Benarkah Mereka Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim?
Page 1 of 1

1.0 PENDAHULUAN
Selalu benar kita mendengar pihak-pihak tertentu mengaku sebagai Tuhan, rasul, nabi, Al-Mahdi, Pemuda Bani Tamim, wali dan sebagainya. Kali ini seorang lelaki dari Yaman bernama NASSER MOHAMED mengakui dirinya Al-Mahdi, dan seorang lelaki dari Lombok, Indonesia bernama ABDUL AZIZ MUHAMMAD NASHIR mengakui dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim. Kedua-dua hamba Allah ini saling mengiktiraf. Dari sehari ke sehari mereka semakin rancak mencari pengikut. Benarkah dakwaan mereka? Ataupun mereka tidak lebih hanya salah satu daripada sekian banyak ajaran sesat yang wujud di muka bumi ini?
Tulisan ini umumnya dihidangkan dalam bentuk PERBINCANGAN, bukannya ARGUMENTASI. Oleh itu saya akan membincangkan pro dan kontra, menyatakan kecenderungan peribadi saya jika perlu ke atas setiap bahagian itu, dan lebih suka jika pembaca dapat membuat pertimbangan sendiri ke atas maklumat-maklumat yang dihidangkan. Namun begitu di akhir-akhir tulisan ini nanti, pembawaannya akan lebih kepada argumentasi kerana sudah semakin jelas apa yang bendar dan apa yang salah. Secara peribadi, saya tidak fikir mereka ialah Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. WAllahua’lam.
Tulisan ini juga dibuat tanpa saya merujuk kepada mana-mana tulisan berkaitan kerana setakat ini saya belum jumpa mana-mana orang yang menghuraikannya dengan panjang lebar. Oleh itu, maklumat-maklumat dalam tulisan ini tidak mustahil mengandungi kelemahan dan kesalahan. Semoga Allah mengurniakan gerak yang baik kepada saya dan anda semua.
Isi kandungan tulisan ini adalah seperti berikut :
1.0 Pendahuluan
2.0 Menilai Pegangan Nasser Mohamed (Al-Mahdi?)
3.0 Menilai Pegangan Abdul Aziz Muhammad Nashir (Pemuda Bani Tamim?)
4.0 Persoalan-persoalan Sampingan (yang dikemukakan oleh orang ramai)
5.0 Perbezaan-perbezaan Antara Al-Mahdi dan Nasser Mohamed
6.0 Cara Penyebaran Dakwah/Dakyah Nasser dan Abdul Aziz
7.0 Hasil Dakwah/Dakyah Nasser dan Abdul Aziz
8.0 Kesimpulan
2.0 MENILAI PEGANGAN NASSER MOHAMED (AL-MAHDI?)
2.1 WAJAH AL-MAHDI
Saya ada melihat beberapa keping gambar yang dikatakan wajah Al-Mahdi iaitu Nasser Mohamed. Melihatkan pada hidungnya yang mancung, memang sudah kena dengan isyarat hadith Nabi. Tapi, bahagian dahinya tidak sama kerana dahinya jenis sempit sedangkan dahi Al-Mahdi luas.
“Al-Mahdi itu DAHINYA LUAS dan hidungnya mancung.” (Abu Daud)
Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitabnya ‘Ulasan Ringkas Tentang Tanda-tanda Al-Mahdi Yang Dinanti’ menyatakan : “Kulit Al-Mahdi seperti kulit orang Arab, bentuk tubuhnya seperti tubuh Bani Isra’il, pipi kanannya bertahi lalat, dan kekhalifahannya diredhai penduduk bumi, penduduk langit dan burung di angkasa.”
Riwayat senada ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Thabrani. Riwayat ini mungkin tidak kukuh, tapi boleh juga kita cuba-cuba padankan dengan Nasser Mohamed.
Saya memandang bahagian ini mengurangkan kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi. Bagi Nasser, Abdul Aziz dan para pengikut mereka, riwayat-riwayat ini tidak ada ertinya kerana mereka menolak pelbagai hadith yang sahih dan hasan, apatah lagi yang dhaif. Hal ini kerana bagi mereka, banyak hadith-hadith yang digunakan oleh umat Islam adalah palsu. Hanya Imam Nasser sahaja yang tahu palsu atau tidaknya sesuatu hadith kerana dia mendapat tahu terus daripada Tuhan. Nasser tidak menilai sesuatu hadith mengiktu method ilmu mustalah hadith, tetapi cukup melalui KEGHAIBAN.
2.2 KEMAKSUMAN
Nasser Mohamed mengakui dirinya tidak maksum. Bahagian ini memang kita persetujui. Tetapi dia menambah pula, bahwa TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG MAKSUM KECUALI ALLAH. Bahagian ini janggal bunyinya, kerana kita sedia maklum yang para nabi bersifat maksum. Atau mungkin juga Nasser Mohamed mempunyai definisi ‘maksum’ yang lain daripada yang biasa kita fahami.
Saya memandang bahagian ini mengurangkan kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi.
2.3 ILMU LADUNI
Katanya dia menerima ilmu terus daripada Allah sebagaimana Nabi Sulaiman pernah menerimanya. Ilmu ini tidak melalui perantaraan Malaikat Jibril. Oleh itu dia bukan rasul atau nabi. Dalam kata lain, ilmu yang dimaksudkan oleh Nasser Mohamed ialah ilmu laduni. Hal ehwal ilmu laduni ini ada dibincangkan dengan agak terperinci oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya ‘Ar-Risalah Al-Laduniyyah’. Para pembaca boleh merujuk kitab itu untuk mendapatkan pemahaman tentangnya.
Bahagian ini kita boleh pertimbangkan (boleh dipertimbangkan bukannya bermaksud boleh dipercayai terus). Setakat ini saya memandang bahagian ini mungkin dapat menguatkan kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi. Namun apabila kita mengembara semakin jauh ke bawah nanti, kita akan dapati dakwan-dakwaannya penuh dengan kekarutan.
2.4 KHULAFA AR-RASYIDIN
Nasser Mohamed menyanjung Saiyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Hal ini menunjukkan dia bukanlah penganut fahaman Syiah. Namun begitu dia memandang keutamaan lebih terletak pada Saiyidina Ali berbanding tiga orang lagi khalifah. Hal ini tidak mengejutkan kita kerana memang ramai ahli masyarakat Yaman yang memandang Saiyidina Ali lebih afdhal dan lebih utama untuk menjawat jawatan khalifah selepas pemergian Rasulullah saw. Namun begitu, dengan pemahaman sebegitu sahaja tidaklah membuatkan mereka terkeluar daripada Ahli Sunnah wal Jamaah. Pandangan majoriti ulama ialah Saiyidina Ali bukan yang terafdhal atau paling utama, namun ada juga beberapa pandangan lain yang boleh dikira terpencil seperti lebih afdhal dan utamanya Fatimah binti Rasulullah dan Saiyidina Abbas.
Saya memandang bahagian ini dapat menguatkan kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi (setakat perjalanan awal artikel ini).
2.5 HOLLOW EARTH NASSER MOHAMED
Menurut Nasser Mohamed, Hollow Earth ialah satu terowong malah alam di bawah tanah yang memiliki dua pintu. Satu pintu terletak di Utara dan satu lagi di Selatan. Di sinilah tempat asal Nabi Adam sebelum baginda dihantar keluar ke bumi.
Ramai umat Islam percaya tempat asal Nabi Adam ialah di syurga. Namun begitu ada juga yang mengatakan bahawa tempat itu bukannya syurga. Ia lebih kepada sebuah taman atau kebun yang indah. Sebab itulah ia disebut sebagai “jannah”, yang bermaksud kebun. Jannah ini tidak sama dengan Jannah syurga. Pada zaman itu, syurga sebenar belum dibangunkan. Kalau sudah diwujudkan pun, ia terletak di tempat yang lain. Bukankah Tuhan telah berjanji bahawa mana-mana manusia yang masuk ke dalam syurga, tidak akan keluar-keluar lagi? Padahal Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari jannah.
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam jannah dan (berhampiran) mata air.” (Al-Hijr : 45)
“Mereka tidak berasa letih di dalamnya dan MEREKA TIDAK AKAN DIKELUARKAN DARIPADANYA.” (Al-Hijr : 48)
Tuhan juga mengatakan bahawa di dalam syurga tidak akan terdengar perkataan yang sia-sia, yang tidak elok. Tapi Adam dan Hawa terfitnah dengan kata-kata Iblis di dalam jannah itu sehinggakan mereka diusir keluar.
“Dalam jannah na’im (dalam syurga kenikmatan).” (Al-Waqi’ah : 12)
“Di sana mereka TIDAK MENDENGAR PERCAKAPAN YANG SIA-SIA ataupun yang menimbulkan dosa.” (Al-Waqi’ah : 25)
Kemudian, jika benar jannah yang diduduki Adam dan Hawa itu syurga, bagaimana IBLIS yang enggan bersujud kepada Adam sebelum itu BOLEH MASUK KE SANA lalu menghasut Adam dan Hawa?
Kata Iblis : “Tuhan kamu hanya melarang kamu berdua mendekati POHON INI…” (Al-A’raf : 20)
Perkataan “pohon ini” menunjukkan dekatnya Adam, Hawa dan Iblis dengan pohon larangan itu. Jika jauh, Iblis akan menyebutnya sebagai “pohon itu”.
Berdasarkan maklumat-maklumat ini, tidak mustahil juga mereka dahulunya berada di sebuah alam berupa taman atau kebun, bukannya syurga sebenar. WaAllahua’lam.
Bible pula menyatakan yang Adam dan Hawa berada di sebuah taman yang dikenali sebagai Taman Eden (ada kaitan dengan Syurga ‘Adn/ ‘Adnin ataupun wilayah Aden/Eden di Yaman?). Nampaknya maklumat daripada Bible sedikit-sebanyak menyokong pandangan di atas. Kajian tentang hal ini masih berterusan.
“The LORD God planted a garden eastward in Eden, and there He put the man whom He had formed.” (Genesis 2 : 8 – New King James Bible)
Maksudnya : “Tuhan membangunkan taman di timur Eden, dan di sanalah Dia meletakkan manusia lelaki yang diciptakan-Nya itu.”
Berbalik kepada Nasser Mohamed, dia percaya yang Nabi Adam dan Hawa asalnya bukan tinggal di syurga, tetapi di tempat lain. Hal ini bolehlah kita beri pertimbangan yang sewajarnya. Namun apabila dia mengatakan tempat itu ialah di bawah tanah, sukar juga untuk kita memberi pertimbangan. Kalau dikatakannya tempat itu berada di Bukit Qaf, ataupun di kayangan, ataupun di alam jin, rasanya lebih selesa untuk kita beri sedikit ruang pertimbangan berbanding dikatakannya “ di dalam bumi”.
Ayat Al-Quran pula berbicara tentang keluarnya Adam dari Jannah ke muka bumi sebagai “TURUN”. Maksudnya Nabi Adam turun dari suatu tempat yang tinggi, bukannya keluar dari bawah bumi. Sekalipun ‘turun’ dalam ayat itu hendak kita kaitkan dengan turunnya darjat dan bukan turunnya lokasi, keluar dari bawah bumi masih tidak enak didengar untuk dikaitkan dengan ‘turun’.
“(Allah) berfirman : “TURUNLAH KAMU (wahai Adam dan Hawa). Kamu akan saling bermusuhan satu sama lain. Bumi adalah tempat kediaman dan kesenanganmu, sampai lah waktu yang ditentukan.” (Allah) berfirman : “DI SANA (bumi) kamu hidup, di sana kamu mati, dan dari sana (juga) kamu akan dibangkitkan.” (Al-A;raf : 24-25)
Sekiranya Adam dan Hawa berada dalam perut bumi iaitu di Hollow Earth, pastinya Tuhan akan mengatakan : “Di sini kamu hidup, di sini kamu mati, dan dari sini kamu akan dibangkitkan.” Hal ini kerana Hollow Earth berada dalam satu planet dengan permukaan bumi yang kita duduki hari ini. Apabila Tuhan menggunakan perkataan “di sana”, maksudnya antara tempat asal Nabi Adam dengan bumi, jaraknya sangat jauh.
Menurut Nasser Mohamed lagi, satu hari di Hollow Earth sama panjangnya dengan setahun di bumi. Di sini pelik bunyinya. Jika Hollow Earth berada di dalam bumi, tentulah ia bergerak (sama ada mengelilingi ataupun dikelilingi objek-objek angkasa lepas yang lain) dengan kadar yang sama. Maka masanya sepatutnya sama. Bahagian ini kurang jelas kerana tidak banyak maklumat yang diberikan oleh Nasser Mohamed.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/08/benarkah-mereka-al-mahdi-dan-pemuda.html

Re: Benarkah Mereka Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim?
2.6 YAKJUJ DAN MAKJUJ
Nasser Mohamed percaya Hollow Earth itu didiami oleh makhluk-makhluk tertentu termasuklah Yakjuj dan Makjuj. Maknanya selama ini kaum Yakjuj dan Makjuj berada di dalam perut bumi. Suatu hari nanti mereka akan keluar merosakkan atas muka bumi.
Bahagian berkaitan Yakjuj dan Makjuj ini kalau dibincangkan secara terperinci akan menjadi sangat panjang. Oleh itu saya RINGKASKAN perbincangan tentangnya di sini dengan mengatakan bahawa setakat ini sukar untuk saya menerima yang Yakjuj Makjuj berada di dalam tanah, sekalipun ia tidak mustahil. Hal ini kerana kita tahu Zulqarnain membuat penghadang kepada Yakjuj Makjuj DI ANTARA DUA GUNUNG, maksudnya Yakjuj Makjuj berada DI SEBALIK SANA kedua-dua gunung tersebut, bukannya di dalam tanah.
“Hingga ketika dia (Zulqarnain) sampai DI ANTARA DUA GUNUNG, didapatinya di belakang (kedua-dua belah gung itu) suatu kaum yang hampir-hampir tidak memahami perkataan.” (Al-Kahfi : 93)
Suatu hari nanti, tentera Yakjuj Makjuj akan meluru dari segenap tempat yang tinggi. Jika mereka keluar dari dalam bumi, tentulah tak sesuai untuk dikatakan mereka meluru turun dari segenap tempat yang tinggi.
“Hingga apabila dibukakan Yakjuj dan Makjuj, mereka (datang/turun) dari seluruh TEMPAT YANG TINGGI.” (Al-Anbiya’ : 96)
“Sesungguhnya kamu merasakan kamu tidak mempunyai musuh, sedangkan kamu sentiasa membunuh musuh kamu, sehingga datang Yakjuj dan Makjuj dalam keadaan muka yang lebar dan mata yang kecil berwarna kekuning-kuningan, bersegera (meluru) dari TEMPAT YANG TINGGI, seolah-olah muka mereka lebam seperti terkena pemukul.” (Ahmad)
Seterusnya Nasser Mohamed memaklumkan bahawa Yakjuj dan Makjuj belum keluar ke muka bumi kerana Hollow Earth dipisahkan bahagian Utara dengan Selatannya oleh Tembok Zulqarnain, yang tentunya sebuah tembok besi bersalut tembaga. Bahagian ini pun sukar untuk KITA berikan ruang pertimbangan kerana takkanlah Zulqarnain membina tembok di dalam tanah, atau di alam ghaib. Katanya lagi, mereka akan keluar apabila Planet Nibiru/ Sijjil/Saqar melewati bumi suatu hari nanti kerana ketika itu Tembok Zulqarnain akan termusnah.
Namun begitu, sabagaimana yang saya maklumkan pada bahagian pendahuluan artikel ini, hujah yang pro tidak saya tinggalkan. Ada sebuah hadith yang boleh kita katakan sebagai penguat kepada kepercayaan mengatakan Yakjuj dan Makjuj berada di dalam tanah iaitu :
“Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj menggali tembok itu setiap hari sehingga mereka HAMPIR DAPAT MELIHAT CAHAYA MATAHARI. Berkata dalam kalangan mereka : “Marilah kita pulang dan datang semula esok……” (Ahmad, Turmizi)
Yakjuj dan Makjuj menggali setiap hari sehingga hampir dapat melihat cahaya matahari. Di sini mungkin maksudnya mereka menggali dari lokasi yang tidak dipancar cahaya matahari. Mungkinkah mereka di dalam tanah? WAllahua’lam.
“Nabi saw bangkit dari tidurnya dalam keadaan muka merah, baginda berkata : “Tiada Ilah selain Allah! Celakalah kaum Arab yang melakukan kejahatan. Sesungguhnya makin hampir. Telah terbuka hari ini penutup (AR-RADM) Yakjuj dan Makjuj.” Dan baginda membuat isyarat bulatan. (Ahmad)
Terbukanya penutup Yakjuj dan Makjuj ini bersesuaian dengan keluarnya suku kaum Khazar dari utara (Rusia) melalui pergunungan Kaukasus, iaitu dari Celahan Darial (Darial Pass). Setakat ini saya cenderung mengatakan di situlah lokasi tembok besi bersalut tembaga yang dibina oleh Zulqarnain, berbanding lokasi-lokasi lain. Penghalang Yakjuj Makjuj melebar dari Tembok Besar China sehinggalah ke Eropah. Kebanyakannya penghalang semulajadi berupa gunung-ganang dan kawasan tinggi. Selebihnya ialah tasik besar, tembok batu, pintu besi dan seumpamanya.
Tapi apabila Rasulullah bermimpi tentang ‘penutup’ (ar-radm) kepada Yakjuj Makjuj, maksudnya lebih kepada SUATU BINAAN BUATAN MANUSIA, bukannya penghalang semulajadi. Ar-radm merujuk kepada binaan buatan manusia, maka sudah tentulah di Celahan Darial itu ada binaan manusia yang menutup laluan Yakjuj Makjuj. Di situlah kemungkinan besarnya terdapat tembok besi bersalut tembaga buatan Zulqarnain. Kaum Khazar ini melakukan kerosakan di tempat-tempat yang mereka pergi dan berjaya mengalahkan tentera Islam. Bangsa Yakjuj Makjuj itu sangat besar, kaum Khazar ialah salah satu daripadanya. Maksudnya kaum Khazar ialah kaum Yakjuj Makjuj pertama yang berjaya meloloskan diri dan melakukan kerosakan lalu kemudiannya diikuti oleh kaum-kaum Yakjuj Makjuj yang lain.
Berdasarkan hujah ini, Yakjuj Makjuj pada zaman dahulu bukanlah makhluk aneh, makhluk asing, raksasa dan seumpamanya, tetapi suku bangsa manusia yang tidak bertamadun. Pada zaman silam, bangsa-bangsa yang tinggal di utara dunia hidup tidak bertamadun. Sebab itu mereka digelar ‘orang-orang gasar’ atau ‘barbarians’. Tamadun-tamadun awal dunia semuanya terletak di selatan daripada penghalang Yakjuj Makjuj seperti tamadun China, Mesopotamia, Yunani, Greek, Mesir, Mohenjodaro dan lain-lain.
Saya memandang bahagian ini mengurangkan kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi.
2.7 HOLLOW EARTH SECARA UMUM
‘Hollow Earth’ ialah satu teori, dan mungkin sesuai juga dikatakan sebagai satu konspirasi. Kononnya di dalam planet bumi kita ini, ada ruang berongga yang sangat luas. Umumnya ia seumpama sebiji kelapa. Kita semua hidup di atas kulit kelapa itu (iaitu permukaaan bumi), dengan kaki kita memijak kulit kelapa itu dan kepala kita menghadap ke atas (ke angkasa lepas).
Di dalam buah kelapa itu ada ruang kosong (berisi air, kita anggaplah air itu tidak ada, yang ada hanya ruang kosong). Orang-orang yang tinggal di sana keadaannya bertentangan/ terbalik dengan kita di atas permukaan buah kelapa. Kaki mereka berpijak pada isi buah kelapa manakala kepala mereka menghadap ke arah tengah buah kelapa. Tengah buah kelapa itulah langit mereka dan dipercayai ada sesuatu seperti matahari di situ (central sun). Maksudnya graviti mereka terbalik berbanding graviti kita. Hal ini memang membingungkan kita kerana jika ia benar, pusat graviti planet bumi akan berada di antara muka bumi dengan dunia Hollow Earth, bukannya di pusat planet bumi. Kalau mahu ditamsilkan dengan buah kelapa, pusat gravitinya akan berada di antara sabut dengan isi kelapa, iaitu pada tempurungnya.
Jadi penghuni Hollow Earth ada bumi tempat berpijak, langit tempat bernaung dan tenaga alam sendiri iaitu matahari yang istimewa. Kononnya di sana ada makhluk-makhluk aneh seperti alien, dinasour, UFO dan sebagainya.
Antara orang yang mengemukakan kewujudan Hollow Earth ialah Edmund Halley (1692) yang terkenal dengan Komet Halley itu. Katanya, di bawah perut bumi ada ruang berongga yang mempunyai atmosfera. Aurora atau Cahaya Utara yang cantik berwarna –warni di langit utara itu katanya tidak lain ialah gas bercahaya yang datang dari dalam perut bumi di kutub. Jules Verne, penulis terkenal itu pula ada menulis sebuah fiksyen yang popular dan pernah difilemkan dengan tajuk “A Journey to the Center of the Earth”. Hitler sendiri dikatakan berminat dengan Teori Hollow Earth.
Sebenarnya ‘dunia bawah’ atau ‘dunia bawah tanah’ dikatakan ada disentuh dalam ‘Epic of Gilgamesh’ dan buku Mesir kuno ‘Egyptian Book of the Dead’, namun ‘bawah tanah’ yang bagaimana yang mereka maksudkan, tidaklah dapat kita pastikan di sini. Ada orang menganggap ‘bawah tanah’ itu betul-betul di bawah tanah, ada pula yang menganggap ia satu dunia ghaib, dan ada juga yang beranggapan ia sekadar perlambangan.
Saya ada berbual dengan beberapa orang penganut agama Hindu dan Tao. Mereka percaya ada tempat di bawah tanah, tetapi tempat itu di ALAM GHAIB. Ia tempat orang-orang mati yang melakukan terlalu banyak kesalahan. Kata mereka, sesiapa yang sebelum mati banyak buat baik akan diangkat naik ke atas langit, dan sesiapa yang banyak buat salah akan TURUN KE BAWAH TANAH.
Kisah dari Babylon pula ada menceritakan tentang Ishtar turun ke dunia bawah tanah. Malah dalam lagenda Indian Hopi, ada panduan masuk ke dalam ruang di perut bumi. Salah satu lokasinya ialah di Colorado. Mereka percaya dunia kita ini ialah DUNIA KE-4. Tiga dunia lagi berada di bawah tanah. Rasa saya, cerita Indian Hopi ini sangat sukar untuk kita terima. Dalam tradisi masyarakat Tibet, ada kisah tentang Argharta iaitu kerajaan bawah tanah di pusat bumi. Di sanalah tempat raja dunia memerintah. Sesetengah pihak percaya bahawa kerajaan Shambala yang misteri itu berada di sana.
Leonhard Fuller (1707-1783) percaya ada matahari di Hollow Earth. John Lesley (1766-1832) juga yakin ada matahari di sana, malah dua matahari. Satu dinamakannya Pluto dan satu lagi Proserpine. Cyrus Reed Teed pula datang dengan teori yang agak berlainan yang dinamakan Teori Cocave Sphere. Menurutnya, kitalah yang sedang berada dalam Hollow Earth. Ertinya ada manusia lain yang tinggal di atas permukaan bumi. Lagi haru!
Sekalipun Teori Hollow Earth ini tidak punya sandaran yang kukuh, namun manusia juga tidak punya sandaran yang bagus untuk menafikannya. Keadaan ini berterusan sehinggalah ke abad ke-19, membolehkan ia terus mendapat dukungan manusia walaupun tidak ramai.
Namun begitu, apabila manusia dan teknologi semakin maju, kita memperolehi info-info yang sebaliknya. Richard E. Byrd (1888-1957) pernah terbang melintasi Kutub Utara dan Kutub Selatan, namun dia tidak menemui apa-apa lubang yang boleh dikaitkan dengan lubang ke Hollow Earth. Pemantauan melalui pelbagai setelit di langit sana ke atas Kutub Utara dan Kutub Selatan juga gagal menemukannya. Penjelajahan demi penjelajahan nampaknya tidak menemui apa-apa lubang. Pengujian melalui getaran umumnya yang dilakukan oleh ahli-ahli geologi melalui gempa bumi dari satu hujung bumi ke satu hujung bumi juga gagal membuktikan wujudnya ruang berongga di dalam bumi. Lubang paling dalam dibuat manusia ialah di Rusia, iaitu sekitar 12.3 kilometer. Hasilnya, struktur dalaman bumi setakat 12.3 kilometer itu memang selaras dengan kajian-kajian yang dilakukan. Para pengkaji berpandangan, apabila kedalaman kerak bumi mencecah 100 kilometer, suhu panasnya meningkat kepada 1,200 darjah Celsius. Bolehkah alien, dinasour, pemandu UFO, Yakjuj Makjuj dan lain-lain hidup di sana?

2.8 BAI’AH KEPADA AL-MAHDI
Rasulullah Saw menceritakan (*walaupun saya kira riwayat ini bukanlah riwayat yang kukuh) :
“Al-Mahdi akan dibaiat pada bulan Muharram setelah terjadi bencana dan peperangan di bulan Ramadhan sampai bulan Zulhijjah. Kemudian terjadi ancaman kepada Jemaah haji di Mina yang mengakibatkan banyak kematian sehingga banyak darah yang mengalir di jamrah. Sebahagian daripada Jemaah haji itu ada yang menyelamatkan Al-Mahdi, lantas (Al-Mahdi) dibai’ah di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, namun DIA ENGGAN MENERIMANYA. Lantas dia diancam : “Jika kamu tidak mahu menerima bai’ah daripada kami, maka LEHERMU AKAN KAMI PENGGAL.” (Al-Hakim)
Penguat kepada pembai’ahan ini ialah hadith yang bermaksud :
“Al-Mahdi akan dibai’ah di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar.” (Abu Daud, Al-Hakim)
Jika benarlah sedemikian kisahnya, kita nampak ada perbezaan antara Al-Mahdi sebenar dengan Al-Mahdi Nasser Mohamed. Al-Mahdi sebenar berusaha keras mengelak daripada dibai’ah sehinggakan hampir dipancung kepalanya, manakala Al-Mahdi Nasser Mohamed sedari awal lagi meminta-minta untuk dibai’ah, malah para pendukungnya di serata internet mengajak orang ramai untuk mengakui keAl-Mahdian insan yang bernama Nasser Mohamed.
Saya memandang bahagian ini mengurangkan kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi.
2.9 HUBUNGAN AL-MAHDI-PEMUDA BANI TAMIM
Nasser Mohamed di Tanah Arab mengakui Abdul Aziz Muhammad Nashir di Indonesia (Timur) sebagai Pemuda Bani Tamim, dan Abdul Aziz (Pemuda Bani Tamim) itu juga mengakui Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi. Saling mengakui antara mereka tentunya dapat menggamit hati sebahagian orang untuk cenderung mengakui dakwaan mereka berdua.
“Nabi saw sambil memegang tangan Saiyidina Ali bersabda : “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan (iaitu Al-Mahdi). Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu bersama-sama PEMUDA BANI TAMIM. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur, dan dialah pemegang panji-panji Al-Mahdi.” (Thabrani) (*Hadith ini bukanlah hadith yang kukuh, maka kisah tentang Pemuda Bani Tamim memang boleh dipertikaikan kewujudannya. Tapi ramai sungguh orang yang mendakwa diri mereka Pemuda Bani Tamim/Fata At-Tamimi)
Namun begitu kita yakin Nasser Mohamed dan Abdul Aziz tidak akan menggunakan hadith ini kerana mereka lebih berpandukan Al-Quran sahaja, dan mereka juga beberapa kali menolak hadith-hadith yang sahih dan Hassan. Maka, hadith dhaif seperti ini tentu sahaja tidak dipandang mereka. Sekiranya mereka berhujah dengan hadith ini, maka akan jadinya cakap tak serupa bikin, kerana yang lebih kukuh ditolak dan yang lebih lemah pula diambil.
Sungguhpun begitu, kepada orang lain, hadith ini menunjukkan hubungan antara Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim, lalu mereka akan kaitkan dengan hubungan antara Nasser Mohamed dan Abdul Aziz. Oleh itu saya memandang bahagian ini sedikit-sebanyak menyumbang kepada kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi di mata orang awam.
2.10 NAMA AL-MAHDI
Nasser Mohamed mengakui dirinya Al-Mahdi, tapi namanya tidak sama dengan nama Al-Mahdi yang diterangkan oleh Rasulullah saw. Kata Nasser Mohamed dan para pengikutnya : “LIHAT ILMUNYA, BUKAN NAMANYA”. Dengan kata-kata ini mereka menolak sama sekali nama yang diberikan oleh Rasulullah saw.
Apabila persoalan ini kita timbulkan, mereka mengambil jalan mudah dengan meletakkan hadith-hadith yang tidak secocok dengan apa yang ada pada mereka sebagai HADITH-HADITH PALSU. Bagaimana mereka tahu semua itu hadith palsu? Hanya melalui kata-kata sang Imam iaitu Nasser Mohamed. Mereka mendakwa yang Nasser Mohamed boleh tahu hadith-hadith palsu, dan kita pula mesti mempercayainya terus secara bertaqlid buta, tidak perlu dibuat kajian lagi.
Mari kita lihat petunjuk-petunjuk yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw tentang nama Al-Mahdi :
“Dunia ini tidak akan hancur sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku (ahlul bait, keturunanku), yang NAMANYA SEPERTI NAMAKU (iaitu Muhammad), memerintah seluruh bangsa Arab.” (Turmizi)
“Dunia tidak akan kiamat sehinggalah Allah mengutus seorang lelai yang NAMANYA SEPERTI NAMAKU, dan NAMA BAPANYA SEPERTI NAMA BAPAKU.” (Thabrani, Al-Hakim, Abu Syaibah)
“Nama yang dikenakan Al-Mahdi ialah NAMAKU (iaitu Muhammad), perawakannya seperti perawakanku, akhlaknya seperti akhlakku, dan kuniyahnya ialah Abu Abdullah.” (Abu Daud, Abu Nu’aim)
“Bahawasanya Nabi pernah mengatakan tentang bala bencana yang akan menimpa keluarganya sampailah Allah mengutus panji-panji hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya Allah akan menolongnya, dan sesiapa yang menghinanya Allah akan menghinanya. Sehinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang NAMANYA SEPERTI NAMA AKU. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.” (Riwayat Nu’aim bin Hammad) (*Sefaham saya riwayat ini tidaklah kukuh)
Ketiga-tiga riwayat di atas saling menguatkan satu sama lain. Maksudnya, nama Al-Mahdi mestilah antara yang berikut :
1. Muhammad
2. Ahmad
3. Muhammad bin Abdullah
4. Abu Abdullah Muhammad
5. Abu Abdullah Ahmad
6. Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah
7. Abu Abdullah Ahmad bin Abdullah
8. Atau sekurang-kurangnya ada Ahmad atau Muhammad pada namanya seperti Ahmad Solihin atau Muhammad Nuruddin.
Tapi nama calon Al-Mahdi dari Yaman ini ialah NASSER. Memang tidak cocok, maka sebagai jalan mudah, terus dikatakan yang hadith-hadith berkenaan sebagai palsu. Tutup cerita. Katanya, Allah yang beritahu hadith mana palsu dan yang mana yang tidak. Satu cara mudah untuk menguasai minda para penyokong.
Secara tidak langsung, NABI MUHAMMAD BERTEGAS MENGATAKAN : “LIHATLAH NAMANYA.” Nasser Mohamed dan pengikut-pengikutnya pula mengatakan : “Jangan lihat namanya.” Siapa yang kita mahu ikut?

2.11 PLANET SIJJIL
Nasser Mohamed cuba menunjukkan kebolehannya mentafsir ayat-ayat Al-Quran. Dengan slogan “LIHAT ILMUNYA, BUKAN NAMANYA”, kononnya Nasser Mohamed hebat dalam merungkai misteri-misteri di dalam Al-Quran. Sekarang kita hendak melihat sejauhmana ilmunya.
Nasser Mohamed Al-Yamani menghuraikan ayat berikut :
“Maka ketika keputusan Kami datang, Kami menjungkirbalikkan negeri kaum Lut, dan kami hujani mereka dengan batu daripada SIJJIL (tanah yang terbakar).” (Hud : 82)
Perkataan “sijjil” pada ayat tersebut ditafsir oleh Nasser Mohamed sebagai Planet Sijjil, atau nama lainnya Planet Saqar, atau nama yang lebih dikenali ramai iaitu PALNET NIBIRU, atau Planet X. Oleh itu kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis dimusnahkan Tuhan dengan hujan batu berapi daripada Planet Sijjil/Nibiru/Saqar/Planet X kerana ketika itu Nibiru sedang melintas berhampiran bumi.
Nasser Mohamed percaya Sijjil/Nibiru menziarahi kita setiap 4,166 tahun (tapi kajian yang popular mengatakan setiap 3,600 tahun). Maksudnya Sijjil/Nibiru pernah datang pada zaman Nabi Lut. Berdasarkan waktunya, nampak memang ada kaitan yang bagus antara kemusnahan kaum Lut dengan Sijjil/Nibiru kerana saya juga berkeyakinan yang zaman Nabi Lut dan bapa saudaranya iaitu Nabi Ibrahim adalah sekitar 4,000 tahun yang lalu (2,000 SM). Bahagian ini mengukuhkan dakwaan Nasser Mohamed.
Kini selepas 4,000 tahun, Sijjil/Nibiru akan melawat kita lagi dan dijangkakan pada tahun 2012. Tapi…. selepas memetik ayat ke-80 dari Surah Hud, Nasser Mohamed cuba mengukuhkan hujahnya dengan meletakkan ayat berikut :
“(Burung-burung Ababil) yang melempari mereka (tentera bergajah Abrahah) dengan batu daripada SIJJIL (iaitu Planet Nibiru).” (Al-Fiil:4)
Nasser mengharapkan agar perkataan “sijjil” dalam ayat ini membantunya. Malangnya……. ayat ini berperanan sebaliknya. Allah membantu kita apabila ayat yang digunkan oleg Nasser memakan dirinya sendiri.
Kita sedia maklum yang tentera bergajah Abrahah dimusnahkan dengan sijjil pada Tahun Gajah, tahun lahirnya Nabi Muhammad saw iaitu sekitar 571 M. Ada Planet Nibirukah melintasi bumikah pada 571 M itu? Pastinya tidak ada. Bahkan Nasser sendiri percaya Nibiru datang 4,166 tahun sekali. Jadi, SIJJIL apa yang memusnahkan tentera bergajah Abrahah?
Yang pasti, Sijjil pada 571 M itu bukannya Nibiru. Jadi, atas sandaran apa Nasser mengatakan SIJJIL itu ialah Planet Nibiru? Kan sudah ada DUA SIJJIL sekarang? Tidakkah nanti akan dikatakan orang : “Begini rupa-rupanya cara ‘Al-Mahdi’ mentafsir Quran…..”
Bahagian ini tentunya menjatuhkan saham Nasser Mohamed daripada menjadi Al-Mahdi.
3.0 MENILAI PEGANGAN ABDUL AZIZ MUHAMMAD NASHIR (PEMUDA BANI TAMIM)
3.1 BANI TAMIM.
Apakah maksud ‘Pemuda Bani Tamim’? Apakah kaitannya dengan Bani Tamim? Allah tentunya tidak akan secara sia-sia menisbahkan Sang Pemuda kepada Bani Tamim. Tentu ada kaitannya. Jika tidak, tentu Allah akan menyebutnya sebagai ‘Pemuda’ sahaja ataupun dinisbahkan-Nya kepada yang lain. Lagipun, setakat yang saya temui, sebutan “Pemuda Bani Tamim” hanya ada sekali, itu pun dalam hadith yang tidak kukuh.
Abdul Aziz yang mengakui dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim tidak pula menjelaskan hubungannya dengan Bani Tamim kepada kita. Adakah ia bermakud pemuda itu berketurunan Bani Tamim? Jika benar, Abdul Aziz mestilah memaparkan salasilahnya yang jelas sehinggalah bertemu dengan seorang lelaki dari Bani Tamim. Sekurang-kurangnya Abdul Aziz hendaklah menjelaskan kaitan dirinya dengan Bani Tamim.
Namun sehingga kini, Nasser Mohamed atau Abdul Aziz masih belum berjaya menjelaskan hal ini. Bukankah sepatutnya sedari awal pengakuan lagi mereka dengan mudahnya akan menjelaskan hal ini apabila diminta? Jika diterangkannya sekarang atau pada masa akan datang pun, ia sudah dikira lewat dan memang akan memberi impak kepada kredibiliti dakwaannya sebagai pemuda Bani Tamim.
“Akan keluar dari sulbi ini (keturunanku) seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan (iaitu Al-Mahdi). Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu bersama-sama Pemuda Bani Tamim. Sesungguhnya dia datang dari Timur dan dialah pemegang panji-panji Al-Mahdi.” (Thabrani)
Namun sefaham saya, hadith ini bukanlah hadith yang kukuh. WaAllahua’lam. Jadi kewujudan Pemuda Bani Tamim itu sendiri bukanlah kisah yang kuat untuk kita percayai. Saya memandang bahagian ini mengurangkan kemungkinan Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim.
3.2 MALAM MASJIDIL HARAM
Ketika diri Abdul Aziz dimasuki oleh sesuatu (yang kemudiannya diyakininya sebagai Allah) di Makkah, dia berlari ke Masjidil Haram pada pukul 1 pagi untuk mendapatkan bantuan, tetapi tidak ada sesiapa di Masjidil Haram ketika itu. Benarkah di Masjidl Haram TIDAK ADA SEORANG MANUSIA PUN pada pukul 1 pagi?
Para pembaca yang pernah pergi ke Makkah di luar musim haji tentu tahu suasana tengah malam di Masjidil Haram. Bahkan ramai juga orang Malaysia yang tinggal di Makkah. Mereka boleh bercerita kepada kita tentang suasana di Masjidil Haram.
Saya memandang bahagian ini mengurangkan lagi kemungkinan Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim.

3.3 BERHENTI KALA AZAN SUBUH
Sesuatu (yang diyakininya sebagai Allah) yang masuk ke dalam badannya itu membuatkan Abdul Aziz berasa sakit, dan sesuatu itu berkata-kata kepada hatinya “A-Qiamah” berulang kali. Keadaan itu berterusan sehinggalah ke waktu fajar. Apabila azan Subuh berkumandang, sesuatu itu berhenti berkata-kata walaupun sakitnya masih ada.
Sepanjang pengalaman saya merawat orang (saya seorang mu’allij), biasanya yang berhenti membisik atau berkata-kata pada pesakit kala azan dikumandangkan tidak lain ialah jin. Dalam kes Abdul Aziz ini, tak tahulah saya. Tapi kuat hati saya mengatakan sesuatu itu tidak lain ialah syaitan dari kalangan jin yang amsuk ke dalam tubuh yang lemah, seperti tubuh Abdul Aziz itu.
Saya memandang bahagian ini merudumkan lagi kemungkinan Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim.
3.4 TSUNAMI DAN JIBRIL
Suatu ketika Abdul Aziz menutup matanya atas arahan sesuatu yang masuk ke dalam dirinya (iaitu Allah). Ketika itu dia terlihat lembaga yang sangat besar bersayap MEMUKUL AIR LAUT dengan sayapnya sehingga air laut bergelombang sedemikian hebatnya. Makhluk besar itu tidak lain ialah Malaikat Jibril. Kemudian Jibril dengan pantas naik ke langit. Gambaran ini kononnya terbukti apabila pada tahun 2004 berlaku tsunami.
Di sini ada permasalahan. Jika benar makhluk itu Jibril dan perbuatannya itu mengakibatkan tsunami, tentunyaakan Jibril menikamkan sayapnya atau MEMUKUL SAYAPNYA KE DASAR LAUTAN, bukannya ke air laut. Hal ini kerana kita sedia maklum bahawa tsunami itu berlaku hasil GELINCIRAN BUMI DI DASAR LAUT, bukannya air laut bergelombang tiba-tiba kerana ribut taufan atau hentakan sesuatu. Gelinciran bumi di dasar lautan itu telah menghasilkan jurang lalu ia menarik air lautan masuk. Kemudian air lautan terpukul keluar kembali lalu menghasilkan ombak besar yang kita kenali sebagai tsunami.
Maksudnya di sini, perlakuan makhluk besar yang dikatakan Jibril itu tidak bersesuaian dengan sebab-musabab kejadian tsunami. Nampaknya calon Pemuda Bani Tamim ini tidak ada ilmu tentang kejadian tsunami tempoh hari, sehingga dipercayainya tsunami berlaku kerana kocakan air laut.
Tentang makhluk besar yang disangkanya Malaikat Jibril dalam khayalannya itu, hal itu bukan sesuatu yang aneh kerana memang ada ajaran sesat yang berkemampuan menampakkan gambaran seperti itu. Malahan ajaran Axxx Pxxx di Malaysia dapat memanggil Jibril (kononnya) yang rupanya sama seperti yang dilihat oleh Abdul Aziz secara jaga bukan secara khayalan. Axxx Pxx dan orang-orang kanannya boleh melihat dan berdialog secara terus dengan Jibril (kononnya) yang datang dengan rupa asalnya. Hebat lagi Axxx Pxx berbanding Abdul Aziz.
Baru melihat Jibril (kononnya) secara gambaran, sudah berani mengaku dirinya Pemuda Bani Tamim. Ajaran-ajaran sesat lain malah boleh bertemu Jibril (kononnya) secara langsung dalam rupanya yang asli. Mereka melihatnya secara beramai-ramai lagi. Saudara Abdul Aziz, janganlah mudah terpedaya dengan syaitan.
Ustaz dan ustazah suami isteri lulusan Timur Tengah pun terpedaya dan ‘melutut menyembah’ Axxx Pxx, oranng awam di luar sana tentunya lebih mudah diperdaya oleh orang-orang seperti Nasser Mohamed dan Abdul Aziz.
Fikirlah tuan-tuan, kali pertama Nabi Muhammad saw melihat Jibril dalam rupa asalnya, baginda terus jatuh pengsan kerana sedemikian hebatnya rupa Malaikat Jibril. Tapi Abdul Aziz yang kali pertama melihat ‘Jibril’, keadaan dirinya biasa-biasa sahaja. Hebat lagi Abdul Aziz berbanding Nabi Muhammad.
Saya memandang bahagian ini mengurangkan lagi kemungkinan Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim. Keputusan peribadi saya, khayalan Abdul Aziz itu bukanlah Malaikat Jibril dan tidak ada kena-mengena dengan tsunami yang melanda Sumatera.
3.5 WARNA NERAKA
Abdul Aziz yang mengaku dirinya Pemuda Bani Tamim pernah bermimpi melihat manusia diseksa dengan api yang BERWARNA MERAH BARA. Dia yakin yang dilihatnya ialah neraka. Mimpinya ini djadikan antara hujahnya sebagai Pemuda Bani Tamim.
Yang jelas, yang dilihatnya itu bukan neraka, kerana warna neraka ialah hitam dan gelap. Orang yang pernah berada di tengah-tengah kebakaran di dunia ini pun mengatakan mereka berada di dalam keadaan hampir-hampir gelap di tengah-tengah api itu. Apatah lagi di tengah-tengah api neraka.
Buktinya :
“Apakah kamu fikir warnanya (neraka) merah seperti api yang ada pada kamu ini? Sesungguhnya WARNAYA LEBIH HITAM daripada minyak hitam/tar.” (Imam Malik)
Buktinya lagi :
“Dinyalakan api 1,000 tahun sehingga ia menjadi merah. Kemudian dinyalakan 1,000 tahun hingga menajdi putih. Kemudian dinyalakan 1,000 tahun lagi sehingga menjadi HITAM. Maka sekarang warnanya hitam seperti malam yang gelap gelita.” (Turmizi)
Lagi :
“Adapun neraka itu GELAP-GELITA. Tidak ada lampu untuk meneranginya, kecuali (yang ada hanyalah) api yang bernyala-nyala.” (Turmizi)
Riwayat-riwayat di atas saling menguatkan tentang ehwal neraka yang hitam dan gelap.
Nampaknya calon Pemuda Bani Tamim ini tidak punya ilmu tentang neraka, sehinggakan yang bukan neraka disangkakannya neraka. Benarkah sebegini taraf ilmu pemegang panji-panji Al-Mahdi?
Dari itu, bahagian ini juga saya pandang memang menjatuhkan lagi kredibiliti Abdul Aziz untuk menjadi Pemuda Bani Tamim.
3.6 KEKUATAN TUBUH DAN JIWA
Dalam mimpi melihat tempat yang disalah sangkanya sebagai neraka itu, Abdul Aziz berasa ADA SESUATU YANG MASUK KE DALAM DIRINYA. Kemasukan benda itu membuatkan bahagian dadanya berasa sakit. Benda itu berkata-kata kepada hatinya tanpa henti.
Kemudian Abdul Aziz terjaga, namun benda itu masih ada dalam dadanya dan dadanya masih sakit. Benda itu masih terus berkata-kata. Dia tidak tentu arah lalu berlari ke Masjidil Haram untuk mendapatkan bantuan. Tidak ada seorang pun di Masjidil Haram pada pukul 1 pagi? Memang pelik.
Keadaan itu berterusan sehinggalah tiba waktu Subuh. Apabila azan Subuh berkumandang, benda itu pun berhenti berkata-kata di dalam dadanya. Nampaknya ia takut atau terkesan dengan azan Subuh. Dipendekkan cerita, benda itu tidak lain ialah ALLAH! Begitulah kepercayaan Abdul Aziz, Nasser Mohamed dan para pengikut mereka.
Saya biasa melakukan kerja-kerja seorang mu’allij (perawat perubatan Islam yang lebih menumpu kepada kaedah Tibbun Nabawi, tradisional dan alternatif). Kes seperti yang dialami oleh Abdul Aziz memang biasa kami temui. Ia tidak lain ialah kemasukan jin ke dalam badan.
Jin itu MENGAKU ALLAH? Bukan sesuatu yang menghairankan. Jin-jin jenis inilah yang biasa masuk ke dalam tubuh penganut agama Hindu lalu mengaku sebagai Siva (yang Tuhan), Kali (yang juga Tuhan), Batara Guru (Tuhan juga) dan lain-lain. Ia bukan setakat boleh berbicara kepada tuan punya tubuh yang dimasukinya, bahkan kepada orang-orang lain di sekeliling tuan tubuh itu. Lagi hebat daripada pengalaman Abdul Aziz. Orang-orang Hindu percaya itu memang Tuhan sebenar.
Jin jenis ini jugalah yang masuk ke dalam badan sebahagian penganut agama Tao/Buddha lalu mengaku sebagai Tai Shang Lao Jun (Tuhan), Ban Ku Shi (Tuhan juga), Huang Ti (Tuhan juga), Kuan Yin (dewi) dan sebagainya. Penganut agama Kristian tidak terkecuali. Banyak kes berlaku di mana benda dalam badan manusia mengaku sebagai Jesus Christ (Tuhan), Marie (Maryam), Roh Kudus (Tuhan) dan lain-lain. Dan mereka betul-betul percaya itulah Tuhan sebenar, yang berbicara dari dalam tubuh manusia.
Jin-jin yang memainkan peranan seperti ini jenis yang sangat licik. Jumlah mereka mungkin tidak ramai, tapi punya kedudukan/pangkat tinggi di sisi raja mereka iaitu Iblis. Jin jenis inilah yang pernah cuba menyesatkan Syeikh Abdul Qadir Jilani, tapi ia mencuba dari luar tubuh kerana perisai Syeikh Abdul Qadir Jilani kukuh, tak boleh tembus masuk. Jin ini jugalah yang berjaya menyesatkan Barsisa si ahli ibadah, yang juga dilakukannya dari luar tubuh kerana ia tak berupaya menembusi tubuh Barsisa. Apabila JIN ITU BOLEH MASUK DENGAN MUDAH KE DALAM DADA ABDUL AZIZ malah menyakitkannya, nampak sangat betapa lemahnya calon Pemuda Bani Tamim kita. Perisai diri sudah tembus pun masih berkhayal mahu menjadi pemegang panji-panji Al-Mahdi. Awal-awal sudah tewas kepada syaitan, macam mana bung? Kalau diri kuat, jin jenis itu tak mungkin dapat masuk. Jin itu pun pandai, dia pilih tubuh dan jiwa yang lemah, agar mudah dikuasainya.
Cuba tuan-tuan tengok gambar Abdul Aziz yang beredar. Walaupun dia cuba memberikan ‘pose’ yang menarik hati, berusaha untuk memberikan senyuman memikat, dari sudut pandang seorang mu’allij (yang ilmu saya tidaklah banyak pun), jelas nampak DIA SEORANG YANG SEDANG SAKIT. Tubuh dan dirinya tidak sihat sebenarnya. Dia tak dapat menyembunyikan masalah kesihatan jasmani dan rohaninya daripada saya dengan ‘pose’ sebegitu. Sebab itu dalam ajaran Islam, sangat digalakkan agar pihak lelaki melihat muka dan tapak tangan wanita yang hendak dipinangnya terlebih dahulu. Hal ini kerana pada muka dan tapak tangan si wanita sudah ada pelbagai petunjuk tentang keadaan diri si wanita, tidak perlu melihat bahagian-bahagian tubuh yang lain.
Cuba para pembaca tunjukkan gambar Abdul Aziz itu kepada orang-orang yang ahli dalam hal ini (saya tidak ahli, cuma tahu sedikit daripada ilmu itu yang lebih luas), saya yakin, mereka akan mengatakan yang Abdul Aziz sebenarnya sedang sakit jasmani dan rohani juga. Sebaiknya Abdul Aziz dibawa berubat. Jangan pergi kepada seorang sahaja, biar kepada beberapa orang perawat. InsyaAllah dia boleh disembuhkan.
Saya cuba juga ‘scan’ dari jarak jauh gambar-gambar Nasser Mohamed si Al-Mahdi, tapi gagal dapatkan apa-apa yang kukuh untuk dikongsi.
Hebatnya Abdul Aziz, ALLAH MASUK KE DALAM DIRINYA dan berkata-kata secara langsung kepada dirinya. Nabi Muhammad sendiri tidak begitu melainkan melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kalah Nabi Muhammad dengan Abdul Aziz! Bahkan semua nabi kalah kepadanya kerana Tuhan sendiri masuk ke dalam dirinya.
Pada saya, bahagian ini tentunya merudumkan nilai Abdul Aziz untuk menduduki jawatan Pemuda Bani Tamim.
3.7 MEREKA YAKIN ALLAH TERPENGARUH DENGAN TEMPAT, ARAH, SEMPADAN, TEPI, BATAS, POSISI
Antara Allah dengan tempat, yang mana ada terlebih dahulu? Tentulah Allah, kerana Dia sudah SEDIA ADA sejak azali. Tidak ada sesuatu apa pun yang mendahuluinya. Bahkan tidak ada suatu apapun yang wujud sekaligus dengan wujud Allah, kerana Dia sudah SEDIA ADA.
“ALLAH YANG TERAWAL dan yang terakhir.” (Al-Hadid : 3)
Tempat?
Tempat, arah, sempadan, tepi, batas dan posisi semuanya wujud kemudian daripada Allah. Semuanya diciptakan, semuanya makhluk. Hal ini kerana semua itu TIDAK SEDIA ADA. Semuanya pada asalnya tidak ada. Selepas diciptakan, barulah semuanya ada. Bahkan Allahlah yang menciptakan semua itu. Diciptakan-Nya semua itu daripada tidak ada kepada ada.
Sebelum adanya tempat dan lain-lain itu, Allah sudah sedia ada. Maksudnya Allah sudah sedia wujud tanpa bertempat, arah, sempadan, tepi, batas dan posisi. Dan kita sedia maklum, yang ALLAH TIDAK PERNAH BERUBAH. Mustahil Dia mengalami sebarang perubahan. Sekiranya Allah mengalami perubahan walaupun satu, maksudnya itu bukan Allah, tetapi makhluk. Allah tidak mungkin terpengaruh dengan perubahan. Apa sahaja yang mengalami perubahan bukanlah Allah, tetapi makhluk. Allah tidak pernah berubah.
“Segala sesuatu pasti rosak (mengalami perubahan) melainkan WajahNya.” (Al-Qasas : 88)
Sebagaimana keadaan Allah sebelum Dia menciptakan makhluk, sebegitulah keadaanNya sekarang, dan begitulah keadaanNya selama-lamanya. Dia kebal daripada sebarang perubahan. Jika sebelum menciptakan makhluk Allah tidak terpengaruh dengan tempat, maka selepas Dia menciptakan makhluk pun Dia tetap tidak bertempat. Jika kita katakan bahawa selepas menciptakan makhluk (termasuklah tempat) Dia mengalami perubahan, maka itu bukanlah Allah kerana Zat Allah mustahil berubah.
Kesimpulannya, Allah TIDAK PERNAH TERPENGARUH dengan tempat, arah, sempadan, tepi, batas dan posisi. Jika ada orang menyembah sesuatu yang bertempat, berarah, bersempadan, bertepi, berbatas dan berposisi, tidak syak lagi yang orang itu sebenarnya sedang menyembah makhluk, bukannya menyembah Allah. Apabila dia menyembah makhluk, rosaklah aqidahnya.
Allah = tidak dipengaruhi oleh tempat, arah, sempadan, tepi, batas dan posisi.
Makhluk = semua terpengaruh dengan tempat, arah, sempadan, tepi, batas dan posisi.
Maksudnya Allah tidak sama langsung dengan dengan mana-mana makhluk.
“Tidak ada sesuatu pun yang serupa Dia.” (Asy-Syura : 11)
Mari kita lihat betul-betul siapa yang disembah, yang dinobat sebagai Tuhan, yang menjadi Ilah kepada Nasser Mohamed, Abdul Aziz dan para pendukung mereka.
Daripada tulisan-tulisan sebelum ini, kita sedia faham yang ada SESUATU masuk ke dalam diri Abdul Aziz hinggakan dia berasa sakit, dan benda itu berkata-kata di dalam dirinya. Kita petik tulisan berkaitan :
“Kemudian ibunya (ibu kepada Abdul Aziz) bertanya kepadanya (Abdul Aziz) : “Kenapa kamu nak (anak)? Ada apa denganmu?” Dia menjawab : “Ada SESUATU YANG MASUK DALAM DADAKU dengan melafazkan : “Alqiyamah, Alqiyamah.”
Kemudian SESUATU yang masuk ke dalam badannya itu berkata :
“Kamu adalah CUCU (keturunan) NABI IBRAHIM yang membangun Ka’abah. Dia (Nabi Ibrahim) membangun Ka’abah ini UNTUKMU.”
Hebat! Abdul Aziz tiba-tiba menjadi cucu Nabi Ibrahim. Adakah cerita tentan cucu Nabi Ibrahim di akhir zaman ini dalam Al-Quran dan hadith? Lebih hebat lagi, Nabi Ibrahim membina Ka’abah itu adalah untuk Abdul Aziz! Dalam Quran, adakah kisah yang mengatakan Nabi Ibrahim membina Ka’abah itu untuk Abdul Aziz yang akan datang pada akhir zaman nanti?
Kemudian Abdul Aziz dinampakkan satu makhluk besar bersayap yang memukul air laut yang diyakininya sebagai Malaikat Jibril. Terjadi lagi dialog antara Abdul Aziz dengan SESUATU yang masuk ke dalam dirinya:
“Jika (yang bersayap) itu adalah Jibril, maka siapakah engkau (yang sedang berada dalam diriku ini)?” Di sinilah SESUATU yang memasuki dirinya menjawab : “AKULAH ALLAH YANG MAHA SUCI DAN AGUNG, TUHANMU DAN TUHAN SEMESTA ALAM.”
Allahu Akbar! Apabila SESUATU itu BERTEMPAT dalam diri Abdul Aziz dan berkata-kata dari ARAH dalam dirinya, maka tidak ada dolak-dalik lagi SESUATU itu memang dipengaruhi oleh tempat, arah, sempadan, tepi, batas dan posisi. Maka SESUATU yang dipercayainya sebagai Allah itu jelas-jelas bukan Allah, tetapi MAKHLUK YANG SEDANG MENGAKU SEBAGAI ALLAH!
Abdul Aziz, Naser Mohamed dan seluruh pengikut mereka percaya sepenuh hati memang itu Allah. Maksudnya….. mereka tidak menyembah Allah tetapi makhluk, yang mereka sangkakan makhluk itu sebagai Allah. Tuhan mereka bukan Allah tetapi makhluk. Ilah mereka bukan Allah tetapi makhluk. Hal ini kerana Allah tidak terpengaruh dengan tempat, arah, sempadan, tepi, batas dan posisi. Tapi SESUATU dalam tubuh Abdul Aziz itu dipengaruhi oleh tempat, arah, sempadan, tepi, batas dan posisi.
Layakkah mereka yang berIlahkan/berTuhankan SESUATU yang bertaraf makhluk itu menjadi Al-Mahdi, Pemuda Bani Tamim, imam kepada Nabi Isa, pemegang panji-panji hitam dari Timur, penyelamat umat dan agama Islam…….?
Orang-orang yang terpengaruh dengan ajaran Nasser dan Abdul Aziz sebenarnya mengikut secara bertaqlid buta. Mereka sendiri tidak tahu apa yang sedang mereka anut. Bahkan Abdul Azizi sendiri begitu.
“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak mengandungi sedikit pun kebenaran.” (Yunus : 36)
“Mereka tidak mempunyai pengetahuan sedikit pun tentang itu, mereka tidak lain hanyalah mengagak-agak belaka.” Az-Zukhruf : 40)
Abdul Aziz baru bermimpi melihat (sesuatu yang disangkakannya) Jibril memukul air laut, sudah berasa dirinya Pemuda Bani Tamim. Padahal ada satu ajaran sesat di Malaysia yang guru dan para pengikut kanannya boleh mengundang dan berdialog dengan (sesuatu yang mereka dakwa sebagai) Jibril dalam bentuk asalnya lebih kurang sama seperti yang dilihat oleh Abdul Aziz, secara jaga, bukan secara mimpi. Hebat lagi juga ajaran sesat Lia Eden. Pengalaman Abdul Aziz dengan Jibril (kononnya) tidak sehebat pengalaman Lia Eden dan para pengikutnya dengan Jibril (kononnya).
Satu perkara lagi, terserlah dustanya Nasser Mohamed itu. Kononnya mahir mentafsir Quran kerana tafsirnya diajar oleh Allah. Jika benar, mengapa dia gagal mentafsir apa benda yang masuk ke dalam dada Abdul Aziz? Tidka sukar untuk mengetahui apa yang Abdul Aziz katakan ‘SESUATU’ itu kerana ‘SESUATU’ itu sudah diterang dengan setarang-terangnya dalam Al-Quran. Malangnya Nasser tidak punya kemahiran mentafsir. Mari kita lihat apa kata Quran tentang ‘SESUATU’ yang masuk ke dalam dada manusia dan bersuara di dalamnya. Surah An-Naas menyatakan :
“YANG BERSUARA KE DALAM DADA MANUSIA. (Iaitu syaitan-syaitan) dari kalangan jin dan manusia.” (An-Naas : 4-5)
Makhluk-makhluk itulah yang masuk ke dalam dada Abdul Aziz dan bersuara di dalamnya. Mereka boleh mengaku siapa sahaja baik sebagai Tuhan, Jibril, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Nabi Muhammad, Jesus Christ, Krishna, Boddhidhrama dan sebagainya. Alangkah mudahnya tertipu manusia. Dan… bagaimana Si Nasser raja tafsir itu gagal mentafsirkan Surah An-Naas?

3.8 SYAFAAT NABI
Menurut ajaran Nasser Mohamed, sesiapa yang percaya bahawa di akhirat nanti ada syafaat Nabi Muhammad, orang itu syirik.
Tulis Abdul Aziz yang mengaku Pemuda Bani Tamim :
“Siapa saja yang meyakini bahawa ada shafa'at Nabi kelak di akhirat maka dia telah shirik.”
4.0 PERSOALAN-PERSOALAN SAMPINGAN
Persoalan-persoalan ini timbul dalam kalangan orang ramai yang baru mendapat tahu tentang Nasser Mohamed dan Abdul Aziz. Saya akan cuba memberi penjelasan setakat yang termampu, insyaAllah.
4.1 JANGGUT DAN SERBAN
Antara persoalan yang dikemukakan kepada saya ialah… bukankah sepatutnya Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim memperjuangkan sunnah Nabi Muhammad kerana mereka akan menjadi contoh dan ikutan umat manusia akhir zaman? Mengapa mereka tidak mengambil berat tentang sebahagian sunnah Nabi Muhammad iaitu memelihara janggut dan berserban?
Jawapan saya, sudah sepatutnya begitulah. Sepatutnya merekalah yang paling atas dalam memperjuangkan sunnah-sunnah Rasulullah baik sunnah yang besar-besar, yang kecil-kecil mahupun yang seni-seni. Kalau imam dan pembantu kanannya sendiri sudah tidak memperjuangkan sunnah, bagaimana dengan orang ramai? Jika bukan mereka yang mencontohkan, siapa lagi?
Orang lelaki awam mencangkul rumput di depan rumah di tepi jalan tanpa memakai baju, tidak ada yang ganjil. Tapi kalau ulama besar dengan sengaja berbuat demikian, nampak buruk dari segi adabnya, sekalipun tidak berdosa pada hukumnya.
Begitu juga dengan janggut dan serban, atau sekurang-kurangnya penutup kepala berupa kopiah dan lain-lain. Orang awam tidak berjanggut dan berserban, itu perkara biasa. Lagi pun janggut dan serban bukannya diwajibkan. Tapi kalau ulama besar dengan sengaja tidak berjanggut dan berserban, kurang sedikit kedudukannya dari sudut adab. Kalau ulama pun sudah sebegitu, bagaimana pula dengan Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim? Berdasarkan gambar-gambar yang beredar, nampaknya Nasser Mohamed dan Abdul Aziz tidaklah menjadikan janggut dan serban sebagai salah satu ‘pakaian diri’ mereka.
“Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.” (Bukhari, Muslim)
“Cukurlah misai dan peliharalah janggut.” (Bukhari, Muslim)
“Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, kerana mereka mencukur janggut dan memanjangkan misai.” (Muslim)
Sila lihat gambar-gambar Nasser Mohamed. Ada ketika dia memotong janggutnya sehingga begitu pendek dan menyimpan misai. Nampaknya amalan Nasser Mohamed tidak seiringan dengan amalan dan perintah Nabi Muhammad. Bagi Abdul Aziz pula, terus licin.
“Kami diperintahkan supaya mencukur misai dan memanjangkan janggut.” (Muslim)
“Kamu peliharalah janggut dan potonglah misai, dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nasrani.” (Ahmad)
“Sesiapa yang tidak memotong misainya, dia bukanlah daripada golongan kami.” (Turmizi)
Nampaknya Nasser Mohamed ‘bukan dari golongan kami’ kata Nabi Muhammad.
“Sepuluh perkara termasuk fitrah – memotong misai, memelihara janggut….” (Muslim)
“Janganlah kamu mencontohi orang-orang asing, biarkanlah janggut kamu panjang.” (Al-Bazzar)
“Disebabkan orang-orang Majusi membiarkan misai dan mencukur janggut mereka, maka berbezalah kamu daripada mereka, kamu ambillah misai dan biarkanlah janggut kamu panjang.” (Ibnu Hibban)
“Sesunggguhnya orang-orang musyrik itu memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka. Oleh sebab itu berbezalah kamu daripada mereka, dengan memelihara janggut dan memotong misai.” (Al-Bazzar)
Kesimpulannya, kesemua riwayat di atas saling menguatkan dari segi temanya. Oleh kerana hadith-hadith ini tidak selaras dengan diri Nasser Mohamed dan Abdul Aziz, bukanlah sesuatu yang luar biasa jika selepas ini mereka akan katakan hadith-hadith ini ialah hadith-hadith palsu.
Saya memandang bahagian ini mengurangkan kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi dan Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim.
4.2 DAJJAL
Himpunan persoalan yang dikemukakan, yang berkaitan dengan Dajjal. Soalan-soalan ini ada yang secara lisan dan ada yang dalam bentuk bertulis. Saya susun semula menggunakan perkataan-perkataan saya sendiri untuk memudahkan pemahaman.
S - Adakah Nasser Mohamed itu Dajjal?
J – Saya tidak tahu. Boleh jadi ya, boleh jadi bukan. Tapi secara peribadi, setakat ini saya tidak nampak dia sebagai Dajjal. Dia hanyalah orang biasa yang mengaku sebagai Al-Mahdi.
S – Ada kemungkinan tak Nasser Mohamed ialah Dajjal memandangkan dia berambut keriting, berasal dari Yaman dan Abdul Aziz berasal dari sebuah pulau iaitu Pulau Lombok?
J – Langkah pertama, kita huraikan maksud soalan-soalan yang saya rangkumkan di atas. Berambut keriting ialah salah satu ciri Dajjal. Laut Yaman ialah tempat di mana sahabat Nabi iaitu Tamim Ad-Dari mula belayar. Dalam pelayaran itu dia terjumpa Dajjal di sebuah pulau. Pulau Lombok pula cuba dikaitkan dengan pulau tempat Dajjal itu berada pada zaman Rasulullah itu.
Jawapan saya, mungkin bukan. Perkaitan-perkaitan yang cuba dibuat masih sangat lemah, belum boleh dijadikan hujah.
S – Betulkah anda berjaya menulis sedemikian panjang tentang Nasser dan Abdul Aziz selepas membaca Doa Anti Dajjal? Bukankah ini menunjukkan dia Dajjal?
J – Ceritanya begini……. Ketika mula-mula menulis tentang Nasser dan Abdul Aziz, saya memang kekurangan idea. Namun begitu, saya berusaha juga mengumpul perkataan demi perkataan. Kemudian, secara kebetulan saya terjumpa Doa Anti Dajjal di internet dan datang kemahuan yang sungguh kuat agar saya membacanya. Sebenarnya doa ini memang sudah lama saya ketahui, tapi tidak menjadi amalan saya kerana saya sudah punya amalan harian berupa Amalan Ikhtiar Muslim (yang bersesuaian dengan seorang mu’allij) susunan saya sendiri untuk pagi, petang dan malam, dan Zikir Harian Imam Al-Ghazali sebagai tambahan.
Tapi memang benar. Selepas membaca doa itu, tiba-tiba idea datang mencurah-curah. Banyak benda yang saya tidak terfikir tiba-tiba menderu-deru masuk. Sehingga sekarang (11 Ogos 2012), tulisan ini sudah menjangkau 8,000 patah perkataan. Saya menjangkakan ia akan pergi sejauh 15,000 perkataan apabila siap sepenuhnya kelak. Silap-silap lebih daripada itu.
Doa yang saya terbaca itu ialah :
“Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau dari seksaan api neraka Jahannam, dan dari seksa kubur, dan dari fitnah ketika hidup dan fitnah setelah mati, dan juga aku berlidung daripada kejahatan fitnah Al- Masih Dajjal.” (Muslim)
Doa ini sesuai dibaca dalam solat selepas bacaan tahiyyat akhir.
Ada satu lagi doa yang sehampir dengannya iaitu :
“Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada azab kubur, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al-Masih Dajjal…….” (Bukhari, Muslim)
Baiklah. Sungguhpun fikiran saya jadi lebih terang selepas membaca doa anti-Dajjal, hal ini tidaklah membuktikan Nasser itu Dajjal. Saya tidak fikir dia ialah Dajjal. Kita kena memahami bahawa fitnah Dajjal itu besar lagi luas ertinya. Ia tidak semestinya perkara-perkara yang dilakukan oleh tubuh Dajjal itu sendiri. Maka perkataan yang mungkin sesuai kita gunakan, jika mahu dikaitkan juga dengan Dajjal, ialah apa yang diusahakan oleh Nasser dan para pengikutnya mungkin salah satu daripada FITNAH DAJJAL, bukannya Nasser itu sendiri Dajjal. WaAllahua’lam.
“Kiamat tidak akan berlaku, sehinggalah dibangkitkan Dajjal-Dajjal pendusta, jumlah mereka hampir 30, semuanya MENGAKU SEBAGAI UTUSAN ALLAH.” (Bukhari, Muslim)
5.0 PERBEZAAN-PERBEZAAN ANTARA AL-MAHDI DAN NASSER MOHAMED
Sekiranya benar Nasser Mohamed itu Al-Mahdi yang tulen, pastinya kita akan mendapati begitu banyak persamaan, bahkan 100% persamaan dengan Al-Mahdi yang dimaklumkan oleh Rasulullah saw. Namun setelah kita memohon gerak daripada Allah, mengkaji dan terus mengkaji, terlihat semakin banyak pula perbezaan antara Al-Mahdi dengan Nasser Mohamed.
Di bawah adalah antara perbezaan yang dapat kita perhatikan. (Atas tujuan perbandingan, Al-Mahdi yang asli akan saya tulis sebagai Al-Mahdi, atau Al-Mahdi Ahli Sunnah wal Jamaah, atau Al-Mahdi ASWJ, atau Al-Mahdi Sunni. Manakala Nasser Mohamed akan saya tulis antaranya seperti Al-Mahdi Mazhab Nasseri, Al-Mahdi Nasseri, atau Al-Mahdi An-Nasseri. Hal ini kerana Nasser Mohamed sendiri mengakui yang dirinya dan para penyokongnya tidak bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ/Sunni), Syiah, Salafi Wahhabi atau lain-lain. Maksudnya dia sudah mengasaskan satu mazhab ad-diin yang baharu. Untuk memudahkan pemahaman, saya namakan mazhab baharu ini sebagai Mazhab Nasseri, atau Mazhab An-Nasseri, atau Aliran Nasseri. Ataupun sesuai juga disebut Agama Nasseri).
Yang jelasnya, perbezaan-perbezaan ini tentu saja akan menurunkan saham Nasser Mohamed untuk ditabalkan sebagai Al-Mahdi oleh umat Islam.
5.1 NAMA
Nama Al-Mahdi ASWJ sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah saw ialah antara Ahmad, Muhammad, Ahmad bin Abdullah, Muhammad bin Abdullah, Abu Abdullah Ahmad, Abu Abdullah Muhammad, Abu Abdullah Ahmad bin Abdullah atau Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah.
Nama Al-Mahdi kepada Mazhab Nasseri ialah Nasser Mohamed.
5.2 NILAI MAHMUDAH
Al-Mahdi seorang yang merendah diri dan tidak suka publisiti. Ketika hendak dibai’ah di Makkah pun nanti dia berusaha untuk menolak sehinggalah dia diancam untuk dibunuh, barulah dia bersedia memenuhi permintaan umat Islam.
Al-Mahdi Mazhab Nasseri seorang yang suka akan populariti dan begitu giat mempromosikan dirinya. Dia sering mangambil gambar dirinya yang cantik-cantik, dengan ‘posing’ ala seorang artis dan menyebarkannya ke serata dunia. Sebelum dibai’ah di Makkah lagi pun dia dan pengikutnya sudah sangat sibuk meminta akuan orang ramai.
5.3 JANGGUT DAN MISAI
Berseuaian dengan isyarat-isyarat daripada Rasulullah saw, Al-Mahdi sebenar seorang yang memotong misai, memanjangkan janggut dan memeliharanya.
Al-Mahdi Nasseri pula seorang yang memelihara misai, memendekkan janggut dan sesekali memotongnya sehingga begitu pendek sekali. Pemuda Bani Tamim bagi Mazhab Nasseri iaitu Abdul Aziz pula langsung tidak memanjangkan dan memelihara janggut.
5.4 KETURUNAN RASULULLAH
Al-Mahdi berketurunan Rasulullah dan jelas susur galur keturunannya. Dia boleh membentangkan salasilah dirinya sehinggalah kepada Rasulullah dengan mudah. Kedudukannya dalam salasilah itu dapat disahkan dengan mudah oleh para ahlul bait (keturunan Rasulullah saw) yang ada pada zamannya.
Nasser Mohamed yang mengaku sebagai Al-Mahdi tidak diketahui susur-galur keturunannya. Sudah bertahun-tahun kemunculannya, salasilahnya masih gagal dibentangkan. Jadi, kedudukannya memang tidak dapat disahkan oleh ahlul bait di seluruh dunia. Abdul Aziz yang memegang jawatan sebagai pemuda Bani Tamim dalam Mazhab Nasseri juga sudah lama membuat pengakuan, tapi masih gagal menunjukkan bukti hubungannya dengan Bani Tamim untuk disahkan oleh keturunan Bani Tamim yang juga sudah tersebar ke serata dunia hari ini.
5.5 AS-SUNNAH DAN AL-HADITH
Umumnya cerita tentang Al-Mahdi tidak ada dalam Al-Quran tetapi banyak terdapat dalam as-sunnah iaitu hadith-hadith. Oleh itu, apabila Al-Mahdi muncul, dia akan menyemarakkan lagi hadith-hadith Nabi kerana pada hadith-hadithlah dirinya banyak disebutkan.
Al-Mahdi bagi Mazhab Nasseri pula menolak begitu banyak hadith dan hanya berhujah menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang ditafsirkannya sendiri. Bahkan dia menolak sama sekali banyak hadith sahih dan hasan, apatah lagi yang dhaif. Apabila sesuatu hadith itu kelihatan tidak menunjukkan dirinya sebagai Al-Mahdi, akan dihukumnya sebagai hadith palsu. Cara dia membuktikan kepalsuan sesuatu hadith itu pula bukanlah melalui kajian ilmu mustalah hadith, tetapi melalui kaedah “I’m the law”. Mana hadith yang dikatanya palsu, palsulah. Tidak perlu diberinya apa-apa bukti, cukup dengan percaya sahaja. Percaya sudah, jangan banyak tanya.
5.6 MAZHAB AD-DIIN
Sebagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam Hasan Al-Basri, Imam Al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Syeikh Abu Yazid Al-Bustami, para wali Songo, Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Solehuddin Al-Ayyubi, Imam Asy-Syafi’I, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Imam Maliki, Imam Sufyan Ath-Thauri, Maulana Muhammad Ilyas, Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, Syeikh Ibnu Ataillah dan lain-lain tokoh besar umat Islam, Al-Mahdi juga akan datang dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah, ringkasnya yang mazhab ad-diinnya ialah Mazhab Sunni. Bukan Syiah, bukan Nasseri atau yang lain-lain.
Nasser Mohamed al-Yamani sebaliknya mengakui dirinya bukan bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah (Sunni), Syiah, Salafi Wahhabi atau sebagainya. Maksudnya dia sudah mengasaskan satu mazhab ad-diin yang baharu, yang untuk memudahkan bicara kita sebuatkan sebagai Mazhab An-Nasseri (Nasseri) sahaja. Bagi Nasser, semua mereka yang disebutkan di atas ialah penyesat dan pemecah-belah umat Islam.
5.7 WAJAH
Al-Mahdi berdahi luas. Begitulah yang dinyatakan Rasulullah saw.
Al-Mahdi bagi Mazhab Nasseri tidak berdahi luas.
5.8 KEMAKSUMAN
Al-Mahdi tentunya yakin bahawa Rasulullah seorang yang maksum.
Nasser Mohamed Al-Yamani lain pula ceritanya. Baginya Rasulullah tidak maksum, yang maksum hanya Allah.
6.0 CARA PENYEBARAN DAKWAH/DAKYAH NASSER DAN ABDUL AZIZ
6.1 PENGAKUAN YANG SENSASI
6.2 SOGOKAN KISAH-KISAH LUAR BIASA
6.3 TAFSIRAN AL-QURAN YANG SENSASI
6.4 BERSUMPAH DENGAN CARA YANG ANEH DAN MELALUT-LALUT
6.5 PERLEKEHKAN HADITH-HADITH
6.6 MEMEPRKENALKAN JALAN KESELAMATAN YANG MUDAH
7.0 HASIL DAKWAH/DAKYAH NASSER DAN ABDUL AZIZ
Sebelum kita lihat hasil atau kesan dakwah/dakyah mereka, kita himpunkan isi kandungan ajaran mereka terlebih dahulu agar kita dapat gambaran secara keseluruhan.
- Al-Mahdi ialah Nasser Mohamed (San’a, Yaman)
- Pemuda Bani Tamim ialah Abdul Aziz Muhammad Nashir (Pulau Lombok, Indonesia)
- Allah sendiri yang mengajar Nasser tafsir ayat-ayat Al-Quran. Oleh itu tafsirnya tepat dan tidak mungkin tersalah atau lemah.
- Semua ulama tafsir dulu dan sekarang lemah belaka kerana mentafsir dengan akal sendiri yang penuh dengan sangkaan. Oleh itu tasfiran mereka tidak boleh dipakai. Kita mestilah memakai tafsiran Nasser kerana tasfiran Nasser diajarkan oleh Allah.
- Semua umat Islam diwajibkan mempercayai segala tafsiran Quran oleh Nasser.
- Nabi Muhammad tidak maksum. Tidak ada sesiapa yang maksum kecuali Allah.
- Tuhan yang disembah oleh Nasser, Abdul Aziz dan para pengikutnya dikenali sebagai “Alloh”. Alloh ini boleh masuk keluar tubuh manusia, dan boleh pula berkata-kata di dalam tubuh manusia. Alloh tertakluk/dipengaruhi oleh tempat, lokasi, posisi, arah, sempadan, tepi dan batas. Alloh ini tidak sama dengan Allah yang disembah oleh umat Islam kerana Allah tidak tertakluk/terpengaruh dengan tempat, lokasi, posisi, arah, sempadan, tepi dan batas.
- Saringan ke atas hadith yang dibuat oleh ulama-ulama hadith terlalu banyak yang salah, termasuklah hadith-hadith yang sahih dan hasan. Hanya Nasser yang tahu mana hadith yang benar dan mana hadith yang palsu.
- Nasser tidak menggunakan ilmu mustalah hadith dalam mengelaskan hadith-hadith. Dia mengelaskan hadith-hadith cukup dengan ajaran yang diterimanya secara langsung daripada Tuhan. Para pengikutnya dan seluruh manusia mestilah memeprcayai pengekelasan yang dibuatnya tanpa soal.
- Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan para ulamanya menyesat dan memecah-belahkan umat Islam.
- Jemaah-jemaah Islam dan tokoh-tokohnya semuanya menyesat dan memecah-belahkan umat Islam.
- Menolak semua mazhab fiqh, kerana mazhab-mazhab itu dan tokoh-tokohnya menyesat dan memecah-belahkan umat Islam.
- Nama Al-Mahdi bukannya Ahmad atau Muhammad, tapi Nasser.
- Tidak ada seksa kubur.
- Tidak ada syafaat Nabi pada hari akhirat nanti.
- Nama lain bagi Planet Nibiru ialah Neraka Sijjil dan Neraka Saqar.
- Planet Nibiru datang setiap 4,166 tahun melewati planet bumi.
- Planet Nibirulah yang menghancurkan kaum Nabi Lut sekitar 2,000 SM. Ia disebut Sijjil oleh Al-Quran.
- Planet Nibirulah yang mengahncurkan tentera Raja Abrahah sekitar 571 M, kerana ia juga disebut Sijjil oleh Al-Quran (malangnya kenyataan Nasser ini bertentangan dengan kenyataanya bahawa Planet Nibiru datang setiap 4,166 tahun).
- Planet Nibiru akan datang pada tahun 2012 dan membakar ornag-orang yang tidak mahu mengikuti ajaran Nasser dan Abdul Aziz.
- Mereka percaya ada ruang kosong berupa alam di bawah tanah yang disebut sebagai Hollow Earth. Di situlah Yakjuj dan Makjuj tinggal sekarang.
- Mereka percaya Zulqarnain mengembara sehingga ke Kutub Utara.
- Orang-orang yang menentang ajaran mereka disebut sebagai “musuh Alloh”.
- Malaikat pengambil nyawa tidak wujud. Tidak ada malaikat yang bernama Izrail yang tugasnya mencabut nyawa manusia. Nyawa manusia akan diambil oleh dua malaikat pencatat iaitu Raqib dan Atid.
- Ka’abah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk Abdul Aziz Muhammad Nashir, yang kononnya Si Pemuda bani Tamim.
- Mereka percaya warna api neraka ialah merah bara, bukannya hitam.
7.1 UMAT ISLAM SEMAKIN BERPECAH
Apabila Nasser Mohamed dengan bangganya mengakui dia dan pengikutnya bukan ASWJ (Sunni), bukan Syiah, bukan Salafi Wahhabi ataupun yang lain-lain, juga tidak mengikut mana-mana mazhab fiqh, hal ini bermaksud dia lebih memecah-belahkan umat Islam. Kehadirannya menambahkan satu lagi kumpulan, iaitu mazhab dan alirannya sendiri yang tidak diberinya nama. Maka untuk memudahkan kita, saya namakan sebagai Mazhab Nasseri atau Aliran Nasseri. Semakin berbalahlah umat Islam dan Nasser salah seorang yang menyemarakkan lagi perbalahan sedia ada.
7.2 KERJA-KERJA MUSUH-MUSUH ISLAM SEMAKIN MUDAH
Musuh-musuh Islam mengucapkan : “Terima kasih Nasser dan Aziz. Kerja-kerja anda berdua sangat memuaskan hati kami.”
7.3 PENGHINAAN KEPADA SELURUH ULAMA ASWJ DULU DAN SEKARANG
7.4 LAHIRNYA MAZHAB FIQH BAHARU, IBADAH PENGIKUT JADI TUNGGANG-LANGGANG
7.5 MENAIKKAN SAHAM PUAK ANTI-HADITH
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dakwah/dakyah Nasser Mohamed dan Abdul Aziz Muhammad Nashir mengajak umat Islam memusuhi dan menjauhi para ulama dari zaman dahulu hingga sekarang, menjauhkan manusia daripada hadith, menjauhkan manusia dari sunnah-sunnah Rasulullah, menolak Rasulullah yang diakwanya tidak maksum, menjauhkan manusia dari membuat kajian dan pertimbangan melainkan menerima sahaja dan bertaqlid buta kepada ajarannya, menjauhkan manusia dari aliran Ahli Sunnah wal Jamaah, mengajak manusia menghapuskan mazhab fiqh yang empat, menjauhkan manusia dari jemaah-jemaah Islam yang ada dan berusaha menghapuskan semua Jemaah Islam…….
Pesan Nabi Muhammad saw :

Bersambung……. banyak lagi diskusi akan menyusul untuk sama-sama difikir-fikirkan.
Sila tunggu kemaskini.
Abu Zulfiqar
(Tulisan asal 4 OGOS 2012)
Kemaskini dan penambahan maklumat kali ke-6 (12 OGOS 2012)
*Tulisan saya sudah menjangkau 10,000 perkataan, maksudnya sekitar 70% daripada keseluruhan artikel yang bakal saya siapkan. Oleh itu saya kira, sudah sesuai masanya untuk Abdul Aziz (yang mendakwa dirinya Pemuda Bani Tamim) atau Nasser Mohamed (yang mendakwa dirinya Al-Mahdi) mengulas setiap satu isi kandungan artikel ini secara terperinci. Pastinya Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim punya ilmu yang sangat tinggi, melebihi orang-orang lain. Bersesuaian dengan slogan mereka iaitu “Lihat ilmunya, bukan namanya”, maka mulai sekarang Al-Mahdi Mazhab Nasseri atau/dan Fata At-Tamimi bagi Mazhab Nasseri bolehlah mula menjawab, untuk semua umat Islam menilai ilmu mereka.

Similar topics
» Jawapan Sulung Pemuda Bani Tamim Lombok
» Jawapan kepada Akuan Sumpah Pemuda Bani Tamim Lombok
» Dialog dengan Orang Kuat Pemuda Bani Tamim Lombok
» Menjawab Albi Nagae yang Pertahankan Pemuda Bani Tamim Lombok
» Mengapa Al-Mahdi Lombok Sudah Lari?

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum