MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Keinsafan Seorang Kaki Pukul

Go down

Keinsafan Seorang Kaki Pukul Empty Keinsafan Seorang Kaki Pukul

Post  Admin Thu Dec 13, 2012 12:26 pm

Kisah ini berlaku sekitar empat lima tahun lepas. Suatu pagi saya pergi menunaikan solat fardhu Subuh di surau. Zaman itu biasanya waktu Subuh di surau itu ‘tidak hidup’. Jarang-jarang dapat berjemaah. Jika ada pun dua orang sahaja.


Sampai di surau, saya lihat ada seorang lelaki yang pernah saya lihat tetapi tidak saya kenal namanya. Usianya sekitar akhir 40-an ataupun awal 50-an. Melihatkan keadaannya, saya percaya dia bermalam di surau itu. Selepas melaungkan azan dan melakukan solat sunat fajar, saya pun bersedia untuk melaksanakan fardhu Subuh. Tidaklah saya endahkan lelaki itu kerana sekali imbas nampak seperti ada ‘kurang’ sikit. Kebetulan di surau ini memang ada seorang lelaki lain yang ‘kurang sikit’ akalnya sesekali bermalam tetapi tidak mengerjakan solat.


Orang tadi berjemaah dengan saya. Habis memberi salam, saya buat wirid dan doa ringkas lalu bersalaman dengannya. Tiba-tiba dia menangis macam anak kecil. Dia menyatakan penyesalan dan keinsafan yang nampak bersungguh-sungguh. Entah apa yang ditangis dan dikesalnya tidaklah saya tahu tetapi saya berusaha menjadi pendengar yang baik, dan sesekali menyampuk beberapa patah perkataan sebagai memenuhi adab-adab seorang pendengar. Dia memohon tunjuk ajar, nasihat dan semangat daripada saya.


Antara ceritanya yang masih saya ingat ialah pengalamannya sebagai orang jahat. Dia tidak ada nama dalam kalangan orang ramai tetapi ada ‘bisa’ dalam kalangan orang-orang besar dan tauke-tauke. Dia berkhidmat sebagai kaki pukul upahan. Polis tidak mengesyakinya kerana dia berkelakuan seperti orang kurang waras. Pakainya serebeh, tidak bergaul dengan orang dan membawa payung ke mana-mana. Rupa-rupanya payung itulah senjatanya. Hujung payung digunakan untuk menusuk tubuh orang manakala tempat pemegang payung seperti tanda soal itu sebagai pencakuk leher. Sudah ramai yang menjadi mangsanya atas upahan orang-orang tertentu.


Banyaklah perkara-perkara tidak elok yang pernah dilakukannya tetapi tidak saya ingat lagi secara tepat. Dan kini dia mendakwa mendapat petunjuk untuk kembali ke pangkal jalan. Kini dia bekerja sebagai pengawal di sebuah kilang beras berhampiran. Selama dua tiga hari selepas itu saya kira dia menjadikan surau itu sebagai tempat penginapan ataupun persinggahannya. Kemudian dia menghilang...


Sebulan dua kemudian, saya mendapat khabar dia sudah meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan.



Abu Zulfiqar

7 Julai 2010



· Sebenarnya saya ingat-ingat lupa... perbualan kami berlaku pada waktu Subuh ataupun Isyak. Tapi yang pasti ketika itu memang kami berdua saja di surau itu.

http://alexanderwathern.blogspot.com/2010/07/keinsafan-seorang-kaki-pukul-upahan.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum