MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dajjal Itu Seorang Manusia?

Go down

Dajjal Itu Seorang Manusia? Empty Dajjal Itu Seorang Manusia?

Post  Admin Sun Dec 09, 2012 5:50 pm

PENDAHULUAN

Apakah Dajjal itu? Manusiakah? Jin? Kumpulan? Ideologi? Gergasi? Lain-lain? Ada pelbagai pandangan para ilmuwan dan pengkaji. Tulisan ini akan membentangkan beberapa sandaran berupa hadis dan atsar yang menyokong pendapat yang mengatakan Dajjal itu ialah manusia.

SANDARAN-SANDARAN DAN ULASAN

Suatu hari Rasulullah saw bermimpi bertawaf di Baitullah dan dia ternampak Nabi Isa dan Dajjal. Katanya : “Dia (Dajjal) itu seorang yang gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur yang masak.” (Bukhari).

Mula-mula Rasulullah ternampak Nabi Isa dan kemudian dia ternampak Dajjal. Nabi Isa seorang manusia, maka berkemungkinan besar Dajjal itu juga seorang manusia. Tambahan lagi ciri-ciri seperti gemuk, berkulit merah, berambut keriting dan buta sebelah mata ialah ciri-ciri manusia.

(Nabi berkata kepada Saiyidina Umar) : “Jika dia (Ibnu Sayyad, seorang lelaki yang disangkakan Dajjal oleh sebahagian sahabat) ialah Dajjal, maka engkau tidak dapat menguasainya. Tapi jika dia bukan, maka tidak ada kebaikan untuk engkau membunuhnya.” (Bukhari). (1)

Berdasarkan hadis ini, Rasulullah sendiri tidak pasti sama ada Ibnu Sayyad itu Dajjal ataupun bukan. Dalam artikel ini, perbahasannya bukanlah Ibnu Sayyad itu Dajjal ataupun bukan, tetapi Dajjal itu manusia ataupun bukan manusia. Oleh itu kita terus kepada matlamat kita.

Nampaknya Rasulullah sendiri tidak menolak kemungkinan Dajjal ialah seorang manusia. Kalau tidak, sudah tentu awal-awal lagi dia sudah memberitahu kepada para sahabat bahawa Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal.

Muhammad bin Al-Munkadir berkata, “Aku menyaksikan Jabir bin Abdullah bersumpah dengan nama Allah bahawa Ibnu Sayyad ialah Dajjal. Aku bertanya kepadanya, “Engkau bersumpah dengan nama Allah?” Dia menjawab , “Aku mendengar Umar bersumpah begitu di sisi Nabi tetapi baginda tidak mengengkarinya.” (Bukhari)

Jelasnya Rasulullah tidak menolak bahawa Dajjal itu seorang manusia. Jika tidak, sudah tentu dia mengengkari sumpah Saiyidina Umar yang mengatakan Ibnu Sayyad ialah Dajjal.

Abdullah bin Umar berkata : “Demi Allah, aku tidak ragu-ragu bahawa Al-Masih Dajjal ialah Ibnu Sayyad.” (Abu Daud)

Memang terdapat beberapa orang sahabat yang percaya Dajjal ialah manusia, kerana Ibnu Sayyad seorang manusia.

“Dajjal cacat mata kirinya dan rambutnya keriting seperti buih kerana lebatnya.” (Muslim)

Sekali imbas nampaknya ini ciri-ciri seorang manusia.

“Sesungguhnya Dajjal itu matanya terhapus dan di atasnya terdapat selaput mata yang tebal…….” (Muslim)

“Dajjal itu buta matanya sebelah kiri dan lebat rambutnya.” (Muslim)

Ini juga ciri-ciri seorang manusia.

Lagi bukti para sahabat tidak menolak bahawa Dajjal ialah manusia :
Ibnu Sayyad (yang dianggap Dajjal) berkata kepada Abu Said, “Aku bertemu orang ramai dan mereka menyangka aku ini Dajjal. Bukankah engkau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda bahawa Dajjal tidak punya anak?” Abu Said menjawab , “Betul.” Kata Ibnu Sayyad lagi : “Padahal aku mempunyai anak…….” (Muslim)

Seterusnya :
“Sesudah itu Allah mengutus Isa ibnu Maryam, ia seperti ‘Urwah bin Mas’ud ats-Tsaqafi, lalu muncullah, kemudian dia membunuh Dajjal.” (Muslim, Ahmad)

Nabi Isa membunuh Dajjal. Pernyataan sebegini memang sesuai untuk manusia.

Dalam Sahih Muslim, diriwayatkan Tamim Ad-Dari bertemu dengan Dajjal di sebuah pulau. Lelaki itu badannya besar dan terbelenggu. Rasulullah sendiri mengesahkan orang itu ialah Dajjal.

KESIMPULAN

Berdasarkan sandaran-sandaran yang dikumpulkan ini, memang sukar untuk kita menafikan bahawa Dajjal bukan manusia. Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar
26 September 2012


(1) Ibnu Sayyad beragama Islam, salah seorang sahabat Nabi, tinggal di Madinah, mengerjakan haji dan pernah berjihad. Masih kecil ketika Rasulullah tiba di Madinah. Ada maklumat mengatakan dia seorang Ansar dan ada yang kata dia asalnya Yahudi Madinah.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/09/dajjal-itu-seorang-manusia.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum