Metodologi Pengajaran Bahasa Arab
Page 1 of 1
Metodologi Pengajaran Bahasa Arab
Apa itu metodologi pengajaran?
Ringkasnya, cara guru sampaikan pengajaran.
Apa maksud pengajaran?
Satu organisasi yang dirancang dan diolah untuk sampaikan pemahaman tentang maklumat tertentu dalam kelas.
Apakah metod-metod pengajaran Bahasa Arab?
1. Metod Sintaksis (Nahu/Tatabahasa) dan Terjemah.
2. Metod Terus (At-Tariqatul Mubaasyarah).
3. Metod Bacaan.
4. Metod Audiolingual.
5. Metod Eklektik (At-Tariqatul Intiqaiyyah)
6. Pengajaran Bahasa Komunikatif (PBK)

Last edited by Admin on Fri Dec 14, 2012 12:54 pm; edited 1 time in total
Re: Metodologi Pengajaran Bahasa Arab
1. METOD SINTAKSIS (TATABAHASA) & TERJEMAH (At-Tariqatunnahu wattarjamah)
- Dikenali sebagai metod tradisional atau metod klasik.
- Ia metod yang mula-mnula digunakan dalam pengajaran bahasa.
Apakah yang ditekankan dalam Metod Sintaksis dan Terjemah?
i) sintaksis/tatabahasa sebagai matlamat pengajaran.
ii) terjemahan
Apakah matlamat Metod Sintaksis dan Terjemah?
i) Pelajar menguasai tatabahasa dan tulisan Arab.
ii) Pelajar dapat menterjemah (Arab ke Melayu dan sebaliknya)
iii) Pelajar dapat luaskan kosa kata.
iv) Pelajar mampu menikmati nilai estetika Bahasa Arab.
Apakah ciri-ciri Metod Sintaksis dan Terjemah?
i ) Tatabahasa jadi fokus.
ii) Terjemahan digunakan secara meluas. Penggunaan kamus aktif.
iii) Sistem tatabahasa dipelajari secara deduktif.
iv) Kemahiran bertutur tidak ditekankan.
v) Kemahiran membaca dan menulis yang ditekankan.
vi) Bahasa ibunda (bahasa Melayu) sebagai medium pengajaran.
Apakah kelebihan Metod Sintaksis dan Terjemah?
i) Kos rendah.
ii) Guru yang tidak mahir/fasih bahasa Arab pun boleh mengajar.
iii) Jumlah pelajar tidak terhad. Ramai pun tak mengapa.
iv) Kerja guru jadi mudah.
Apakah kekurangan Metod Sintaksis dan Terjemah?
i) Tidak ada dua perkataan yang betul-betul sama dalam kedua-dua bahasa. Contoh : "Akala" = makan. Tapi "makan ubat" tak boleh guna "akala", kena guna "tanaawal".
ii) Perbezaan struktur kedua-dua bahasa. Conoth : "Buku itu berada di atas meja" jika diterjemah satu-persatu akan menjadi "Al-kitab haza maujud 'alal maktab". Sepatutnya "Al-kitab 'ala maktab" sahaja.
iii) Pelajar akan mahir menterjemah tetapi tidak tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa Arab.
iv) Membosankan pelajar. Asyik-asyik diberi hukum tatabahasa.

2. METOD TERUS (At-Tariqatul Mubasyarah)
- Metod ini hendak menjadikan bahasa Arab itu hidup dan tidak kaku.
- Ia sebagai tindak balas kepada kelemahan-kelemahan dalam Metod Sintaksis dan Terjemah.
- Ia berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran moden dan ilmu psikologi kanak-kanak.
Apakah matlamat Metod Terus?
i) Pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis).
ii) Pelajar dapat praktikkan apa yang dipelajari di luar.
Apakah ciri-ciri Metod Terus?
i) Bahasa sasaran (bahasa Arab) dijadikan media pengajaran. Diharap pelajar dapat berfikir dalam bahasa Arab.
ii) Bilangan pelajar tidak ramai.
iii) Tatabahasa diajar secara induktif.
iv) Penjelasan makna perkataan dan ayat dibuat melalui tunjukcara, lakonan, gambar dan objek konkrit, selain melalui terjemahan.
Apakah kelebihan Metod Terus?
i) Sesuai untuk kanak-kanak. Mereka dapat membina tabiat bahasa.
ii) Sesuai untuk ajar tatabahasa secara induktif.
iii) Kerja guru lebih mudah. Tidak perlu terjemah kosa kata dan struktur bahasa dalam bahasa ibunda (bahasa Melayu).
Apakah kelemahan Metod Terus?
i ) Sukar untuk menyampaikan makna kepada kosa kata yang abstrak seperti manis, senyum, gembira.
ii) Pelajar akan lemah dalam tulisan.
iii) Guru kenalah terlatih.
iv) Bacaan diajar kemudian. Akan timbul masalah kerana pelajar tak kenal simbol-simbol bacaan lagi.

3. METOD BACAAN
Apakah matlamat Metod Bacaan?
i) kembangkan kebolehan membaca.
ii) Pelajar kuasai bahasa kedua/bahasa asing (bahasa Arab tanpa melalui proses terjemahan).
Apakah ciri-ciri Metod Bacaan?
i) Mula dengan mendengar ayat-ayat mudah. Kemudian pelajar sebut.
ii) Pelajar baca teks secara senyap.
iii) Pelajar baca teks secara lantang.
iv) Latihan bertutur dan menulis ditangguhkan.
v) Boleh guna bahasa ibunda dalam pembelajaran.
vi) Jenis bacaan : a) Mukhassafah (dalam kelas) b) Muwassa'ah (di luar kelas p & p)
Apakah kelebihan Metod Bacaan?
i) Tumpu pada bacaan. Kurang hafalan dan nahu.
ii) Tekankan sebutan yang tepat.
iii) Boleh guna bahasa ibunda dalam pengajaran.
iv) Bahan bacaan disusun ikut peringkat murid.
Apakah kelemahan Metod Bacaan?
i) Dapat kuantiti, bukan kualiti. Pelajar boleh habis membaca, tapi tidak faham.
ii) pelajar yang tidka mahir membaca akan bermasalah.
iii) Pelajar dapat membaca teks yang disediakan tapi tak dapat baca dan memahami bahan lain.
[b]

4. METOD AUDIOLINGUAL
- Metod audiolingual memerlukan alat pandang dengar, seperti pita rakaman.
- Ia dibina berdasarkan Metod Terus, dengan beberapa perubahan.
Apakah matlamat Metod Audiolingual?
i) Pelajar dapat kembangkan keempat-empat kemahiran bahasa.
ii) Keutamaan diberikan kepada mendnegar dan bertutur.
iii) Pelajar dapat faham budaya asing melalui pengalaman dalam bahasa.
Apakah ciri-ciri Metod Audiolingual?
i) Lisan sebelum tulisan.
ii) Bahasa ibunda dan terjemahan tidak dibenarkan.
iii) Kemahiran bertutur didahulukan.
iv) Teknik utama = latih tubi.
v) Interaksi secara bersemuka.
*Perubahan dari bahasa lisan ke bahasa tulisan bergantung kepada 3 faktor :
i) Umur.
ii) Kemahiran bahasa.
iii) Bahasa yang dipelajarinya.
Apakah kelebihan Metod Audiolingual?
i) Penggunaan alat pandang dengar meluas. Pita rakaman banyak membantu bukan penutur jati.
ii) Pelajar tidak terpaksa untuk menggambarkan sesuatu yang sedang diajar. Mereka dapat tumpu seluruh proses pembelajaran.
iii ) Melatih pelajar menggunakan seluruh alat sebutan dan pendengarannya.
Apakah kelemahan Metod Audiolingual?
i) Bebankan guru. Banyak latih tubi.
ii) Perlu masa yang panjang. Membosankan pelajar.
iii) Pelajar boleh hafal dna tiru ajaran guru, tapi tak dapat gunakannya dalam konteks sebenar.
Bagaimanakah teknik pengajaran Metod Audiolingual?
i) Lisan.
ii) Dialog ditiru dan dihafaz.
iii) Pelajar dengar guru sebut.
iv) Murid sebut.

5. METOD EKLEKTIK (At-Tariqatul Intiqaiyyah)
- Ringkasnya gabungjalin. menggabungkan beberapa metod.
- Dikenali juga sebagai Active Method atau Multiple Approach.
Apakah matlamat Metod Eklektik?
i) Pelajar kuasai 4 kemahiran bahasa.
ii) Pelajar praktikkan bahasa Arab dalam kehidupan dan masyarakat.
Apakah ciri-ciri Metod Eklektik?
i ) Tatabahasa diajar secara induktif.
ii) 4 kemahiran bahasa diajar serentak.
iii) Hafalan tak penting, faham lebih penting. Bahasa dicipta, bukan diwarisi. Oleh itu bahasa tak perlu dihafal.
iv) Bahasa itu budaya. Pengajaran bahasa harus mencakupi pengajaran budaya.
v) Bahasa sasaran (bahasa Arab) sebagai medium pengajaran.
Apakah kelebihan Metod Eklektik?
i) Penekanan turut kepada budaya bahsa itu, bukan setakat bahasa.
ii) 4 kemahiran ditekan secara seimbang.
iii) Pelajar akan lebih mahir kerana bahasa Arab sebagai medium.
Apakah kelemahan Metod Eklektik?
i) Guru kena kuasai pelbagai metod.
ii) Guru kena pastikan metod ini memudahkan murid, bukan menyusahkannya.

6. PENGAJARAN BAHASA KOMUNIKATIF (PBK)
- Terkini di Malaysia dalam pengajaran bahasa Arab.
- Fokusnya terhadap pengajar dan pengajaran.
Apakah ciri-ciri PBK?
i) Penggunaan bahasa ibunda (bahasa Melayu) secara bijaksana dapat diterima.
ii) Penggunaan terjemahan secara bijaksana dapat diterima.
iii) Belajar bahasa ertinya belajar komunikasi. Oleh itu komunikasi yang efektif sangat ditekankan.
iv) Murid diharapkan berinteraksi dengan orang lain melalui kelompok atau pasangan secara lisan atau tulisan.
Abu Zulfiqar
14 Disember 2012

APAKAH DEFINISI BAHASA?
Bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang berfungsi sebagai alat perhubungan sesama manusia.
APAKAH CARA YANG DIGUNAKAN UNTUK BERKOMUNIKASI SEBELUM MANUSIA MENJADIKAN BAHASA SEBAGAI SISTEM YANG TERSUSUN SEBAGAI MEDIUM PERHUBUNGAN YANG UTAMA?
i) Isyarat anggota badan.
ii) Memek muka.
iii) Laungan dan jeritan.
iv) Alat-alat seperti gendang, bendera, api asap dll.
NYATAKAN 2 TEORI KELAHIRAN BAHASA.
i) Teori Taufiqi - Wahyu. Bahasa dipelajari dalam sebuah sistem pendidikan rabbani.
ii) Teori Istilah - Manusia bersepakat menamakan sesuatu lalu diturunkan kepada generasi seterusnya.
Ulama Mu'tazilah dan ahli falsafah Barat berpegang dengan Teori Istilah.
Imam Jalaluddin as-Sayuti pula menyatukan keduaa-dua teori.
APAKAH FUNGSI BAHASA?
i) Alat perhubungan dalam masyarakat.
ii) Medium penting menggerakkan pemikiran.
iii) Berperanan ke atas jiwa. Ia beri ketenangan, naikkan semangat, hiburan dll.
iv) Bahasa adalah budaya manusia. Ia sebagai wasilah pendidikan dan wasilah pemindahan maklumat.

DARI MANA ASAL PERKATAAN "ARAB"?
Dari bahasa Hebrew, "arbaha" atau "erbaha" bermaksud tanah yang tandus. Ada juga yang menyebut "ahbar" yang maksudnya berpindah.
APAKAH 5 BAHASA YANG BERJAYA MEMBINA DAN MEMPENGARUHI SECARA DOMINAN KETAMADUNAN DUNIA?
1. Arab
2. Sanskrit.
3. Latin.
4. Greek.
5. China Kuno.
APAKAH MAKSUD RUMPUN BAHASA SAMIYYAH?
Rumpun bahasa yang dinisbahkan kepada Sam bin Nabi Nuh.
Antaranya bahasa Arab, Arami, Finik, Ibre, Yaman, Babal dan Asyur.
NYATAKAN DUA RUMPUN BAHASA SAMIYYYAH.
1. Di kawasan timur - Akkad iaitu bahasa Babal dan Asyur.
2. Di kawasan barat - Kanaan dan Arami di utara. Yaman Kuno, Arab Baidah dan Arab Bakiah di selatan.
BAHASA ARAB MANAKAH YANG MASIH DIGUNAKAN SEHINGGA KE HARI INI?
Bahasa Arab Bakiah.
APAKAH DIALEK-DIALEK DALAM BAHASA ARAB BAKIAH?
Quraisy, Tamim, Bakr, Kadhaah, Huzail, Taiy, Humair, Rabiah, Hawazin, Kis dan Asad.
APAKAH TIGA FAKTOR YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN DIALEK QURAISY?
1. Agama - Seluruh Arab hormat Makkah sebagai tanah suci.
2. Ekonomi - Quraisy bijak berniaga ke Syam dan Yaman.
3. Politik - Qurasy kuasai Makkah.

Similar topics
» Ilmu Hadith, dalam Bahasa Mudah
» Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran
» Sekilas Kisah Syam'un sebagai Pengajaran
» Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran
» Sekilas Kisah Syam'un sebagai Pengajaran
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum