hitam putih, macam seragam ke majlis-majlis rasmi. Yang paling mencuit hati adalah apabila burung ini bergerak di atas ais secara meluncur menggunakan perutnya. Laju saja perginya, macam main ski.
Sewaktu musim mengawan, ribuan burung penguin berkumpul setempat. Upacara mencari pasangan bermula. Setelah penguin menemui pasangan yang serasi, mereka akan berdiri kaku dalam masa yang agak lama, keras macam batu. Pelik kan? Kemudian barulah mereka mencari lokasi untuk mengawan.
Apabila ibu penguin bertelur, telur itu akan dipindahkan ke kantung di kaki bapa penguin. Perpindahan dilakukan dengan pantas agar telur itu tidak beku akibat salji. Bapa penguinlah yang akan mengeram telur ini manakala ibunya pergi makan angin. Baik betul bapa-bapa penguin. Ujian utama semasa proses pengeraman adalah ribut salji. Bapa-bapa mithali ini akan duduk berhimpit-himpit seperti orang sedang berbincang. Naik bersalji badan.
Akhirnya bayi penguin pun menetas keluar. Dengan kuasa Tuhan, makanan si anak ada disimpan dalam mulut bapanya. Si bapa akan mengangakan mulut dan si anak akan mematuk.
Selepas beberapa lama, pulanglah ibu-ibu penguin. Kepulangan mereka adalah untuk menuntut hak penjagaan anak. Proses ini mengambil masa kerana si bapa terpaksa dipujuk. Puas dipujuk, barulah anak dilepaskan ke dakapan ibunya. Perpindahan hendaklah pantas kerana si anak belum cukup kuat dan tidak tahan sejuk. Sekarang tugas si ibu pula mengasuh anak.
Saya berasa takjub kerana ibu-ibu ini dapat mencari pasangan dan anak yang betul daripada ribuan penguin yang rupa lebih kurang sama. Padahal si ibu merantau jauh selepas bertelur sebelum kembali menuntut anaknya.
Pengajaran:
1. Setiap makhluk ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Betapa bijaknya Allah menciptakan sedemikian.
2. Binatang pun tahu insitusi keluarga tapi ada manusia yang lebih dungu daripada haiwan.
BERUANG KUTUB
Beruang kutub suka berekreasi di lautan yang membeku pada musim dingin. Timbul masalah apabila musim berubah dan salju mula mencair. Mereka akan tercari-cari jalan ke daratan. Mana-mana beruang yang ada jauh ke tengah laut, ada kemungkinan akan mati tenggelam.
Beuang kutub handal berenang dan menyelam. Namun begitu, jika berhari-hari berenang akhirnya ia akan keletihan dan lemas. Bolehlah kita bina pepatah “sepandai-pandai beruang kutub berenang, akhirnya lemas juga di laut”. Sedih rasanya melihat si beruang berenang berhari-hari, kelaparan dan menaruh harapan untuk menemui daratan.
Teringat saya kisah harimau mengamok beberapa tahun lalu. Beberapa orang manusia diserangnya. Pihak terbabit berjaya menangkapnya tetapi kita pula berasa kasihan. Mengapa? Kerana uzurnya si belang yang parah dan berkudis kakinya ditembak pemburu.
Dalam keadaannya yang uzur, hamba Allah itu tetap perlu makan. Sebelum ini ia begitu gagah memburu makanan di tengah hutan tetapi kini terpaksa menyerang apa saja yang dekat dengannya demi sesuap daging. Sebab itulah ia menyerang manusia.
Bicara tentang hukum alam yang ditentukan oleh Tuhan ini memang sukar dicapai akal fikiran. Kita ambil satu situasi. Kita berada di belantara Afrika dengan senapang di tangan. Tiba-tiba ternampak seekor harimau bintang mengejar sekumpulan kuda belang. Si harimau berjaya menjatuhkan seekor kuda belang. Apa tindakan kita?
Hendak dibiarkan si kuda belang menjadi mangsa, terasa kasihan. Hendak ditembak atau dihalau si harimau, tidak sampai hati pula kerana hamba Allah itu kelaparan dan Allah sendiri yang menentukan makanannya adalah daging haiwan lain. Serba salah juga rasanya.
Pengajaran:
1. Ilmu manusia sangat sedikit. Terlalu banyak perkara yang akal fikiran manusia tidak mampu menilainya. Oleh itu tunduklah kepada Yang Maha Kuasa yang tahu segala sesuatu. Mengapa mudah berasa bijak dan menyombongkan diri?
WALRUS
Walrus mempunyai taring yang panjang, tubuh badan yang besar dan kulit yang tebal. Walaupun pergerakannya lambat di darat tetapi senjata taring dan perisai kulitnya menjadikan ia selamat.
Beruang kutub yang kelaparan cuba mencari anak walrus sebagai hidangan. Namun begitu usahanya tidak mudah. Walrus akan membelakangkan beruang kutub melindungi si kecil dan duduk berhimpit-himpit sambil bergerak perlahan-lahan ke air. Beruang kutub bergantung kepada nasib, cuba mencari kalau-kalau ada ruang yang terbuka. Gigitan, cakaran dan pukulan beruang kutub tidak dapat menjejaskan kulit walrus dewasa. Silap-silap haribulan taring walrus singgah ke muka.
Beruang kutub yang gagal mendapat makanan akhirnya akan mati kelaparan dan keletihan.
Pengajaran:
1. Bersatu dan bahu-membahu dapat menyelamatkan ummah, malah memperkasakannya.
2. Musuh sentiasa berusaha mencari ruang-ruang lompong untuk mencelah masuk dan menjatuhkan umat kita
MANGSA DAN PEMANGSA
Ada ketika Tuhan memberikan kelebihan kepada mangsa. Ada ketika pula Dia memberikan kelebihan kepada pemangsa. Semuanya mengikut ilmu-Nya yang tidak ada sempadan.
Persekitaran bersalji memberikan kelebihan kepada haiwan yang tubuhnya berwarna seperti salji. Ada burung-burung berwarna putih manakala pemangsanya berwarna gelap. Beruntunglah putih ini kerana biasanya pemangsa terlepas pandang.
Namun begitu ada pula pemangsa yang berwana putih seperti rubah, serigala dan beruang kutub. Untung pula pemangsa jenis ini kerana kehadiran mereka suka dikesan oleh mangsa.
Begitulah kerja Tuhan. Ada kala Dia memberi kelebihan kepada kita dan ada kalanya Dia memberi kelebihan kepada pihak musuh. Semua berada dalam ilmu-Nya. Semua adalah gerak-Nya.
Pengajaran:
1. Kita kena bersabar, berdoa dan terus berusaha sewaktu kita dikalahkan Tuhan kepada musuh-musuh kita. Jangan dipertikai kerja Tuhan kerana Dia Maha Mengatur/ Merencana. Pada kesempatan lain mungkin Dia memberikan kelebihan kepada kita pula.
LABAH-LABAH
Saya pernah melihat satu dokumentari tentang sejenis labah-labah. Sewaktu hamil, labah-labah ini akan makan sebanyak-banyaknya hinggakan badannya menjadi gemuk dan besar. Sepanjang tempoh pengeraman, ia duduk diam tanpa makan apa-apa. Sebab itukah ia makan banyak sebelumnya? Bukan!
Ribuan anak labah-labah menetas. Anak-anak kecil ini belum diberi naluri oleh Allah untuk pandai mencari makanan. Jadi apa santapan mereka semasa bayi? Tidak lain adalah tubuh ibu mereka sendiri yang digemukkan oleh ibu mereka sebelum itu. Matilah si ibu demi kelangsungan hidup anak-anaknya.
Sedih betul saya dengan pengorbanan ibu labah-labah ini. Memang saya pernah jumpa ibu-ibu dalam kalangan manusia yang berkorban seperti ini. Biarlah dia tidak makan asalkan anaknya dapat makan. Lapar pun dikatanya sudah kenyang. Belum makan pun dikatanya sudah makan.
Semoga Allah berikan ganjaran yang besar kepada ibu-ibu jenis ini...
Pengajaran:
1. Sudah ada pengajarannya
Wallahualam.
‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’
Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/dijadikan-nya-haiwan-sebagai-pengajaran.html

Similar topics
» Sekilas Kisah Syam'un sebagai Pengajaran
» Ilmu Sebagai Penyelamat
» Metodologi Pengajaran Bahasa Arab
» Ilmu Sebagai Penyelamat
» Metodologi Pengajaran Bahasa Arab
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum